"haa. lawa dah Hani sekarang. Dahi ada plaster , tangan kena balut , muka pucat giler." Babah membebel diruang tidur milik Hani setelah pulang dari hospital.Hani dengan pantas memegang plaster pada dahinya.
Pedih siot !
"dah kalau keadaan macam ni ?macam mana nak masuk asrama hujung minggu nanti ? " tanya Babah lagi.
"ala esok ,lusa okay lah ni. " balas Hani selamba.
"tangan tu. 3 minggu baru okay. Nanti kat asrama apa-apa jadi? lagu mana?"
"insha Allah cikgu Hani faham ni. Jangan risaulah."
Boleh tak aku nak tiduq lagi? sumpah lemah sangat dah kepala aku ni.
"nanti jangan lupa makan ubat yang doktor kasi tadi."pesan Babah sebelum berlalu.
Hani angguk dan pantas tangannya mencapai ubat-ubatan di atas meja bersebelahan katilnya.
Segala ubat berkaitan segera ditelan dengan rakus agar pahitnya tidak dirasa oleh lidah.
Air suam diteguk pantas.
"habislah aku macam ni. Homework aku macam mana nak siap? dengan tangan menulis aku takleh pakai sekarang. Kantoi ah aku buat kerja last minute.Adduh!" keluhnya sendiri mengenang segala modul,kertas dan buku dimeja belajarnya.
.
Hani yang nyenyak tidur sedikit terjaga dek riuh diruang tamu rumah.
"eh Alang ? kau sahur kat sini?" tanya Hani tatkala terpandang Alang yang menikmati juadah sahurnya dibilik Hani.
"haah.Dari semalam lagi Alang duk kat sini."balasnya dengan menyuap nasi ke mulutnya.
"ohh"
"eh tau tak? semalam kau nangis." ujar Alang berbaur mengejek.
"ah?apasal pulak aku nangis?" Hani yang hendak sambung tidur tadi segera berpaling.
"nangis sambil usap-usap tangan kau.Aduy,lawa ah muka kau masa nangis semalam.Seb baik aku tak rakam,kalau tak ada bahan nak nyakat nanti. " ujar Alang dengan gelak penuh ikhlas.
Ha. Mungkin masa tu aku ngigau doktor nak gergaji tangan aku nak kasi tangan baru.
Betullah tu. Semalam aku ada mimpi macam tu. Syeram ah bila ingat balik.Ni mesti sebab aku tak baca doa sebelum tiduq semalam. Tu pasal mimpi ngeri sampai nangis. Heih buat malu jer ah.
Ejekan Alang tadi dibiarkan tiada respon.
"HAHAHAHAHAHHA malu ah tu." tambahnya lagi.
. . . .
"dah bangun?" KakLong yang baru menapak masuk ke bilik Hani bertanya tatkala terlihat Hani sudah terjaga.
Hani angguk lemah sambil menggaru matanya dengan penuh nikmat(?) .
"gi mandi lah. Pastu nanti sarapan KakLong hantar kat sini."
"okayyyy" balasnya akur.
Dah 3 hari dah aku ponteng puasa ni. Sebab tulah, suhu badan takleh bawak bincang.
"aip? Babah tak keje ke hari ni?" tanya Hani sesaat Babah tiba dihadapan pintu biliknya.
"Tak. Babah ada nak cerita kat Hani sesuatu ni." ujar Babah beraut serius.
"Ohhh"
Apa pulak Babah nak cakap ni ? Rasa berpeluh pulak kepala aku bila Babah cakap macam tu.
"Macam ni, Babah nak tanya. Kenapa Hani tak suka sangat dengan Mama Sarah?" tanya Babah lembut
"oh please Babah. Dont talk about her. I hate this topic!" Hani membantah.
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?