9

95 6 2
                                    


"pengetua panggil aku lagi ?aku rasa takda pulak hal jadi hari ni. Ke aku tak perasan lagi ?" tanya Hani sendiri sambil menuju bilik pengetua.

Lupa nak habaq, cuti seminggu cepat jer berlalu. Hari ni dah masuk sekolah. Tapi pagi-pagi Hani dah kena panggil pengetua.

"duduk Hani." ujar Tun Maria melihat figura Hani menapak masuk ke ruangan nya.

"Harriz ada buat hal lagi ke pengetua?" tanya Hani sedikit binggung.

"Tak. Saya nak bagitau awak, yang awak takkan jadi pegawas khas  Harriz dah."

"alhamdulillah. Terimakasih pengetua. Saya memang nak berenti jadi pengawas khas dia sebab saya rasa saya memang tak layak nak awasi dan jaga dia." ujar Hani gembira.

Beban berkurang yeay!Aku hampir serabut dengan macam-macam benda. And now pengetua dah kurangkan beban aku ni. Yessssss. Thanks god.

"Tapi tulah.Harriz akan berada dibawah pantauan Fasya lepas ni. Sebab Fasya penolong awakkan? So memang sesuailah awak berdua untuk jadi pegawas khas kepada remaja nakal ni."

Kesian pulak dekat Fasya,tapi takpelah aku janji aku akan tolong dia awasi Harriz.

"Dan awak Hani, sebagai ketua pengawas yang sangat dihormati dan dipercayai saya nak awak awasi murid baru ni."

Gulp!

Pengetua memberikan fail pelajar kepada Hani untuk kesekian kalinya.

Okay,baru kali ni aku telan air liur aku rasa pahit giler. Nak ludah tak boleh aku dalam bilik pengetua.Ya Allah musibat apakah ini ? Patutlah aku rasa tak sedap hati dari tadi.

Hani membaca butiran pelajar baru tersebut. Nama nya tidak dibaca sebaliknya rekod tingkah dan lakunya yang dipandang pertama.

"suka membuli ? dan digelar pembuli ?" tanya Hani sedikit kaget.

"ya. Sebab tu saya perlukan awak untuk jadi guide dia. Saya harap awak tak keberatan lah." tanya pengetua sedikit was-was.

"kenapa pengetua tak pilih pengawas lelaki jer untuk guide dia ni ? pengetua tak takut ke kalau dia buli saya ke? saya jadi mangsa buli dia tiap masa ka?"

Hani cuba untuk mendapatkan sedikit simpati dari sang pengetua.Fikirannya sudah memainkan babak-babak orang dibuli.Dan berharap babak tersebut tidak terjadi dalam kehidupan sebenarnya.

"awak tau sendiri kan ? kalau dia ni pembuli, dan pengawas yang guide dia lelaki, saya syak perang dan pergaduhan akan berlaku setiap masa.Sebaliknya kalau yang guide dia perempuan dia mungkin akan kurang kan sifat suka membuli yang ada dalam diri dia"

Pengetua risau berlaku perang dan pergaduhan kalau pengawas lelaki yang guide dia.Habis pengetua tak risau ke kalau pembulian dia hanya berlaku setiap masa keatas aku jer? like what? seriously? Oh god save me.Apalah nasib aku lepasni? makin serabut dan gila lah aku lepas ni.

"Tokk!!tokk!!tokk!" ketukan pintu dari luar mematikan lamunan Hani.

"masuk"laung pengetua.

Sementara Hani masih memikirkan nasib dirinya yang sedikit tidak bertuah.

Seorang lelaki duduk di kerusi sebelah Hani.

kacaknyaaaaaa.... monolog Hani.

"Hani, ni lah pelajar yang saya bagitau awak tadi."

Okay aku tarik balik apa aku cakap tadi. Ni ka pembuli tu ?Kenapa pembuli muka kacak? eh tak aku tipu. Sekarang muka dia aku rasa seram dan tak kacak langsung bila ingat balik rekod tingkah dan laku dia.

"Adam Aryan,kenalkan ni Hani. Dia akan jadi guide awak."

"tapi saya rasa saya tak perlukan tour guide kot pengetua. Sebab yelah saya bukannya nak pegi becuti, saya nak masuk sekolah baru jer." ujar nya selamba.

Ni lah aku dah kata orang macam ni, kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang pulak. Tour guide, bongok ! aku baru tahu pembuli rupanya pekak. Sebab tulah cikgu kata berenti membuli dorang teruskan jer membuli sebab pekak ibarat tiada telinga.Kenapa spesies ni mesti wujud ?

"em actually, ni guide awak. Dia akan awasi dan jaga awak dari terlebih tingkah seperti awak disekolah lama dulu. Lagipun ni atas permintaan parents awak. Dorang nak sangat ada pengawas yang boleh awasi awak.Dan saya harap awak tak menyusahkan pengawas ni. "

"ouhh" ujar lelaki itu.

"saya harap awak boleh ubah sikap awak jadi lebih baik sebab tahun ni awak nak SPM. Jadi saya berdoa semoga awak dah buang sikap yang dulu tu jauh-jauh."

Hani hanya mengatur nafas sekemas yang boleh. Fikirannya serabut,minda nya kabut,hatinya berdebar laju,nafasnya mundur maju.Entah apa akan jadi dikemudian hari. Adakah sama seperti sebelumnya? atau lebih baik dari sebelumnya? atau lebih parah dari sebelumnya?

Fikirannya mati. Lidahnya terkunci . Hatinya seperti tidak berfungsi. Hanya masa yang masih terdetik. Membiarkan segala benda berlalu tanpa henti.

_________

"kau okay tak ni Hani ? " tanya Fasya yang memerhati Hani terus bungkam baring ke katilnya walhal baru tiba di bilik mereka.

"hmmmm" balasan Hani acuh tak acuh.

"ehekkk!! ehekkk!! emmmmeemm ehekk!!" kedengaran suara tangisan di kaki lima aspuri membuatkan Liya,Zira,Fasya dan Hani berlari mendapatkan orang yang empunya suara tangisan.

"kenapa ni Jiah ? Menangis kat sini?" tanya Liya.

"ehekkk!! emmm tadi ada abang senior ni , dia baling kasut Jiah masuk dalam longkang kat tandas kelas Jiah. ehekkkk!!"  katanya teresak-esak.

Hani,Fasya,Liya dan Zira saling berpandangan. Muka masing-masing menunjukkan raut wajah "siapa?".

"abang senior tu pakai necktie tak?" tanya Hani.

Jiah hanya menggeleng.

Dahi Hani sudah dipukul oleh tangannya sendiri.

"takkanlah dia dah start??"tanya Hani sendiri.

"siapa?"Fasya binggung.

"macam ni lah Jiah, awak cuci kasut awak ni pastu letak bawah matahari sementara masih panas terik ni eh." Zira menyuarakan pendapat.

Mereke berempat kembali menapak ke bilik. Namun situasi berbeza kerana kedengaran keluhan berat Hani keluarkan semasa dia baring ke katilnya.

"siapa yang dah start tu Hani?"tanya Liya.

"budak baru tu."

"yang... haa... yang anak buah kau tu kan?"Fasya baru teringat.

Suasana bilik menjadi sunyi. Masing-masing memikirkan nasib Hani.

"oh,lelaki yang rekod tingkah laku dia buruk tu ke ?" tanya Zira.

"ohhhh yang dapat gelaran pembuli dari sekolah lama dia tu?" kaget Liya.

Fasya hanya mengangguk. Hani sudah menutup mata.Entah apalah nasib nya harus mengAWASI seorang pembuli. Silap hari bulan dia yang jadi mangsa buli.

"Hani....kau jangan lah takut. Kitorang kan ada." ujar Fasya.

"Haah. Kalau dia buli kau,kita belasah dia ramai-ramai." Liya berkata.

"Kitorang yakin kau boleh handle dia ni. Cuma kau perlukan kesabaran yang tinggi. Then orang macam ni kau kena pandai psiko dia. Bila dia rasa dia kalah psiko dia akan rasa dia kurang hebat dan fikiran dia untuk membuli akan memudar. So ya kitorang doakan kau dapat jadikan dia pelajar yang normal dengan tingkah yang baik." Zira si budak bijak bersuara.

Who's agree with Zira's say ? Agak-agak apa jadi lepas ni eh ?Simpati lah dengan Hani.

vote and comment guys😘

Dia Juara DiHatikuWhere stories live. Discover now