PREP berjalan seperti biasa namun ada yang tidak biasa......Hani terpaksa duduk dengan murid baru untuk mengAWASI tingkahnya dan memastikan dia membuat ulangkaji atau tugasan dari guru.
Fasya duduk dengan Harriz dan Aiman. Memandangkan Fasya sibuk membuat kerja nya dia membiarkan Harriz mengulang kaji pelajaran dengan Aiman.
Harriz memandang Hani. Dia sedikit resah bila Maktok tukar pengawas yang jaga dia kepada Fasya.
Aku baru nak kenal Hani lebih rapat.Tapi budak baru ni terlebih bertuah pulak dapat Hani sebagai pengawas dia. Hmmmmmm. I hope she will fine.
"PREP ni guna nya untuk mengulang kaji pelajaran atau pun untuk siapkan kerja yang cikgu bagi. Bukan buat contengan yang tak berfaedah." ujar Hani menegur orang di hadapannya ini.
Bukan apa, tangan nya sudah pun berjaya membuat lukisan wajah shin chan dan buku lukisan buatannya adalah bahagian tengah buku latihan sejarahnya.(korg mesti selalu buatkan?ehehe)
Aryan angkat muka lalu membalas pandangan Hani.
Jelingan yang diterima oleh Hani selepas dia memberi teguran bermakna sebentar tadi.
Okay aku mengaku kecut perut aku lepas dapat jelingan seram dia tu.Tu mata ka pedang? sumpah tajam dan seram. Memang aura pembuli ni menyeramkan ka guys? HELP ME !
"Aku nak tanya ni, kenapa kau baling kasut junior perempuan kau tengah hari tadi?" tanya Hani sedikit tegas.
"dah dia cari gaduh dulu" balasnya singkat.
"dia buat apa dengan kau?"
"dia nak masuk bilik pengetua,aku nak keluar. Then aku terlanggar dia tapi tak kuat. Dia bising,membebel.Sakit telinga aku. Aku pun ambillah langkah yang mujarab untuk kasi dia senyap. Dan dengan itu kasut dia pun selamat mendarat dalam longkang." Aryan selamba.
"perlukah balas dengan cara kasar macam tu? dia perempuan kot. Tak kesian ke kasut dia basah, then kalau tak kering apa dia nak pakai esok?"
"dia bising dulu, aku tak suka. So,padanlah muka dia. " ujar Aryan lalu berdiri dan membuka langkah.
Hani merenung belakang Aryan tajam.
Sumpah budak ni memang otak takbetul.Bongoklah. Dia dah besar kot takkan lah dengan junior pun nak main kasar. Yaksss.
"MBAHHH!!"
"astaghfirullah?!!!ish kau ni kenapa ah? kau kena duduk dengan Fasya okay,bukan dengan aku." kaget Hani lalu mengemas bukunya.
"aku tau lah. Saja jer nak jumpa kau. Kot-kot lah kau rindu aku kan ? " Harriz menaikturunkan keningnya yang cukup kemas.
"mengikut kamus Hani Azzahra, orang yang datang jumpa tulah orang yang rindu. Tak gitu Harriz?" sindirnya.
Harriz tersenyum kelat lalu menggaru pipinya.
"jangan perasan eh, tak bagus untuk kesihatan.Takde makna aku rindu kau, kau baru berapa hari dengan aku ellehhh." ego Harriz berbicara.
"so? why you came here dude?" marah Hani.
Yelah. Dah lah datang tetiba,pastu tuduh orang rindu dia pulak tu. Bila orang tuduh dia, dia balas setepek sindiran yang menyakitkan. Erghhh geram!! kalau rindu nak menyusahkan aku tu cakap jelah benggong !
"aku datang sini sebab nak tengok,kau dah kena buli ke belum? kalau dah kena buli mesti muka kau lawak giler kan?"
"eh! mulut kau tu kang,aku cili baru kau tau. Kau bole tak doakan aku tak kena buli dengan dia, ni tak takutkan aku pulak. Dah lah blah!"rajuk Hani.
" Ala MyHoney ,aku gurau jelah. Aku akan makesure yang dia takkan buli kau. Kau relax jer kay ? " ujar Harriz lalu pergi meninggalkan Hani yang terpinga-pinga.
Wait ?! dia panggil aku MyHoney ke tadi ? cuba ulang balik boleh tak ? Eh gatai ! HAHAHAHAHAHAHA.Apa dia kata tadi weh? aku macam dengar tak dengar jer dia cakap apa tadi. Wupp jantung mohon perlahankan degupan anda.
Demikianlah monolog Hani setelah Harriz kembali ke mejanya bersama Fasya dan Aiman.Senyuman dibibir sedaya upaya dihilangkan dan tidak ditunjukkan.
"HoneyBunny, sorang jer ke?"
"eh Syakir, taklah tengah bertiga ni ha.Tak tengok ke? " balas Hani tergelak kecil.
"ish kau ni, seramlah. Kang bebetul ada lagi dua tengah ikut kau baru kau tau." Syakir menakutkan.
" memang tengah bertiga pun, kan kiri dan kanan kita ada malaikat yang sentiasa mencatit kebaikan dan keburukan kita. "Hani tersenyum.
" okay fine. HoneyBunny won."
"i'm always win and Syakir always lose"
" macam mana budak baru? dia okay tak?lagi teruk dari yang sebelum ni ka? dengar khabar angin yang tersebar laju macam bau kentut , yang dia tu pembuli. Kau ada kena buli tak?" Syakir sedikit risau.
"bau kentut yang laju tersebar tu mesti bau kentut kau en? AHAHAHAH. Banyak tanya lah kau.Setakat ni dia okay jugak,aku pun belum jadi mangsa buli dia so means aku kena pertahankan diri dari dibuli. Ye dak?"
"haah lah kot. Tapi jangan risaulah,kalau dia buli kau bagitau aku cepat, biar pahlawan Syakir yang hadap si pembuli tu." kata Syakir berlagak pendekar.
"aduh Syakir kau ni belagak jer lebih en?kalau aku hempuk kau pakai kamus dwibahasa tu mesti kau dah kesakitan pastu mengadu kat kembar tak seiras kau tu." bola mata digulingkan ke atas.
"yang tu acah-acah comel,mmg lah. AHHAHAHAHAHHA. Oh ya cakap pasal kembar aku, Fasya kena jaga cucu pengetua tu pulak kan?Aku harap dia okay jer lah."
Okay siapa faham dia faham lah eh. Syakir ni kembar Fasya Tapi Syakir lagi dulu keluar dari perut mak dia so dia kira abang lah dari Fasya walaupun beza beberapa saat jer. Comelkan ada kembar macam dorang ni? Lain jantina tapi kembar dan tak seiras sangat.
Sebab tu jugak lah Syakir ni rapat dengan Hani.
Selain itu, Syakir rapat dengan Hani pun sebab dia admire giler dekat Hani ni. Siapa tak admire ,dah lah cantik,lawa,harapan pengetua,ketua pengawas,berdedikasi,tegas dan dihormati ramai dan sikapnya yang baik hati dengan semua orang membuatkan Syakir meminati Hani dalam diam.
Shhhhhh jgn bagitau Hani okay,nanti dia kembang pulak.(author note for readers)
"haah Fasya jadi pengawas khas untuk Harriz pulak. Tapi jangan risaulah sebab Harriz tak seram sangat macam budak baru ni. Aku dah pesan dkt Harriz jugak supaya dia tak menyusahkan Fasya."terang Hani.
"budak baru tu seram?aku tengok cool jer macam pendiam"
"cool apa ?dia jeling aku tadi macam nak telan tau?Seram aku."
"kau besar kot kalau dia nak telan pun agak-agak ar, tak betul lah imaginasi kau ni.Tak boleh pakai langsung."Syakir membuat jenaka.
"hei hanat,aku cuba guna hiperbola okay.Ish kau ni seriuslah. Aku baru nak describe budak baru tu dengan kau." Hani mulai geram.
"eleh bergurau pun tak oleh,nak buat lawak pun tak oleh.Nak serius oleh ulak. Apelah." Syakir mengajuk suara budak kecil.
"kau nak aku sepak ke terajang?"
dont forget vote and comment guys😘
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?