Loceng tamat sekolah berbunyi tepat pukul 0100 tengah hari.Hani dan Fasya kini menapak keluar dari 5Gold.
"Fasya kau pegi dulu, Hani kau ikut aku." Harriz merentap lengan baju sekolah Hani lalu menariknya.
Aku terkejut unta padang pasir masa tu. Dia muncul kat situ bila pun aku tak tau.
Dah lah dia usir Fasya, lengan baju sekolah aku pulak ditarik kasar. Kalau baju sekolah aku koyak,aku tau nak cari siapa lepas ni .
Cari siapa?
Macik tukang jahitlah. Takkan pacik tukang tayar kot.
Kalau aku cari Harriz pun,hang pikiaq dia nak ka tanggungjawab kalau baju kurung aku koyak? Aku tak rasa macam tu.
"apesal kau tarik aku ni ah? sakitlah!"
Sakit bukan kat tangan, sebab dia tarik baju okay. Yang sakit tu bila orang tarik kau macam kau dah tak reti jalan baik-baik dah.Setiap langkah yang kau buat tu adalah terpaksa, sebab kena tarik. Sakit siot!
"kau nak pegi mana ah?!!" tengking Hani agar Harriz mendengar segala pertanyaannya.
"bilik pengetua."balas Harriz mendatar.
Aku dah sedaya upaya dah ni nak lepaskan baju sekolah aku dari cengakaman tangan dia yang besar macam muka aku ni.
Tapi tak dapat.
"apesal pulak nak jumpa pengetua ni? Ohhhhh... kau memang tak matang kan? kau fikir kalau pengetua yang cakap dengan aku, aku nak lah bebaik dengan kau? Dasar cucu manja! Mintak bantuan pengetua pulak . Ihhhh tak gentle do! " bebel Hani dengan amarahnya.
Mereka terus masuk ke bilik pengetua dengan dua kali ketukan.
"ha? ada apa ni Harriz?Hani?" tanya pengetua bosan.
Hani tidak menjawab apa-apa malah sibuk meratakan baju nya yang kini kusut akibat cengkaman Harriz si tenuk .
"Maktok, boleh bukak CCTV tak?" tanya Harriz sopan lalu duduk dihadapan pengetua.
Hani masih statik dipintu.
"CCTV kat mana? tanggal berapa? " Tun Maria bertanya dengan tangannya sibuk menaip sesuatu.
"CCTV kat papan kenyataan sekolah, tanggal,,,, emm,,,,, tanggal 20 Februari."
Hani mengerutkan dahi.
Apa yang dia nak buat pun aku tak tau. Buang masa aku jer kat sini. Kalau tau tadi baik aku keluar jer.
"Haaaaa! Hani tengok tu!"Harriz menunjukkan jarinya ke arah komputer milik pengetua yang memaparkan kejadian di papan kenyataan pada tanggal 20 Februari.
Hani cuba melangkah dekat ke meja pengetua.
Kaca mata yang tadinya terluncur sedikit ,ditolak ke tempat asalnya.
Hani cuba memerhati CCTV tersebut.
"apa ni?" tanya Hani masih blur.
Adoy dia ni. Blur pun kiot ker?
"pasal poster tu. Kau tengoklah sendiri siapa yang lekat poster tu kat situ."
"perempuan? pakai tudung? 2 orang?"
"haaaa. maksudnya bukan aku yang buat poster tu. Dorang bedua tu yang buat. " ujar Harriz bernada merajuk.
WHAT?!!
Apa aku dah buat ni?malu nya aku!
Tapi, siapa dorang berdua tu?CCTV ni dari atas, muka dorang sekilas pun tak nampak.
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?