Baru berapa langkah Hani berjalan ada lagi suara memanggilnya dari belakang."Hani??" kali ni suara lelaki.
"Abu? ha ada apa?" aku perhatikan lelaki gempal dihadapan aku. Dia ada kacukan india so kulit dia gelap sikit. Tapi bagi aku gelap is comel.
"tengok ni? " Abu menunjukkan lengan baju nya yang berwarna merah.
Hani sudah memukul dahi.
"kenapa ni? siapa buat?" dahi berkerut lagi .
"budak kelas cakap Aryan yang buat. Dia letak warna air atas meja aku. Eh maksud aku, dia calitkan warna air colour merah atas meja aku. Aku tak perasan ada calitan warna air atas meja aku,so aku pun main letak jer lah tangan aku atas meja.Tup tup jadi lah baju aku macam ni" ujar Abu sedikit takut.
"habis tu kau report dekat aku apesal?" Hani masih binggung.
Dorang ni dah tak reti bagitau cikgu ke ah?
" kau kan pengawas yang awasi dia. Tolonglah awasi dia dengan baik. Pesan dekat dia jangan buli orang. Aku takutlah nak duduk sekelas dengan dia kalau
macam ni. Okaylah aku blah dulu."Oh Aryan hebatnya kau. Boleh buli dua orang dalam sehari dan dalam kelas sendiri pulak tu.Apa nak jadi dengan mamat sekoq ni ha? Nad dengan Abu pun satu. Kenapa tak report jer dengan cikgu?Biar Aryan tu kena denda yang setimpal.Haishhhh
____
Rasa malas pulak lah nak masuk kelas kalau macam ni. Gara-gara dia habis pecah pasu sekolah aku buat. Kenapa dia datang balik dalam hidup aku.Aku nak move on lah si*l. Hahhhhhhh!
___
"aku dengar ,kau pecahkan pasu sekolah kat gelanggang tadi. Betul ke?" tanya Fasya masih mengemas buku setelah mendengarkan loceng terakhir untuk hari ini.
"bukan akulah. Anak buah kau yang buat."
"siapa anak buah aku? anak buah aku tadika lagi tau. Apa kau cakap ni?"
"Harriz lah, Harriz."
Sambil berborak mereka sudah pun mengatur langkah hendak balik ke dorm.
"apesal pulak dia pecahkan? aduhhh. kalau macam ni esok aku kena panggil dengan pengetualah ni?" risau Fasya.
"aku pun taktau apa kena dengan otak dia tu." acuh tak acuh Hani menjawab.
"Hannniiii????" suara seorang lelaki kedengaran dibelakang mereka.
"yer? Azmi ? apa kau nak?" tanya Hani selamba.
"Aryan buli aku do. Tengok ni. Habis pensil aku , dia patahkan. Ish! seramlah dia tu.Kau tolonglah kasi dia advice supaya tak buli aku. Kesianlah kat aku yang tak seberapa nak hebat macam dia tu. "
"yela-yela .Aku usahakan. Tapi tu pun kalau dia nak dengar eh. " balas Hani lalu meminta diri.
Ya Tuhan ampunkanlah 3 orang classmate si Aryan ni.
Jap doa si Hani ni macam salah jer.
Ampunkanlah mereka sebab tidak menggunakan nikmat mulut tu untuk report kes buli ni kepada cikgu.
Kenapalah dorang tak bagitau cikgu terus? Kan sekarang aku yang naik migrain pikir budak tu. Aku pun kalau berdepan dengan dia syeram aku tu menyirap satu badan.
" weh?? weh ada orang gaduh lah. Kat belakang sekolah.Cepatttttt!" jerit Liya keluar dari bilik menyebabkan aku dan Fasya terkejut beruk.
Banyak nya pelajar kat sini. Aku tak nampak pulak siapa yang begaduh tu.Aku taulah ketinggian aku ni tak seberapa kasi lah aku chance tengok muka siapa yang nak masuk WWE tu.
"TEPIIIII??!" jerit Hani selaku ketua pengawas.
Seperti yang diminta dia diberi laluan, dan dengan mudahnya dia terus meluru ke arah bulatan yang paling dalam dimana terdapat makhluk yang berWWE tu.
Dua lelaki ini masi bergelut menyebabkan Hani kurang pasti siapakah gerangan mereka.
"WOII?? HARRIZ ? ARYAN?!" jerit Hani cuba untuk mendapatkan perhatian dua lelaki bertuah ini.
Hani berlari ke tengah cuba untuk menarik Harriz berdiri dari terus menindih Aryan yang terbaring di jalan tar ini.
Namun Harriz masih menghadiahkan buku lima yang sangat padu kepada Aryan. Aryan sedaya upaya menahan tangan Harriz. Dia juga berusaha memberikan tamparan ke muka Harriz.
"WEEHH !!! DAHLAH TU!! KORANG NI DAH KENAPA AH?!"
Hani dengan penuh tenaga cuba mencapai tangan mereka berdua yang berlapik baju sekolah berlengan panjang ini.
PUKKKK!
"ADOYY!" Hani terduduk selepas mencangkung sebentar tadi. Kedudukannya agak terluncut kebelakang. Jarinya dapat merasakan cecair hangat ditepi bibirnya.
"darah?"ujar Hani perlahan.
"HANI? SORRY HANI, SORRY AKU TAK SENGAJA!"
"KORANG BERHENTI SEKARANG JUGAK!" jerit Hani yang masih terduduk.
Dia jerit ni bukan sebab apa. Sebab bibir dia rasa pedih giler. Lepastu punggung dia dah takboleh bawak bincang sebab macam kena tolak gorilla kot sampai terduduk.
"Aiman, tolong bawak Harriz ni masuk bilik dia. Aryan kau masuk bilik kau sekarang !!!
Yang lain masuk bilik masing-masing ! "
Hani menyuarakan kemarahan. Sekejap-sekejap belakang tangannya cuba menyentuh cecair di tepi bibir namun pedih.
"eh kau okay tak?"
"jom pegi bilik,kitorang papah kau"
"aku pegi bilik kesihatan jap eh, ambik box first aid"
Demikianlah Fasya,Liya dan Zira yang terus meluru ke arah Hani selepas semuanya bubar dari bulatan besar tadi.
___
"Lap dulu darah tepi bibir kau tu. Pastu aku lapkan ubat sapu ni eh." ujar Liya si bakal doktor.
"ah,perlahan-lahan lah sikit. Pedih siot. Macam dah bengkak dah pipi kanan aku ni" Hani mengadu kesakitan.
"okay, dah. Kau diam jap aku nak lekat ni handy plus."
"apesal nak lekat tu pulak?"
"habis kau taknak tutup tu lebam kau?" marah Fasya.
"ala biarlah orang nampak lebam ni. Jadi boleh jugak aku feel-feel heroin yang memerangi peperangan ,cehhh."
"Hani? dengan mulut kau lebam pun kau masih nak merepek? biar betik kau ni ? " Zira kehairanan.
"baguslah tu aku reti lagi nak merepek, kalau tak mesti korang dah risau tahap dewa en? pastu acah-acah rindu aku punya lawak lah apalah, auch!" dia segera memegang pipi nya.
"ha bebel lagi. Tu balasan untuk orang yang tak reti nak bediam. Dah mulut lebam masih nak banyak bunyi. " Fasya berceramah.
"tau tak aku risau apa tadi masa kau kena tumbuk? " teka-teki Zira.
"aku risau kalau spek kau pecah do. Tak pasal-pasal kau berabun 2minggu ni.HAHAHA"
"tulah, aku pun risau kalau budak dua ekoq tu tertampar spek harry potter aku tadi. Haish bangganglah dua-dua. Nak betumbuk pulak kat sekolah ni. Mentang-mentang dua-dua ada tittle yang kononnya hebat.Walaupun bagi aku tittle dorang tu taik kucing.Satu pembuli, satu cucu pengetua. Pegi mampuslah dengan depa punya tittle taik kucing tu." marah Hani.
"kan? kitorang tak ikut kau maju tadi sebab nak dapatkan info kenapa dorang betumbuk.Tapi semua jongket bahu.Yang dorang tau, sampai jer dorang kat situ budak dua ekoq tu dah memang bergelut" Liya menjelaskan sambil mengemas alatan first aid tadi.
"yang budak senior tahu, dorang datang situ bertiga. Dengan pelajar baru perempuan yang baru masuk hari ni. Nama dia Faz. Sekelas dengan Harriz. Plus, perempuan tu pulak gf Aryan." Zira bersuara.
Fasya,Hani dan Liya hanya meng'OH'kan ayat Zira.
"dahlah aku nak baring,sakit punggung aku ni tau. " Hani merengek.
dont forget to vote and comment guys😘thnkyou
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?