3

103 10 0
                                    


"kau nak bayar aku? berapa kau mampu bayar berbanding dengan tawaran Mak tok kau ? Tah tah kau bayar aku pun guna duit Mak tok kau. Jangan buat lawak lah Harriz." balas Hani sambil tertawa lucu.

Dia punya belagak tu tak leh blah do.Nak bayar aku konon. Duit belanja pun parents dia yang kasi. Ada hati nak bayar aku. Ya Allah sejenis jenaka apakah ini ?

Situasi tadi terbalik, kini Hani tergelak malah Harriz hanya terdiam dan cool.

Harriz memerhati Hani dengan penuh rasa geram . Namun riak wajah nya tidak memaparkan rasa geram terhadap Hani .

Dia ni kan,memang sengaja nak cari kelemahan aku. Kau tunggu,lepas ni aku balas. Makesure senyuman manis gula-gula kapas kau tu hilang . Berani eh nak cabar Harriz Idzuan yang kacak ni .

"aku tau lah aku lawa, tapi jangan lah pandang aku macam tu. Nanti iman kau beterabur. Siapa susah? aku jugakkkk. Eh salah cakap lah. Kau mana ada iman sebab tu perangai jahil. AHAHAHAHA" Hani dengan berani nya menyuarakan jenaka nya . Dia memegang perutnya yang senak.

Dengan penuh rasa menyampah dan terasa hati dengan ayat Hani tadi , Harriz terus berlalu namun sempat dia mendekatkan bahu nya ke bahu Hani lalu melanggar Hani dengan penuh rasa marah. Dia mengambil peluang keemasan ini kerana Hani masih sibuk tertawa .

"sakitlah bodo!"jerit Hani setelah Harriz jauh meninggalkan dia.

Bongok ah ! Dia tak tau ke badan dia tu keras giler . Sakit bahu aku. Erghh

Hani ternampak sesuatu dibelakang Harriz.

Dengan pantas Hani berlari perlahan-lahan mengejar Harriz supaya Harriz tidak mendengar tapak kaki Hani.

Hani pantas menarik sebuah kain yg sedikit terjuntai dari belakang baju Harriz.

"Haaaaaa kau rupanya hantu tu"

"eh ! bak sini lah. Aku punya tu. Kau pehal ah ? " Harriz cuba merampas namun tidak berjaya kerana Hani bijak mempermainkan kain tersebut dari dirampas oleh Harriz.

"bak sini lah woi! aku tak ada kacau kau okay. Baik kau bagi . Kalau tak....." Harriz mengecilkan anak mata nya tanda memberi amaran.

"kalau tak apa? kalau tak baik kau kejar akuuuuu~~" ujar Hani lalu berlari menuju dataran yang sememang nya dekat.

Dengan penuh semangat Harriz mengejar Hani untuk mendapatkan kain putih tadi.Namun semangatnya hilang selepas melihat semua pelajar membuat barisan panjang di dataran.

Matilah aku.

"Puan!Puan! " Hani berlari meluru ke arah Puan Aida.

Semua pelajar hairan dengan senior ini. Namun mereka segera faham selepas melihat kain putih di tangan Hani.

"Puan, saya dah tau dah siapa punya kerja semua ni.Puan bolelah arahkan semua pelajar masuk asrama dulu kecuali Harriz . "

Puan Aida hanya mengikut arahan Hani memandangkan Hani sudah pun tahu siapa dalang sebentar tadi.

Kini Hani dan Harriz mengikut jejak Puan Aida ke bilik beliau untuk membincangkan permasalahan yang berlaku.

Harriz hanya mejeling Hani disebelahnya. Hani pula menjelirkan lidah nya tanda kesukaan kerana berjaya membanteras hantu hidup yang menyusahkan semua pelajar ini.

Kini mereka berada di meja Puan Aida.
Puan Aida menghadap kedua-dua pelajar dihadapan nya ini dengan penuh penantian.

"Okay, macam ni Puan.Tadi saya g toilet. Then terserempak dengan Harriz ni.Pastu time dia blah,saya nampak kain putih tu terjuntai sikit tadi kat belakang dlm baju Harriz. Jadi Harriz lah dalang yang menakutkan junior saya tadi." terang Hani panjang.

"betul ke Harriz?" Puan Aida berpaling ke arah Harriz .

"bukanlah Puan, bukan saya.Saya tak tahu pun pasal benda tu. Saya memang tak tahu." bls Harriz masih membela diri dengan selamba.

"eh. tak payahlah nak mengelakkan . Dah terang lagi bersuluh kain putih tu ada kat belakang engkau. Maksud nya kau cuba untuk sembunyikan kain  tu daripada diketahui oleh orang lain kan?."

"Harriz,cuba bagitau kenapa awak buat semua ni? Tahu kan ? benda ni takda faedah pun. Besides kalau pelajar lain blablabla.........."

Mendengarkan itu Harriz segera memakai mp3 lalu disumbat ke telinga nya.

Hani yang tersenyum lebar kini membuntangkan matanya. Terkejut dengan tindakan Harriz.

Puan Aida hanya menggelengkan kepala.

" WOIIII !Puan Aida tengah becakap dengan kau kot. Dengarlah ! Jangan biadab boleh tak?! " marah Hani setelah menarik mp3 di telinga Harriz dengan kasar.

Dengan muka selamba , Harriz berkata

"aku tak nak dengar."

Dengan itu kaki nya di angkat keluar dari bilik Puan Aida.

Puan Aida tidak menghalang nya. Hani hanya memasang wajah "puan?" kepada Puan Aida.

"Takpa Hani, hari ni first warning dia. Lepas ni kalau dia buat lagi ,saya akan kenakan dia hukuman. BTW,terimakasih lah Hani sebab dah selesaikan masalah ni. Tak salah pengetua pilih awak untuk jadi penjaga Harriz dalam sekolah ni. " ujar Puan Aida lalu tersenyum.

"Ye sama-sama Puan. " Hani hanya memaparkan wajah kecewa kerana Harriz terlepas buat kali pertama.

Hani menjejakkan kaki nya keluar dari bilik warden itu tadi.

"Apesal dia tak kena denda je tadi? Ih tak aci lah. Dah terang-terang benda yang dia buat tu salah bole jer lepaskan dia macam tu. Mentang-mentang lah cucu pengetua.Semua orang nak takut dengan dia kenapa. Dia budak biasa jugak kot. Tak tau ka benda yang dia buat tu salah. Lepas ni kalau semua aspuri takut nak g tandas then tekucil kat tilam masing-masing aku akan report dekat pengetua nanti. Kau tunggulah Harriz. Erghh! " bebel Hani semasa dalam perjalan ke bilik nya.

Azan subuh berkumandang. Jam loceng Fasya pun berdering menandakan mereka perlu berjaga dan segera ke surau.

Seperti biasa dengan keadaan mengantuk Hani dan Fasya memakai telekung lalu menuju ke surau dengan pantas.

"kau ada nampak Harriz tak tadi ? " tanya Hani sambil meliarkan mata nya memandang keliling surau.

"dah kenapa kau tetiba tanya dia ni?" tanya Fasya pelik.

"hari ni kan hari pertama dia solat subuh kat sini, kot kot dia tak datang tak ke naya aku yang kena nanti . " ujar Hani dengan jujur.

"ntah lah aku tak berapa nak perasan pulak tadi. "

"emmmmmmm"

Mereka berdua pun meluru masuk ke bilik segera bersiap hendak masuk ke kelas.

vote & comment ya guys😘

Dia Juara DiHatikuWhere stories live. Discover now