"belajar dari Idzuan. " ujarnya tersenyum."idzwan mana pulak ni ? idzan dengan wan syarmila ? budak mana lak tu ?" balas Hani dengan lawaknya.
"tulah kau. Nama kawan sendiri pun taktau. Tu nama aku lah. Harriz Idzuan. it means aku belajar dari diri sendiri. Semat tak? " Harriz memberi penjelasan dengan sedikit tawa.
"WHATEVER!" Hani mulai menyampah.
"jomlah main."pujuk Harriz.
"No!" Hani tetap bertegas.
"jomlah........kalau kau menang, aku belanja kau makanan spesial untuk berbuka nanti. Amacam??" ujar Harriz dengan mata yang bersinar.
Apa? makanan spesial? weh bila lagi bole dapat makan sedap kat dewan makan sekolah ni?
"janji?" Hani melirik Harriz untuk kepastian.
"yup.Janji !" Harriz penuh semangat.
"janji, kalau kalah jangan menangis eh. Kalau kau nangis, makruh posa kau , aku taknak tanggung." Hani berbicara layaknya seorang budak kecil.
"okay. Janji. Tapi kalau kau kalah, nanti sambutan raya sekolah kau pakai baju colour sama dengan aku. Amacam? " senyuman miring dihadiahkan kepada Hani.
"what?" berkerut dahi Hani memandang Harriz.
Eih budak ni. Ada hati nak besedondon dengan aku pulak eh.
"apa?"
"whatever! " riak terkejut tadi berubah menjadi riak menyampah.
"amacam? deal or not ?" soal Harriz dengan senyuman manisnya.
"Deal ! "
Maka bermulalah permainan catur antara Harriz dan Hani.
Masing-masing fokus dengan buah catur dihadapan mereka.
Fasya dan Aiman sempat mengerling ke arah mereka yang sibuk bermain.
" Harriz hebat tak main ni?" tanya Fasya sedikit berbisik.
"bolehlah. Kadang kalah gak dengan aku." balas Aiman.
"rasa-rasa Hani boleh menang tak?"
"saya rasa boleh kut. Entahlah.Susah nak judge dua ekoq ni." ujar Aiman menyebabkan mereka berdua tertawa.
______
Waktu berbuka hampir tiba. Semua pelajar sudah berkumpul di dewan makan
untuk iftar bersama."amboi, kau senyum manis semacam ni pehal?" Zira memandang Hani yang duduk bertentangan dengannya.
"manada." nafi Hani.
"eleh. Kau senyum sejak petang tadi lagi au. Macam sewel pun ada." tambah Liya.
"Kuajo kau."
"Biasa ah guys, ada orang dapat makanan special iftar hari ni. " ujar Fasya dengan wajah memerli.
"patutlahhhhhhh" respon Zira panjang.
"diam ah!" dengus Hani.
"Hani yang kuat makan lagi gemuk nak mampus macam dolphin, ambik ni makanan kau. " Harriz datang dengan tiba-tiba membawa sedulang makanan.
"Uuuuuwawwwwwww~~" Zira,Fasya dan Liya memerli.
"Wuhuuu. Thankyou Mr.Loser." balas Hani dengan segaris senyuman lawanya.
Makanan dalam dulang tersebut berisi dengan ABC Buah KakJah, Air milo sejuk dan kuih popia kegemaran Hani.
Dulang yang sudah beralih tangan tiba-tiba tersentak.
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?