"apa kau nak bagitau aku tadi ?" tanya Aiman."oh haah.Hampir lupa.Ni Maktok nak kita berniaga kat bazaar ramadhan nanti." ujar Harriz selamba.
"kita berdua jer ke? apesal kita jer?" Aiman masih kebingunggan.
"yela, sebab muka kau sesuai sgt jadi tukang jual air seringgit tu. HAHAHAHAHA!" hambur tawanya.
"haah, kau pun sama. Sesuai sangat jadi macik-macik yang jual kuih tu.Elehhhh! " Aiman menjeling Harriz disebelah katilnya.
"janganlah Marah Aiman sayang. By bergurau jer. Alolololo" pujuk Harriz dengan gaya poyonya.
"ihhh kau jangan buat aku muntah kat sini eh. Aku puasa ni,taulah kau tak puasa. "
"baik sikit eh. Aku puasa au. Pikir aku apa? Faiz roslan ke? tak puasa. Tampo kang!" acah Harriz.
"Kau dengan Faiz roslan bukan jauh beza pun,muka lebih kurang gak. Lain la aku ni,kacak aku sama level dengan lee min ho. Wow!" lagak Aiman sambil meraup rambutnya.
"oh stop it ! Kalau nak cakap pasal kekacakkan ni, kau tetap kalah dengan aku eh. Jangan nak perasan."
"apapa je lah" balas Aiman acuh tak acuh.
"ah pasal Bazaar tu. Maktok suruh aku cari berapa pelajar untuk kerjasama laksanakan jualan untuk kumpul dana. Dan dana tu nanti akan diberikan kepada anak yatim Rumah Bakti.Kau rasa siapa boleh join kita eh? kalau boleh aku tak nak yang pemalas dan tak reti buat kerja ni. Buat semak jer." terang Harriz panjang lebar.
"ohh macam tu. Kalau nak sediakan makanan ni aku rasa baik ambik budak perempuan. Senang sikit kerja. Lagipun perempuankan rajin. Lebih-lebih lagi Fasya. Hmmmm" ujar Aiman sambil tersenyum manis.
"amboi ! puji buah pinggang nampak."
"buah hati do!buah hati ! " Aiman membetulkan.
"eh haah.Typo lak.Okay gak tu. Kalau macam tu, minta Fasya ajak kawan-kawan dia lah. Dia pun ramai kawan perempuan en?"
"okay. Nanti PREP aku gitau dia eh."
__________
"oi Hani ? menung jer keje kau. Pikir apa tu?" tanya Zira dihujung katil.
"manada lah. Aku tengok ni, ni hah, selimut aku, dah lama aku tak basuh.Sian dia." nafi Hani.
"yela tu. Kalau kau tak temenung,mesti kau dengar kitorang tengah cakap apa tadi." Fasya cuba memihak Zira.
"aku dengarlah. Tapi aku tak fokus, tu jer. Lagipun aku ngantok ah." Hani berpura-pura melayukan matanya.
"betul ni, kau tak nak dengar cerita kitorang?menyesal nanti,tak tanggung eh."Liya cuba memujuk.
"korang nak cakap pasal apa?hah cerita cepat. Pastu puteri nak beradu.Lekaih !"
"ni, masa cuti seminggu hari tu.Aku nampak Khai iftar sesama dengan Riana.Depa makan kat restoran kawan Ayah aku. Depa datang situ bertiga, yang sorang tu aku taktau sapa. But for sure, depa suwit gilossss ! " cerita Liya panjang berjela.
PRAKKK ! (bunyi sebuah hati)
"oh pasal tu. Aku ada nampak kat insta Khai. Aku pikiaq tu bukan Ria. Tapi rupanya Ria eh? dorang tu couple ke, atau sepupu ke?" giliran Zira bertanya.
"korang ni.Cerita pasal Khai pulek. Tak kesian ke dengan fans Khai yang sorang ni. Meroyan kat sini ,siap korang aku kerjakan." Fasya mengerling Hani yang sudah terdiam dari tadi.
Hani segera mengubah riak wajahnya dengan riak selamba.
"eleh. Pasal tu, aku pun tau. Aku nampak kat igstory Khai. But sokey. Im fine. Tak mati pun." ujarnya belagak.
"yela tu. Padahal dalam hati dah meroyan macam king kong kelaparan. Kan? " teka Fasya.
"takda maknanye wak!" balas Hani lalu segera baring ke katil.
Jadi, apa yang aku dengar tadi, memang betul lah tu suara Ria. Khai suka kat dia ? bertuahnya Ria. Ramai yang minat dengan Khai tu, termasuklah aku. Tapi Ria yang menang hati dia.
Aku ingat Khai akan suka aku, sebab akukan peminat dia.Pastu masa sukan kat SMK Ayer hari tu, dia ada tegur aku, bagi ais batu, rakam aku main, chat aku kat DM.
Tapi tak. Arghhhhhhhhhh!!
Tapi, Ria tak suka kan Khai. Maksudnya,cinta Khai bertepuk sebelah tangan jer lah. Kesiannya dia.
Kalau dia suka aku kan bagus, aku akan balas cinta dia sepenuh hati aku.
Kenapa dia suka kat Ria eh? Memang lah dia lawa, tapi Khai tak tau ke perangai sebenar Ria tu macam mana? Psiko giler kut.
Ah lantak ah! Bukan hal aku.
.
.
.Waktu iftar yang ditunggu kini tiba.Semua aspuri dan aspura berkunjung ke dewan makan untuk berbuka.
Hani dengan tangan berbalutnya beratur mengambil makanan bersama Zira,Liya dan Fasya.
Seusai mengambil makanan, mereka menuju meja makan mereka dengan berhati-hati.
"awwww!" suara Hani kedengaran.
"maaf.Tak sengaja." suara sotong berkumandang.
Hani mengerang kesakitan. Tangan kiri nya yang memegang dulang terasa pedih dek tumpahan air kopi panas milik Ria sebentar tadi.
"Hani kau okay tak?" tanya Fasya cemas.
"Weh Ria?! kau sengaja kan?! " Zira menengking.
"Tangan kau merah lah Hani. Jom jom." Liya dan Fasya cuba memapah Hani kembali ke asrama.
Ria tersenyum bangga dengan tindakannya.
Puas hati aku .
"Kau ni kenapa ah Ria? sengaja nak cari pasal dengan Hani ?" tanya Aiman yang memerhati adegan tadi.
"kau ni kalau nak jadi pengecut , jangan tunjuk depan ramai orang. Malu lah!" marah Syakir bagi membela Hani.
Ria yang berasa terhina segera pergi ke meja makannya dengan wajah kesal.
Harriz yang risau dengan keadaan Hani segera ke bilik kesihatan untuk mendapatkan ubat sapu.
.
"korang pegilah berbuka dulu. Aku sorang-sorang kt sini takpe."Hani rasa serba salah dengan 3 gadis dihadapannya ini.
"yang puasa kita berempat, yang nak berbuka pun berempat, bukan tiga jer. Lepas tangan kau dah reda sikit, baru kita g DM balik." ujar Zira layaknya seorang kakak.
"pedihlah. Air tadi tu panas giler kot." adu nya sakit.
"tulah pasal. Tangan kau ni merah dah." Fasya meniup tangan kiri Hani.
"apa kena lah si Ria tu. Ada jer benda nak cari pasal dengan kau. Aku naik menyampah tau, asyik muka dia jer yang cederakan kau. Aku perati jer minah ni. Memang nak kena dia tu." bebel Liya geram dengan si penyebab mereka berada disini.
"korang terfikir tak , nak balas dendam dengan dia tu?" Fasya berwajah licik.
"eh janganlah. Biaq p dia tu.Satu hari nanti dia akan dapat balasan dia.Tunggu waktu jer. Dah lah jom gi kantin,tangan aku dah okay dah ni." Hani bernada selamba.
"aduhai baiknya kawan aku ni. Patutlah Harriz berkenan." perli Zira.
Fasya dan Liya turut serta tertawa.
"amboi merepek!" Hani mendengus geram.
Harriz ,Harriz , Harriz. Bosan ah dengar nama tenuk tu.
Dont foget to vote and comment😘
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?