19

69 8 2
                                    

"betul ke bontot kau dah okay?" Fasya melipat tudungnya dihadapan cermin.

"kalau tak okay lagi kau jangan nak main bola jaring dulu eh" Liya bersuara.

"ha betul tu. Nanti makin teruk bontot kau. Dah la orang suruh g klinik taknak. Ketegaq betui. " Zira bernada marah dan kesal.

"aku ada rasa better than yesterday dah. Janganlah risau. Aku boleh main hari ni. Acara korang hari ni ke? cer kongsi"

"aku dengan Fasya ada lompat jauh dan lompat tinggi hari ni. Doakan tau." Liya menyampaikan info dengan teruja.

Dorang tak payah bagitau pun aku rasa aku boleh agak acara yang dorang akan sapu apa.

Bestlah jadi dorang ni. Dah lah pandai, aktif sukan pulak tu. Aku aktif kat bola jaring jer lah. Sebab memang dari form1 aku ahli aktif yang cikgu perasan. Syukur jugaklah sampai ke hari ni aku masih aktif.

Fasya pun sama, budak bola jaring jugak.Tapi lain pasukan so, dia main dengan pasukan Hijau dia.

Keadaan sekolah sungguh ceria dengan bendara-bendara kecil , khemah rumah sukan yang sudah dihias cantik dan pelajar-pelajar yang memakai pakaian sukan ,merah,biru,kuning dan hijau.

Semua guru mengambil tugas masing-masing. Guru-guru kelihatan berbeza dari hari biasa, ada yang memakai sun glasses , ada yang setia bersama payung , ada yang membawa anak mereka dan ada yang bertopi pantai. Semua nampak gembira di tengah padang sekolah dan di astaka.

Acara yang dijalankan hari ni adalah , lompat jauh,lompat tinggi,lontar lembing,lontar peluru dan lari berpagar oleh setiap kategori.

Pada sebelah petang pula, permainan futsal ,bola jaring,bola baling dan badminton akan berlangsung.

"mana Zira eh? jangan cakap dia ada acara sekarang ni dah lah. Tak da kawan aku nak merayau ni. " Hani melilau mencari Zira dari khemah pasukan rumah Biru.

"woi?!"

"uish.kau ni kan,kalau tecabut jantung aku amacam?" bebel Hani selepas disergah Syakir kambing .

"jangan hari ni, hari ni kau nak main bola jaring. Kalau nak tecabut jantung tu esok-esok lah yer. Kesian pasukan biru nanti,hilang atlit harapan,konon.Hahaha" Syakir membuat jenaka membuatkan Hani memandang nya tajam.

"nasiblah hari ni kau kena main futsal eh, kalau tak dah lama aku pijak kaki bangku kau tu!" tengking Hani.

"lek lek. Yang kau pegang pom-pom(benda yg cheerleader selalu pgg tu) tu buat apa?" bekerut dahi Syakir memandangnya.

"nak goreng buat waktu berbuka puasa kejap lagi " loyar buruk ditambah dengan wajah tak beriaknya.

Syakir hanya mengOhkan jenaka Hani yang biasa-biasa saja.

"Kir,nanti aku main bola jaring kau support eh?"

"tengok ah, kalau timing ngam boleh lah. Kau pun support aku tau. Bawa air ke, bawa sapu tangan ke. Ecewah." Syakir tersenyum nakal.

"aku dah kata jangan banyakkan nonton drama murahan, kan sekarang dah terjebak." Hani membuat muka sedih memerli Syakir.

"Sekali sekala takpa okay."

Selepas membuat perbincangan kasar dengan Syakir, Hani mengorak langkah ke gelanggang bola keranjang yang terdapat beberapa pasukan bola jaring sedang membuat latihan.

Zira aku tak nampak, jadi aku datanglah sini nak belatih sikit.

Setiap pasukan dibagi kepada dua ,iaitu pasukan junior tingkatan 1,2,3 manakala pasukan senior tingkatan 4,5.

"akak Hani jerit kuat giler." kata rakan sepasukan Hani yang merupakan pelajar tingkatan 4.

"dia ni memang. pecah jer tak gegendang telinga ni bila dia yang jerit." respon Ani rakan sekelas Harriz.

"biasalah tu semangat kesukanan kan"

Cewah.

Mendengarkan mereka bercerita,Hani hanya bermain dengan botolnya.

"Ni, kau ada nampak Harriz tak?" Ani menyoal Hani yang bersila disebelahnya.

Hani menggeleng.

Mana tah mamat tenuk tu. Dah mampus dah kut. Baguslah,aman sikit dunia aku.

"ha, cakap pasal abang Harriz en? dia memang macam tu eh? suka senyum. Dah lah kacak." junior Hani bersuara.

"haah weh. kalau terserempak dengan dia en, dia selalu senyum.Melting aku."

"kan? aku kalau boleh nak jer tegur,tapi malulah. Bedegup laju jer jantung aku ni kalau tengok dia."

Ani hanya menggeleng kepala mendengarkan curahan hati juniornya.

Seriuslah budak-budak ni? Aku tengok Harriz tu macam cipanzi jer. Kalau terserempak dengan dia? hmm mintak-mintak tak serempak dengan dia lah. Malas aku nak betekak.

Hani meminta diri untuk pergi ke padang dan sempat meminta mereka untuk berlatih sejam sebelum permainan bermula petang nanti.

"Fasya mana eh?takkan belum habis acara dia lagi? " haa BM berterabur.

Hani mencari sambil mata dikecilkan dek cahaya matahari yang menikam.

"akak?" sapa seorang budak lelaki.

Eh? anak siapa ni ? Anak cikgu aku ke? Cikgu apa? Kenapa anak cikgu terbiar ni.

"eh? siapa ni ? asal macam kenal?"Hani cuba mengingat wajah budak kecil ini.

"sayalah Haziq, budak yang akak langgar guna troli tu." katanya comel.

Eh.Haah lah. Budak tu.Patutlah macam kenal.

"siapa ni ziq?" tanya lelaki yang hampir sama tinggi dengan Hani yang setia memegang payung untuk dirinya dan Haziq.

"ni lah akak yang terlanggar kaki Haziq masa kat Tesco hari tu."

"ni siapa?" Hani betanya kepada Haziq.

"ni abang saya yang kedua,nama.."

"Hazim." celahnya dengan senyuman.

"Oh. Awak bukan sekolah sini eh? sebab baju awak lain." Hani kini menyuarakan persoalan yang terbuku dimindanya.

"Haah. Saya budak MRSM." Jawabnya ringkas.

"Akak ada nampak abang Harriz tak? kitorang sebenarnya tengah cari dia." Haziq mendongak memandang wajah Hani.

"emm mungkin kat gelanggang futsal."

Entah betul,entah tak. Aku main bantai jer.Tapi masa lepas belatih tadi,junior aku kata dia ada lepak kat situ. Entah takda kerja dah kut nak melepak jer.

"akak boleh teman kitorang?jumpa abang?" nada memujuk dibuat oleh si kecil.

"Boleh.Jomlah."

Mereka bertiga pun membuka langkah, bukan langkah seribu, langkah satu jer,sebab tengah jalan,bukan lari okay.

"korang boleh sampai sini macam mana?" nak tau jugak macam mana dorang boleh sesat kat SMTF ni.

"Maktok kitorang ajak. Lagipun teringan nak tengok abang bersukan. " si Hazim cool pula bersuara.

Oh. Lupa sekolah ni MakTok dia punya. So suka hati cucu cicit dia lah nak masuk ka keluar ka.

"meriahlah sukan kat sekolah ni, nanti Haziq dah besar,Haziq nak sekolah kat sini lah" riang saja gayanya.

Hani tersenyum memandang gaya Haziq.

Teringat pulak kat Raisya aku. Rindu lah.

"Haa tu pun abang!" jerit Haziq sebelum 5 tapak sampai ditepi gelanggang futsal.

Dia tak salah tengok ka. Aku tak nampak pun tenuk tu.

"korang buat...."

Opocot kau!

Hani menyapu dada secara sembunyi.

Nasib melatah dalam hati,kalau kat mulut memang dah tempah ejekan dari Harrizlah aku jawabnya.

apa jadi eh? vote and comment dulu😘

Dia Juara DiHatikuWhere stories live. Discover now