Disebabkan diri nya berasa tidak selasa untuk skip PREP malam ini, dia akhirnya kembali hadirkan diri waktu PREP selepas 3 hari skip.Buku rujukan Agama Islam dibuka lalu surah-surah dibaca dan niat untuk dihafal. Orang yang sepatutnya duduk di hadapannya ,tiada.
Aryan duduk dimeja lain bersama Fazura. Tidak berdua. Mereka duduk dimeja panjang yang terdapat separuh classmate 5Diamond disitu.Cuma kedudukan mereka agak sedikit asing.
"Allah hu nurussamawati wal ard, masalu nurihi kamish ka tin fiha misbah , almisbah hu fizuja jah....." mata ditutup mulut ralit menghafal. Demikian lah cara Hani menghafal sesuatu.
Sekejap-sekejap kepalanya diletakkan dimeja dengan berbantalkan lengannya. Mata ditutup dan surah hafazan tingkatan 5 masih berbunyi dibibir nya.
"Hani tak suka babah kawin lagi !
Nanti Babah lupa dengan ibu!
Hani taksuka lah Bah!"
"Hani?"
"Taknak! Babah takboleh kawin lagi !
Babah tak sayang ibu ke kalau Babah kawin lagi?!""Hani? Hani? Bangun weh.
Hani? Bangunlah.Kau mengigau ni"
"Hah?!!" terperanjat Hani selepas seseorang menyuruhnya bangun.
"kau okay tak? kau mengigau ni?kau ingat tak?" tanyanya penuh simpati.
"apesal kau kat sini ni?Blah lah. Tempat kau duduk dengan Fasya lah." Hani merengus geram. Muka yang sedikit berpeluh dilap kasar dengan tangan.
Kenapa dia kat sini ni? Tau tak aku malu?Dah lah mengigau, cakap apa ntah. Muka aku time tetidur tadi dah macam dugong. Dia bole pulak kejutkan .
"Ala, si Aryan tu sepatutnya duduk depan kau,kau tak marah pulak. Aku datang sini nak minta maaflah pasal aku tetumbuk kau hari tu."
Diam.
Hani hanya membelek buku rujukannya.
"Haniiiiiiii??kau mengigau tadi? kau okay tak ni?"
Hani memasang wajah ketat. Malu sebenarnya orang tengok dia tidur ni. Bukan setakat tidur, dengan pakej mengigau pun dia kasi tadi. Malu ni takboleh nak blah dah.
"kau mengigau pastu panggil Babah kau." ujar Harriz sedikit serba salah.
"apa aku cakap? kuat tak aku ngigau tadi?" tanya Hani sedikit cemas.
"Tak. Kau ngigau cakap taknak Babah kau kawin lagi." jawab Harriz dengan senyuman ikhlas terukir.
"hmmmm. abaikan apa yang kau dengar tadi. Dan jangan sebar benda yang kau dengar ataupun yang kau nampak masa aku tidur tadi. Kalau kau sebarkan aib ni, kau bedosa!" ujar Hani lalu berdiri meninggalkan Harriz.
Harriz tergelak kecil.
Muka kau comellah Hani. Tapi.... apa kau ngigau tadi eh? Kenapa kau tak nak kongsi cerita dengan aku? Hmmmm.
___
"kau buat muka macam lemon ni kenapa?" tanya Fasya.
"weh aku malu lah. Tadi aku ngigau do,pastu Harriz yang bangunkan aku .Kau biar si Harriz tu duduk sebelah aku kenapa ah?? Malu ceq"
"aku tak perasan lah dia p duduk sebelah hang. Aku pun sibuk menghafal. Lagipun kau ngigau apa tadi?"
"Emmm, takda ngigau pape lah. Just ngigau pasal Babah aku jer." tipu Hani dengan sedikit tawa.
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?