Hani berjalan menuju kelas bersama Fasya.Kelihatan di hujung sana terdapat Aiman dan Harriz yang juga meluru ke kelas mereka.
"Sya, aku ada benda nak cakap." Aiman menyapa Fasya.
Hani pula segera mendapatkan perhatian Harriz yang berada di belakang Aiman.
"aku dah sapu eh ubat semalam tu." ujar Hani sambil menunjukkan tangan kirinya tepat dimuka Harriz.
Harriz diam dan cuba mengalihkan pandangan. Melihat papan kenyataan yang ada disitu.
Hani kehairanan.
Dah kenapa bisu? sakit gigi ke apa?
Oh.Dia masih nak merajuk kut sebab tadi subuh aku betekak dengan dia. Halahai macam bebudaklah.
"taknak cakap, sudah." Hani serta merta blah dari situ meninggalkan Harriz,Fasya dan Aiman.
Comel jer datang depan aku tunjuk tangan dia. Hani, Hani.
.
"Aiman cakap apa dengan kau?" Hani bersuara selepas ketibaan Fasya 15saat yang lalu.
"Dia suruh aku ajak korang ikut program pengetua untuk bulan ramadhan ni.Dia suruh aku ajak pelajar yang boleh buat kerja. So aku ingat nak ajak korang bertiga.Kau okay tak?" terangnya panjang lebar.
"program ramadhan macam mana?"
" program macam Rise Fund lah. Kita jual makanan kat Bazaar then untung yang kita dapat tu kita dermakan kat rumah anak-anak yatim dekat sini."
Hani mengOhkan. "aku okay jer.Jual-jual kat bazaar best kot." ujarnya teruja.
.
Selepas iftar, Aiman mengumpulkan ahli yang menyertai program pengetua tersebut.
Harriz,Aiman,Fasya,Hani,Zira dan Liya.
Mereka duduk di sebuah meja bulat di dewan makan.
Hani sedar bahwa Harriz tidak seperti biasanya. Yang akan menegur dan menyapa Hani terlebih dahulu.
Masih nak merajuk lah tu. Aku dah sapu kan ubat tu pagi tadi. Mengada ah. Pikir aku kesah ke? Memang taklah.
"okay macam ni. Program ni sebenarnya pengetua tak buat secara besar-besaran. Tapi beliau nak jugak buat dengan bantuan aku dan Harriz. Tapi korang dah join untuk beri bantuan. So aku harap kita dapat bagi kerjasama yang padulah. Sebab niat utama program jualan kat bazaar ni nak dapatkan untung pastu kita boleh dermakan dengan badan yang memerlukan." Aiman berbicara panjang lebar.
"jadi aku nak bagi-bagi tugas. Kita akan ada kanopi dengan meja panjang.Kalau boleh apa yang kita jual tu mesti pelbagai dan paling penting sedap dan selamat untuk dimakan. Jadi aku nak Harriz dgn Hani untuk jual bahagian air. Aku dengan Fasya jual bahagian makanan dalam tapau.Zira dengan Aliya boleh jual kuih-muih. So, kalau orang datang bazaar kita,orang ada banyak pilihan, dorang boleh beli air, kuih atau nasi.So korang ada apa-apa cadangan?" Aiman mula bertanya.
"aku ingat,aku dengan Zira nak buat kuih 3 jenis. Pastu kuih tu kitorang letak dalam polisterina yang kecil tu.So dia nampak minimalist lah. " Liya bersuara.
"okay jugak tu." setuju Aiman.
Yang lain angguk setuju.
"So korang ada apa-apa idea tak, nak buat air apa?" Hani cuba minta pendapat.
"aku tau."Harriz menyampuk.
"air apa?" Hani memandangnya dengan pandang rendah.
"airloveyou" ujar Harriz lalu tersenyum manis memandang semua yang ada disitu.
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
SonstigesKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?