35

28 0 0
                                    


"weh tangan kau kenapa ?" tanya Syakir yang terus duduk dikerusi Fasya.

"terseliuh jer Kir,jangan risaulah." balas Hani masih dalam keadaan penat.

"habis tu kau tecungap-cungap ni kenapa pulak?" tanyanya lagi.

"aku kena denda kat tengah gelanggang tadi.Kau tak nampak ke?" tanya Hani hairan.

"owwwwh, kau ke yang bediri sambil baca novel 'CN' tadi? Aku ingatkan siapa lah bertuah sangat kena denda bawah panas tu. Rupanya kau?" Syakir masih tidak percaya.

Hani angguk dengan wajah kepenatannya.

"kalau macam tu, semoga tangan kau cepat sembuh lah eh. " ujar Syakir lalu meninggalkan Hani.

Hani kini melentokkan kepalanya ke atas meja berbantalkan lengan kirinya.

Sambil dia meredakan kepenatan, mulutnya ralit berzikir diwaktu rehat yang kosong ini.

Banyakkan berzikir,insha Allah pahala akan dilipatgandakan lagi sebab sekarang kita di bulan ramadhan.

"Nak cari Fasya ah. Mesti dia cari buku rujukan kat library " Hani bangun dan mengatur langkah ke perpustakaan.

Kelihatan dari jauh Ria dan Nina berjalan beriiringan ,hendak ke kelas mungkin.

"arghh!!" jerit Hani.

"upss.Sengaja." Ria berpura-pura terkejut.

Nina tersenyum senget dengan perbuatan Ria yang berjaya menolak Hani jatuh.

Tak dia bukan setakat tolak okay, dia tolak tangan aku yang kena balut ni,sebab tu aku jatuh sekali. Sakit kat tangan tu kena tolak kasar ,pehhh.

"alo shian nya. Tangan dahlah patah. Jatuh pulak tu. Dah la jatuh macam nangka busuk ,HAHAHAHHA" Ria ketawa besar diikuti Nina.

Hani yang masih terduduk menjeling kasar mereka berdua yang berdiri dihadapannya.

"eh Hani? kau okay tak ni?"

"Harriz? tengok ni, Hani tendang kaki saya. Sakit tau tak." adu nya sambil memegang kasutnya aka kakinya.

Amboi minah ni,buat drama pulak. Drama kalau benar takpe, ni palsu. Adeh!

"awak jangan nak memutarbelit keadaan eh Ria, terang-terang awak yang tolak Hani, awak tuduh dia pulak tendang kaki awak. " Harriz segera membantu Hani untuk berdiri.

"awak ni. Ria cakap betullah. Manada Ria putarbelit.Apesal Harriz nak bela dia pulak. Dia dah la tidur buruk ,macam dugong,pastu mengigau pulak tu. Kenapa awak nak kawan dengan dia?" Ria melepaskan rasa geram.

Hani memerhati setiap bait kata Ria. Nina seakan-akan gelisah dengan ucapan Ria.

"owhh. Jadi orang yang buat artikel pasal aku tidur,malukan aku ,pastu lekat kat papan kenyataan sekolah tu KAU? owhhh." Hani lagak selamba.

Ria sudah berubah riak.

"ma...ma..manadaa!.....jangan nak main tuduh eh!"

"kenapa awak buat macam tu ah Ria? awak sengaja nak malukan Hani ke? " Harriz memarahi Ria dan Nina.

"eh sokay Harriz. Sabar,sabar.

Ni lah contoh orang yang hidup dia kurang bahagia. Asyik nak kacau hidup orang jer,mungkin dengan tu dia dapat kebahagiaan, tapi tak Ria.

Sama sekali TAK! Kau hancurkan lah kehidupan orang tu ,kau sama sekali tak jumpa kebahagiaan kau,melainkan kehancuran pada kehidupan kau sendiri."

ceramah Hani lalu berambus.

Haaaa.Puas pun hati aku.Sekali sekala bagi tazkirah takpe kut. Memang patut kena tazkirah pun,biar insaf perangai tu.Bulan ramadhan pun nak buat dosa. Benggong!

Dia Juara DiHatikuWhere stories live. Discover now