Wajah lena isteri kesayangan dipandangnya.Dibelai-belai rambut isterinya.Tersenyum Zarriq Irfan.
Tiba disaat itu,fon isterinya berbunyi.Dia memandang fon itu.Dia bangun lalu mengambil fon itu.
Rasanya tidak salah apa yang dia lakukan.Dia ada hak!
Khairul
Good morning😊.Macam mana luka Yura?Dah pergi klinik or sapu ubat je?Zarriq Irfan mengenggam kuat fon isterinya.Cemburu mula dirasainya.
Aiyura Azzahra mula tersedar dari lena yang nyenyak.Dia terpandang ke arah suaminya yang sedang mengenggam fonnya.
Nampak kelihatan seperti marah.Dia cuba mendekati suaminya.
"Abang.." tegurnya.
Risau juga kalau suaminya melenting.
Zarriq Irfan memandang ke arah isterinya.
"Khairul whatsapp sayang.Dia risaukan sayang.Sayang balaslah.." ujar Zarriq Irfan kemudian menghulurkan fon itu kepada isterinya.
Dia beredar dari situ.Aiyura Azzahra segera mengambil fon itu.Dibacanya whatsapp dari Khairul.Dia mengeluh seketika.
Setelah selesai membersihkan diri,dia turun ke tingkat bawah.Kelihatan rumah itu seperti kosong.
Dia terpandang ke arah Zarriq Irfan dan Irham Ziqrri yang sedang berbual di halaman rumah.
Aiyuna Azzahra yang duduk di sofa sambil menonton tv memandang ke arah kembarnya.
"Yura,kau okay tak?" soalnya.
"Ehh,Yuna.Aku okay je.Erm..mana semua orang?Kosong,sunyi je rumah.."
"Ohh,papa dengan mama pergi rumah tok mummy dengan tok daddy.Ada hal kot.Fan pulak lepak dengan kawan dia.."
Aiyura Azzahra mengangguk faham.
"Err..kau nak pape tak?Aku boleh sediakan.."
"Tak pe,aku kalau nak pape aku boleh panggilkan Ziq.Kau tu,pergi lah layan suami tercinta kau tu.Riq tak sarapan lagi tu.Dia tunggu kau kot.."
"Ohh,okay.."
Aiyura Azzahra bangun lalu mendekati suami dan adik iparnya.
Irham Ziqrri yang perasan kewujudan Aiyura Azzahra segera meminta diri bagi memberi ruang kepada suami isteri itu.
Dia faham keadaan abangnya.Zarriq Irfan sudah menceritakan semua padanya.Suami mana yang tidak cemburu apabila ada lelaki lain whatsapp bahkan risau keadaan isterinya?
"Erm..abang nak sarapan?Yura sediakan.." ujar Aiyura Azzahra.
"Abang tak lapar.Sayang sarapan jelah.." balas Zarriq Irfan.
"Abang,Yura dengan Rul tak de pape.Percayakan lah Yura.Abang jangan lah macam ni.Yura dah banyak kali pesan pada dia supaya lupakan Yura.Yura tahu dia ada hati pada Yura tapi Yura cintakan abang sorang je.Takkan ada yang lain.."
"Dia buat macam tu sebab dia cintakan Yura.Abang mengaku abang cemburu.Abang tak suka bila ada lelaki lain risaukan isteri abang.Abang rasa macam abang ni tak boleh jaga isteri abang ngan baik sampaikan ada lelaki yang lebih risaukan sayang lebih dari abang risaukan sayang.."
Dari jauh,Aiyuna Azzahra dan Irham Ziqrri memerhati mereka berdua.
"Sweetkan dorang tu.." ujar Aiyuna Azzahra.
"I tak sweet ke?" kata Irham Ziqrri.
"Tak sangat.."
"Nak merajuk lah kalau macam ni.Ye lah I sedar I ni tak macam abang I.."
Aiyuna Azzahra sudah ketawa.
"You ni buat lawak pulak pagi-pagi ni.You ni sweet tapi you tak menunjuk kat orang.."
"Tahu tak pe,tak tahu tanya.."
"Ishh,dah lah.Penat I layan you ni.Anak you dalam ni pon penat layan perangai daddy dia yang tak berapa nak matang ni.I nak masuk bilik kejap.."
"Amboi!"
Irham Ziqrri membantu isterinya naik ke bilik.
***
Puan Karina memerhati Khairul yang duduk di atas katil sambil menghadap fonnya.
"Umi tengok Rul asyik whatsapp Yura je.Tak risau ke suami dia fikir apa?" soalnya sambil masuk ke dalam bilik bujang anaknya.
Dia duduk di sebelah anaknya.Khairul meletakkan fonnya di tepi katil.
"Umi,Rul whatsapp Yura biasa je umi.Takkan lah suami Yura nak jeles?"
"Kita tak tahu Rul.Mungkin bagi tu perkara biasa,tapi suami Yura?Dia lelaki Rul.Mestilah seorang suami tu akan berasa cemburu kalau ada lelaki lain yang whatsapp isteri dia.Rul mungkin tak rasa lagi.Nanti dah kahwin,Rul akan faham perasaan seorang suami ni macam mana.." nasihat Puan Karina.
Wajah uminya dipandang.
"Rul sayangkan Yura,umi.Rul tahu silap Rul mencintai isteri orang.Tapi Rul tak boleh tipu diri sendiri,umi.Bagi Rul,Yura tu special sangat.." luah Khairul.
"Umi faham.Tapi Yura tu dah jadi isteri orang.Rul carilah anak dara yang lain.Ramai lagi yang macam Yura tu.Umi percaya satu hari nanti Rul akan bertemu ngan jodoh Rul.Lupakan Yura ye?" pujuk Puan Karina.
"Umi,Rul ni tak hensem ke?Rul tengok suami Yura tu biasa je.Mungkin sebab dia pilot kot,tu sebab Yura cintakan suami dia.."
"Rul,dah.Nanti umi carikan calon untuk Rul ye?Anak umi ni pon hensem jugak.Mungkin jodoh Yura dah tertulis dengan suami dia.Kita doakan jelah dorang bahagia selamanya.."
Khairul hanya mendengar.Sejujurnya dia amat mencintai Aiyura Azzahra.
Bukan dia tidak cuba untuk melupakan gadis itu,dia cuba.Tapi entah mengapa susah sangat dia hendak melupakan gadis itu.
"Jom,teman umi pergi pasaraya.Lauk dalam rumah ni dah banyak habis.." ajak Puan Karina.
Khairul menganggukkan kepalanya.Kunci keretanya dicapai.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...