Hujung minggu telah tiba.
6 orang yang sudah membuat perancangan beberapa hari lepas kini berada di bazaar.
Mereka bersama-sama memasang khemah dikawasan mereka. Kelihatan penjual yang lain juga sibuk menyediakan makanan di khemah masing-masing.
"okay aku dengan Fasya dah sedia 40 tapau untuk nasi beriyani ni." Aiman mengangkat 2 plastik besar yang berisikan tapau.
"ni kuih-muih kitorang" Zira dan Liya juga mempamerkan plastik yang berisi 50 tapau kuih.
Hani dan Harriz bertukar pandang.
Oh dorang nak menunjuk eh. Kau tunggu master of water akan tunjukkan bakat buat air.
"Harriz tunjukkan bakat kau yang tak seberapa tu." Hani memulakan acara.
Harriz dengan tekunnya membuat air teh tarik disebuah balang air besar.
"wooooooo pro giler mamat ni" Aiman memuji kebolehan Harriz.
Kini giliran Hani pula membuat air milo.
Milo dituang hampir dua bungkus.
Air panas dituang hampir setengah balang air.
2 tin susu pekat dibuka menggunakan pisau."auch!!!" Hani mendapatkan tangannya yang menyentuh tin yang tajam tadi.
Harriz pantas merampas tangan Hani yang berlapik itu lalu segera dicuci darah pada jari telunjuknya.
"pedih lah" rengek Hani.
Aku dah cukup berhati-hati dah tadi. Apasal pulak boleh kena dengan tin tu.
"jangan nak merengek macam budak-budak eh." marah Harriz masih mencuci luka Hani yang setia mengalir.
"weh apasal ni ?" tanya Fasya.
Zira dan Liya juga baru tiba dari mengangkat beberapa barang di kereta.
"ni ha, kawan korang tak reti nak hati-hati buka tin susu tadi." Harriz bernada menyindir.
"lah Hani. Kau ni. Suka macam tu en.Tak pandai nak perlahan-lahan lah." tegur Liya.
Hani dengan riak kesakitan pun membalas "sorry" kepada mereka.
"ni aku ada handy-plus" Zira mengeluarkan sesuatu dari beg sampingnya.
Harriz masih setia membalut luka pada jari Hani.
Hani merenung wajah Harriz senyap-senyap.
Apasal mamat ni sweet giler ah?
Aku takboleh lah.
Caring dia kat aku tu, sesuatu sangat!
Kalau macam ni siapa jer tak tersuka weh?
Oh heart. Please dont falling in love with him. Dia ada banyak awek.Tolonglah jangan."Dah kenapa tengok aku macam tu? Tak pernah tengok bidadara dari syurga ke ah?"
Lamunan Hani mati.
Puih! bidadara kepala bapak dia! Bidadara perangai baik jer tau. Tak macam dia ni, perangai kadang baik kadang hanat.
Dia ni memang ada kecelaruan tingkah kot.
"perasanlah. Aku rasa pedih ni kat jari aku, sebab tu aku menghayal." dalih Hani.
Aduh,hampir jer kantoi.
"Tulah degil sangat.Tadi aku kata biar aku buat,taknak. Nak jugak buka tin tu sendiri. Heihh ketegaq lah." marah Harriz lalu segera menyediakan jualan air yang tertangguh tadi.
"tak sengaja lah.Biasa aku buka okay jer. Tak cedera pun" masih cuba hendak pertahankan diri nya yang terlalu cuai.
Jari telunjuk tadi diperhati. Darah yang tadi sudah berhenti mengalir dan kini sudah ditutupi dengan handy-plus.
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?