8

80 6 2
                                    


"Apalah Haziq ni,buat malu abang jer.Ada pulak nak ngorat Risya bagai."marah Harriz sambil memimpin tangan kecil adiknya yang berusia 5 tahun ini.

"nama dia Raisya lah abang.Ala Haziq bukan nak ngorat dia, Haziq nak tengok muka dia dekat-dekat jer. Sebab dia cantik giler, sama macam Acik dia tadi.Acik dia kawan abang eh?"

"ha'ah. Taulah cantik tapi janganlah sampai sanggup kaki tu kena cium roda troli tu. Tengok sekarang siapa yang susah? abang jugak yang kena letak ubat."

_________

"Acik Hani janganlah temenung jer. Kesian Raisya cakap sorang-sorang. Acik okay tak ni ? macam tak okay jer." tanya si kecil Hani.

"Acik okay lah Raisya, Acik cuma ni ha, fikir nak beli apa. Sebab Acik ingat nak buat kek,tapi macam malas pulak.Raisya ada nak makan apa-apa tak? nanti esok Acik boleh buatkan."

"Raisya nak makan pancake lah? Acik pandai buatkan. Kalau ibu buat selalu tak jadi.And Raisya nak makan pancake dengan jam strawberry. "

"okay kita ambil bahan-bahan dia okay."

___

"dah habis dah belanja?" tanya Babah yang baru muncul bersama Bang Zaim.

"haah dah, nak bayar dah ni"

___

"sekarang kita nak p mana Bah?nak balik terus ke?" tanya Bang Zaim dgn tangannya yang memegang stering kereta.

"hmmm,kita p makan dulu lah.Kita p Mr.Steak, Babah ada nak kenalkan korang dengan kawan Babah."ujar Babah sedikit teruja.

___

"ha lamb chop 4, air bagi coconut blend 1 jug. Gelas bagi 6 okay? tq?" KakLong membuat pesanan.

"mana kawan Babah?" Bang Zaim bersuara.

"haa, tu pun dia. Sarah duduk lah dengan kitorang. Ni anak-anak saya semua."

Seorang wanita sebaya Babah datang dengan senyuman manis terukir diwajahnya.Wanita ini sepertinya seorang ibu yang bekerjaya.Penampilannya sungguh menawan.

"Kenalkan ni anak perempuan saya yang sulung,panggil Hana jer.Yang hensem ni pulak suami Hana,nama dia Zaim.Yang kecil molek tu cucu pertama saya,Raisya.Yang manis ni nama dia Hani,anak bongsu saya."

"Hai semua, nama makcik, Sarah. Panggil makcik Sarah jer."

"tapi kalau nak senang panggil mummy jer. hahahahah,gurau-gurau." ujar Babah.

Amboi Bah. Ni nampaknya bukan kawan. Ni macam nak kahwin. Sumpah lawak Babah tu menyakitkan. Entah kenapa,nak kata aku emo,aku rasa aku okay jer tadi. Lepas dengar Babah cakap macam tu hati aku rasa macam tak betul pulak. Huhhhhh god help me.

"Korang semua tak kesah ke makcik join korang punya family lunch ni ?" tanya wanita itu .

"eh taklah makcik Sarah,kitakan nak eratkan silaturrahim. Lagipun kitorang rasa lagi best kalau ada orang nak join."kata KakLong membuatkan makcik Sarah tersenyum lebar.

Untuk tidak melayani perasaan tak betulnya. Hani hanya bermain dengan Raisya yang kebetulan duduk disebelahnya.

"Haah lah.Lupa nak bagitau, anak saya yang satu-satunya lelaki tu nama dia Hanz,tapi kitorang selalu panggil dia Lang jer sebab dia anak kedua en." cerita Babah kepada makcik Sarah.

Wanita itu hanya mendengar cerita panjang Babah. KakLong dan Bang Zaim turut serta berkenalan.Hani dan Raisya didunia yang berbeza.

______________

"hah, dah kenapa pulak kaki Haziq tu? sapu-sapu ubat bagai?" tanya Umi Harriz,Datin Suraya.

"tadi Haziq tetendang troli kat Tesco. Heeee"  ujar Haziq sambil menggaru rambutnya.

"tendang troli ?apasal tak tendang rak sayur-mayur tu biar besepah Tesco tu. "sindir umi kepada Haziq.

"ala umi,Haziq bukannya sengaja pun.TERtendang kan"katanya lagi sambil menekankan perkataan TER.

"haa dah habis sapu dah. Jangan pulak Haziq p lap lepas ni. Jaga eh." marah Harriz sambil menutup botol minyak sapu itu.

"hah, Harriz, duk sini jap. Umi nak cakap sikit."

"apa dia umi?"

"Harriz masih buat hal kat sekolah Mak tok eh ? Dah lah tu. Tak kesian ke dengan pengawas yang jaga Harriz tu."

"Ala umi, Harriz baru buat hal sikit. Nanti kalau Harriz penat, Harriz berenti lah." katanya selamba.

"umi tak fahamlah,dah kenapa nak buat hal tak senonoh ni ? memang suka jadi perhatian orang ke atau macam mana?"tanya umi sedikit marah.

"taklah umi.Harriz cuma nak uji kesabaran orang dalam sekolah tu. Termasuklah Maktok.Umi jangan risaulah ,Harriz takkan buat hal yang teruk dan buruk okay."katanya sedikit ikhlas,sedikit menipu.

Sumpah author tak faham apa kena dengan c Harriz ni ? who is with me? mari comment.

"ibu takut sangat.Ibu takut adik-adik Harriz akan ikut apa yang Harriz buat ni."ujar umi risau.

"don't worry umi.Kalau dorang ikut apa yang Harriz buat ni. Harriz akan belasah dorang cukup-cukup."

"heh,merepeklah."

___

"abang borak apa dengan umi?" tanya Hazim ,adik kedua Harriz.

"haa..mesti umi suruh abang belajar elok-elokkan.Yelah abang kan nak habis sekolah dah."tambah Haziq.

Hazim dan Haziq ralit bermain PS4 sambil membahaskan abang mereka yang baru berkunjung ke bilik Hazim.

"memandailah kau Ziq,takdalah umi cakap yang umi sayang sangat dengan abang berbanding dengan korang berdua.Yelah korang bedua kan anak pungut. Abang anak kandung,sebab tu umi sayang sangatttttt dengan abang." katanya sambil menjeling ke arah dua adiknya.

"umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........!!"rengek Haziq lalu berlari keluar dari bilik.

"merepeklah kau bang.Ishhh!!" Hazim segera memukul perut Harriz dan terjadilah pergelutan antara mereka ditilam empuk Hazim.

"okay-okay aku mengaku kalah.huhhhhhhhh penatlah lawan kau."ujar Hazim lalu terbaring meniarap.

"haaa nak lawan lagi.Siapa suruh kau."

"abang Harriz ni memang sajer jer nak kenakan kita. Abang tipu.Umi cakap dia sayang kita semua sama jer.Takda beza pun. Walid pun sama.Walid kata walid sayang semua.Apalagi kalau yang jaga solat 5 waktu,dan sentiasa mengaji.Lagi Walid sayang. Dan orang tu adalah Haziq, sebab Haziq selalu ngaji.Korang berdua tak." ujarnya panjang lebar lalu terus bermain PS4.

Harriz dan Hazim berpandangan.Bantal kusyen dan bantal besar yang ada di tilam Hazim segera di capai lalu membuat hitungan senyap bersama-sama.

"aduhhhhh!!!!" Haziq mengerang kesakitan.

Tepat kusyen dan bantal itu mendarat dikepalanya membuatkan dia berasa kesakitan yang tidak serius.

"Haaaa baru kau tau.Padan muka adik.Walid sayang orang yang jaga solat 5 waktu. Kau tu subuh jarang nak bangun mengada-ngada lah. " marah Hazim.

Yalah,Haziq ni becakap macam jer dia 5 waktu. Subuh pun liat nak bangun belagak cakap pasal 5 waktu.Haziq kan baru 5 tahun so,umi dan walid tak paksa dia untuk 5 waktu. Asalkan dia tau waktu solat dan bacaan solat itu sudah memadai di usia kecilnya.Haziq memang selalu mengaji dan masih IQRA. Berbeza dengan Harriz dan Hazim yang masing-masing sudah bersekolah tingkatan.Sudah menjadi kewajiban mereka untuk menjaga solat dan mengaji.Namun jarang sekali menunjuk kepada Haziq,almaklumlah budak kecil buat apa nak bangga. Bertuah umi dan walid ada mereka bertiga ni. Jejaka yang boleh dijadikan imam oleh para gadis.

siapa nak jadi isteri mereka? mari vote and comment.😘

Dia Juara DiHatikuWhere stories live. Discover now