part 56

7.9K 216 8
                                    

Zarriq Irfan bertungkus lumus di dapur.Dia menyediakan nasi goreng kampung untuk isteri tercinta.

Dia tersenyum sendirian apabila nasi goreng kampung itu sudah siap dimasak.

Dia meletakkan ke dalam pinggan.Dihidangkan ke atas meja.

Aiyura Azzahra turun ke bawah bersama Zaril Arash.

"Selamat pagi my wife and my prince.." sapanya.

Aiyura Azzahra memandang pelik ke arah suaminya.Kena sampuk ke apa?

"Abang buat apa ni?" soalnya.

"Abang masakkan sayang nasi goreng kampung lah.Semalam sayang yang nak kan?"

"Tu semalam.Hari ni Yura nak makan makanan lain.."

"Pulak dah?"

"Tapi,abang dah penat-penat masakkan untuk Yura,Yura makan lah.Sorry,Yura dah banyak susahkan abang.." ujar Aiyura Azzahra serba salah.

Sudahlah semalam dia biarkan suaminya itu tidur sendirian.Dia perasan dirinya banyak berubah semenjak mengandung.

Dia mengeluh perlahan.Zarriq Irfan langsung tidak pernah merungut.Sungguh dia beruntung memiliki suami seperti Zarriq Irfan.

"Sayang,sayang tak pernah susahkan abang.Abang yang bersalah dalam hal ni.Sebabkan abang,sayang kelaparan semalam.So,hari ni abang nak tebus balik silap abang.Mungkin nasi ni tak sesedap kat kedai tu,tapi demi isteri abang ni,abang try masak untuk sayang.Harap sayang suka lah.." kata Zarriq Irfan.

Terharu Aiyura Azzahra mendengar kata-kata suaminya.Zaril Arash pula hanya memerhati mama dan papanya.Tidak faham apa yang mereka bualkan.

"Mama,Arash lapar.Nak nasi ni.." ujarnya.

Aiyura Azzahra dan Zarriq Irfan tersenyum memandang Zaril Arash.

Aiyura Azzahra mencedok nasi ke pinggan suami dan anaknya.

Baru sahaja dia mahu mengambil pinggan untuk dirinya,Zarriq Irfan segera menghalang.

"Tak pe,sayang.Kongsi dengan abang je.Sini,abang suapkan sayang.."

"Abang ni.Yura boleh makan sendiri lah.Malu lah Arash tengok mama dia makan bersuap-suap.."

"Ala,tu pon nak malu.Sini lah abang suapkan.."

Aiyura Azzahra duduk di sebelah suaminya.Zarriq Irfan segera menyuap nasi itu ke dalam mulut isterinya.

"Macam mana?Sedap tak?"

"Sedap.Yura nak setiap hari.." balas Aiyura Azzahra selamba.

Zarriq Irfan sudah tersenyum kelat.Hari-hari nak makan nasi goreng kampung?

"Boleh tak?"

"Bo..boleh sayang.Anything for you.."

"Terima kasih,abang.." kata Aiyura Azzahra teruja.

***

Filsha dan Aizat sampai di rumah Aiyura Azzahra.

Teruja Aiyura Azzahra berjumpa dengan sahabatnya itu.

"Tak cakap kat aku pon nak datang sini.Suka bagi aku dapat penyakit jantung kan?" kata Aiyura Azzahra tidak puas hati.

Bukan nak cakap nak datang rumah.Tup-tup ada di depan rumah.Mana dia tidak terkejut.

"Acah je kau ni.Sakit jantung lah,apa lah.Sorry,kitaorang tak cadang pon nak datang sini.Kebetulan ada area sini.Lagipon lama tak jumpa korang sekeluarga.Lagi-lagi si Arash tu.." ujar Filsha sambil memandang ke arah Zaril Arash.

"Amboi,kau.Arash je kau nak jumpa.Aku tak nak jumpa?Macam ni lah member kan?Bila senang ingat,bila susah lupa.." kata Aiyura Azzahra seakan berjauh hati.

Zarriq Irfan sudah tersenyum.Faham sangat dengan perangai isterinya yang sedang berbadan dua itu.Mudah terasa.

"Kau ni.Terasa pulak.Aku pon nak jumpa kau lah.Lama kita tak jumpa kan?Lagi-lagi bila dengar kau pregnant.Excited aku bukan main lagi.."

"Ye lah tu.Erm..korang duduk lah.Borak dengan Zarriq.Aku nak sediakan makanan.."

"Duduk je lah Yura.Lagipon kitaorang bukan lama pon.Susahkan kau je.." kata Aizat.

"Ha'ah lah,Yura.." sokong Filsha.

"Korang ni macam tak tahu je perangai isteri aku ni.Makin ditegah,makin dia nak buat.." kata Zarriq Irfan.

"Tak de susah lah.Segan aku tetamu datang rumah tapi tak sediakan pape.." kata Aiyura Azzahra.

"Kalau macam tu,jom aku tolong.."

Mereka berdua menuju ke dapur.Aiyura Azzahra menyediakan minuman manakala Filsha menyediakan makanan.

Setelah lama di situ,mereka berdua meminta diri untuk pulang.

"Abang.."

"Ye sayang.."

"Erm..Yura nak request something boleh?" pinta Aiyura Azzahra sambil membuat muka comel.

"Apa dia?Sayang nak makan apa?"

Aiyura Azzahra tersenyum riang sebaik sahaja suaminya berkata begitu seakan-akan memahami apa yang ingin dia katakan.

"Yura nak coklat Daim.."

"Coklat Daim?"

Pelik Zarriq Irfan mendengar permintaan isterinya.

"Ye lah.Lama Yura tak makan.Last Yura makan pon waktu pergi Langkawi.Tu pon dah berapa tahun dulu.Dah tak ingat dah rasa dia macam mana.Boleh lah.."

Bersungguh-sungguh Aiyura Azzahra berkata.Zarriq Irfan menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Takkan dia mahu pergi ke Langkawi semata-mata ingin membeli coklat Daim?

"Err..sayang.Abang bukan tak nak penuhi hasrat sayang tapi.."

"Abang ni.."

"Okay,macam ni.Annas sekarang kat Langkawi.Abang kirim kat dia je lah ehh?"

"Tak kisah.Asalkan Yura dapat coklat tu.Thanks abang.."

Zarriq Irfan segera mengwhatsapp Annas Rezqi.





Kerana Kasih AIYURA AZZAHRAWhere stories live. Discover now