part 18

7.8K 277 3
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba.Zarriq Irfan duduk di hadapan Azrif Ayril.

Debaran di dadanya kian terasa.Tangan mereka mula berjabat.

"Zarriq Irfan bin Iman.."

"Saya.."

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Aiyura Azzahra binti Azrif Ayril dengan mas kahwinnya seribu dua ratus ringgit tunai.."

"Aku terima nikah Aiyura Azzahra dengan mas kahwinnya seribu dua ratus ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah.."

"Sah.."

Air mata Aiyura Azzahra mula jatuh tatkala dia sah bergelar isteri kepada Zarriq Irfan.Bacaan doa dimulakan.

Setelah itu,Zarriq Irfan bangun untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Dia menuju ke arah isteri yang baru dinikahinya.Aiyura Azzahra memandang suaminya.

Zarriq Irfan menyeka air mata isterinya.Dia memegang tangan isterinya.

Cincin disarungkan ke jari manis isterinya.Dengan penuh hormat,Aiyura Azzahra menyalam tangan suaminya.

Zarriq Irfan memegang kepalanya isterinya dan mengucup dahi isterinya.

Setelah majlis selesai,Aiyura Azzahra masuk ke dalam bilik.

Ditanggalnya selendang yang menutupi kepalanya.

Tiba disaat itu,pintu biliknya dibuka.Terkejut dia.

"Mummy!" panggil Aurora Putri.

"Aurora?Mummy ingat siapa lah tadi.Terkejut mummy tau.."

"Sorry,mummy.Aurora cuma nak duduk dengan mummy je.Kat luar tu ramai sangat orang lah.."

Aiyura Azzahra tersenyum.

"Aurora duduk kat katil kejap,mummy nak bersihkan diri.."

"Okay.."

Sedang Aurora Putri baring seketika di atas katil,pintu bilik sekali lagi dibuka.

Terjengul wajah Zarriq Irfan.

"Aurora?Aurora buat apa kat sini?" soalnya.

"Aurora tunggu mummy.."

"Ohh.."

Zarriq Irfan turut baring di sebelah Aurora Putri.

Tangannya memeluk si kecil.Tidak lama kemudian,dia terlena di atas katil.

Aiyura Azzahra yang baru siap,hanya memandang ke arah suami dan anaknya.

"Awak,bangun.." kejutnya.

Zarriq Irfan tersedar tatkala mendengar orang mengejutnya.Matanya dibuka.

Pertama kali dia melihat Aiyura Azzahra tanpa bertudung.

"Err..sorry ganggu awak tidur.Bangunlah.Dah zohor ni.."

"Tak pe.."

***

Malam itu,Aiyura Azzahra cuba menyesuaikan dirinya bersama Zarriq Irfan.

'Haih,macam mana ni?Tak selesa betul lah..' getusnya.

Aiyura Azzahra bangun dari pembaringannya.

"Nak pergi mana?" soal Zarriq Irfan pelik melihat isterinya.

"Err..nak tengok Aurora kejap.Boleh kan?"

"Pergi lah.Tapi jangan lama sangat tau.."

Aiyura Azzahra sekadar mengangguk.Dia berlalu ke bilik si kecil.

"Mummy?"

"Ye,sayang.."

"Mummy buat apa kat sini?" soal Aurora Putri.

"Malam ni mummy tidur dengan Aurora.."

"Habis tu daddy?"

"Err..daddy tidur sorang lah malam ni.Dah lah,jom tidur.."

Aiyura Azzahra baring di sebelah Aurora Putri.Selimut ditarik bagi menutupi tubuhnya dan tubuh Aurora Putri.

Tangannya memeluk tubuh si kecil.Sedang asyik tidur,Aiyura Azzahra terasa pingangnya dipeluk dari belakang.

Dia pantas menoleh.

"Aw..awak?Awak buat apa kat sini?"

"Abang nak tidur lah.Nak buat apa lagi?"

"Tapi ni bilik Aurora.Erm..awak tidurlah bilik saya.."

"Tak nak.Sayang ada kat sini.Takkan abang nak tidur sorang-sorang?"

"Err..saya mengantuk ni.."

"Sayang ni.Tadi kata nak tengok Aurora je.Ni tidur pulak.."

"Sorry,saya memang dah mengantuk ni.Saya tidur dulu ye?"

"Sayang,sayang tak nak bagi Aurora adik ke?" ujar Zarriq Irfan menggoda.

"Hah?"

Merah padam muka Aiyura Azzahra.

'Aduh!Apa aku nak jawab ni?' getusnya.

"Jom,sayang.."

Zarriq Irfan mencempung Aiyura Azzahra keluar dari bilik itu dan meletakkannya di atas katil.

Aiyura Azzahra menelan air liurnya.Zarriq Irfan sudah mula memainkan peranannya.

Aiyura Azzahra hanya mampu berserah.

Kerana Kasih AIYURA AZZAHRAWhere stories live. Discover now