Kelas dimulakan seperti biasa."Hani? pengetua ada cari kau tak? "tanya Fasya setelah Sir Amir keluar dari kelas.
Hani hanya menggeleng. Takda mood la tu. Macam biasalah dia akan selalu mengantuk bila Sir Amir mengajar. Nasib baik budak cerdik tak lah sia-sia air liur Sir Amir becakap kt depan kelas tu tiap hari.
"Asal kau tanya?" Hani bersuara lalu meletakkan kepalanya di atas meja.
"taklah,kan semalam cucu dia buat hal,takkan lah pengetua tak nak bagi advice ke , cuci telinga ke ? en ? " ujar Fasya yang ada betulnya.
Sekali lagi dengan malasnya Hani hanya mengangkat kedua bahunya tanda "tidak tahu" .
KRINGGGGGG ?!!!
Semua pelajar tekejut dan saling berpandangan. Ada yang sibuk merenung jam di tangan.
Harriz POV
Masa pertama hari ni Miss Nina. So dia ada bagi latihan dengan 5 Diamond hari ni. Tamat masa Miss Nina, dia suruh ketua kelas, si Aiman ni kumpul buku kitorang.
Aku pun dengan rajinnya offer diri nak bantu Aiman hantar buku ni pegi bilik guru. Aku saja jer, nak ambik angin kat luar kelas sekali gus nak hilangkan mengantuk aku ni.
Sampai jer kat bilik guru , Aiman tunjukkan aku meja Miss Nina. Kemas jer meja Miss ,ada pasu bunga plastik pulak tu. Masa aku perhatikan pelusuk bilik guru ni mata aku tertumpu pada satu benda.
"Harriz? apa kau nak buat?" tanya Aiman yg berdiri disebelah Harriz , muka nya cuak.
Harriz hanya tersenyum sinis , lalu mengarahkan Aiman masuk ke kelas terlebih dahulu.
"Kau jgn buat hal eh ? aku chaw dulu bye." pesan Aiman kepada Harriz yang sudah putus wayar otaknya.
Selepas menekan sesuatu pada dinding bilik guru itu, kedengaran bunyi bising memecah kesunyian sekolah yang masih menjalankan sesi pembelajaran.
Harriz segera merangkak keluar dari bilik guru dengan sisa ketawanya.
Mana tak nya dia gelak , beberapa orang guru di dalam bilik itu ada yang melatah dan menyumpah seranah kerana tekejut dek bunyi loceng yang tiba-tiba berbunyi walhal masih berbaki 1 jam sebelum waktu rehat.
Ya, bunyi loceng tadi adalah angkara Harriz Idzuan yang tiada otak.
Harriz segera ke tandas untuk mengalihkan sebarang perhatian.
Kedengaran suara pelajar riuh akibat bunyi loceng rehat yang awal 1 jam ini .
Kedengaran juga suara guru-guru yang cuba menenangkan pelajar.
Harriz hanya tersenyum mendengarkan itu. Dengan penuh girang nya Harriz masuk ke kelas dengan senyuman yang bole mencairkan hati para gadis di SM TUN FATIMAH ini.
"Harriz, awak dari mana? " tanya Puan Tina dengan dahi yang berkerut.
"dari tadi,HAHAHA.Gurau jer, saya dari tandas cikgu " bls Harriz dengan penuh perangai.
Rakan-rakannya yang lain sudah tergelak sakan mendengarkan gurauan Harriz tadi.
Puan Tina hanya menggelengkan kepala.
"pengetua panggil awak kat bilik beliau." sambung Puan Tina selepas menggeleng tadi.
________
"why Harriz? why ?" tanya perempuan tua ini kepada cucu nya.
"what?" tanya Harriz binggung.
Heih dia ni, orang tanya,dia pun nak tanya jugak.
" loceng bergema siapa punca ? "
"eh Mak tok,tak baik tuduh Harriz macam tu tau. Mak tok takda bukti,mana bole tuduh sesuka hati. "
"Harriz please, i am more genius than you dear grandson. I have watch that CCTV recorder . "
"La, Mak tok, mana Harriz tau yang tu loceng. Harriz tekan jer nak tau apa benda tu. "ujar nya sambil menggaru kepalanya yang dibuat-buat.
Klekkkkk~~
"Assalamualaikum Puan."
"duduk Hani."
Hani mengerutkan dahi nya tatkala kehadiran 'hantu benggong' semalam ada sekali di bilik pengetua ini.
"Hani, u know what? yg bunyikan loceng secara tiba-tiba tadi adalah Harriz. "ujar pengetua tanpa basah-basi.
Hani mengerling Harriz yang tersenyum riang di sebelahnya.
"So Puan? apa saya bole buat? sebab saya memang tak tahu yang bunyikan loceng tu dia" Hani binggung.
Sumpah aku binggung weh, dia bunyikan loceng tu mengejutkan 1 sekolah, apesal pulak pengetua report kat aku ni ? Naik pening kepala ceq duk pikiaq. Motif ?
"Tulah, lain kali jalankan lah tugas kau tu mengAWASI aku. Bukan nya buat-buat lupa yang kau tu ada sign kontrak dengan pengetua." sindir Harriz .
Hani menjeling Harriz tajam. Harriz hanya menahan gelaknya.
Okay muka Hani dah macam sos cili merah dan marah dan pedas dengan sindiran aku. Tu baru sikit tau,kau tunggu eh.
"em,semalam pun dia ada buat hal Puan."
"oh, hal semalam. Haah tu saya tau dah. Jadi hari ni saya nak kenakan hukuman memandangkan dia buat 2 kesalahan."
"Alhamdulillah. Semoga Puan kenakan hukuman yang setimpal dengan dia ni. Supaya cepat insaf ." ujar Hani sambil menadah tangan lalu disapu ke muka. Sempat jugak dia memandang Harriz dengan riak mengejek.
Padan muka kau.
"Ha? Mak tok nak hukum Harriz ? mana bole Mak tok. Malu lah Harriz nanti. " katanya dengan penuh gedik.
Bukannya dia tidak biasa kena denda ni , tapi tulah gedikkan Harriz ni. Dia ingat dia bole telepas ke kali ni ?
"Tau pulak malu, habis kau buat semua benda yang tak betul tu ? tak malu pulak. " pantas Hani berbicara. Nak saja dia tumbuk lengan Harriz disebelahnya ini dek terlalu geram dengan tingkahnya.
"Harriz jangan nak mengada ek. Mak tok hempuk jugak kamu pakai kamus dwibahasa ni kang. " marah Pengetua kepada Harriz.
_______________
Kepala yang berlapik dengan tudung digaru kasar tanda protes yang amat sambil duduk di bangku luar tandas mulut nya ralit membebel.
"Dah pukul 1. Ni kalau aku dah sampai bilik confirm aku dah terbuai mimpi indah. Haishhh ! " bebel nya diluar tandas.
"padan muka kau. Nak lagi kan AWASI aku. Hah rasalah. "jerit Harriz dari dalam tandas.
Ya. Harriz di denda untuk membersihkan tandas lelaki di blok A, blok kelas tingkatan 5. Tapi nasib tidak menyebelahi Hani , pengetua mengarah Hani untuk memantau Harriz menyelesaikan denda nya dengan sempurna.
Alangkah panasnya hati Hani mendengarkan itu. Harriz sudah disumpah seranah dalam hati nya.Hani yang memang mengantuk dari kelas masa pertama lagi menyandarkan kepala ke dinding.
Apesal dia tak bunyi eh ? Ke dia dah chaw dulu. Tak boleh jadi ni.
Harriz segera memberus tandas lelaki dengan pantas dan tidak teliti.Air dalam baldi segera di tumpahkan ke atas lantai menyebabkan kekotoran tadi kelihatan bersih sedikit.
"Kau chaw dulu memang aku report kat pengetua ,kau tunggu lah " bebel nya sambil menapak keluar dari tandas.
"ohhhhhh,kau tidur eh?"
Kesian pulak aku dengan kau ni. Tapi tulah kau yang nak sangat AWASI aku kan ?Aku memang tak suka kalau orang nak masuk campur dalam kehidupan aku,lebih-lebih lagi dalam sekolah aku memang tak suka. Tapi kau degil hanya disebabkan BIASISWA tu kau sanggup kan? materialistik betullah kau ni .
please vote and comment 😘.
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
عشوائيKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?