"weh Harriz tunggu kau kat luar tu. Tak nak g kantin ke?" tanya Fasya selepas membuang sampah keropok Bikanya.Masuk hari ni dah 3 kali dah budak tu paksa aku g kantin. Dia tak tau ke yang mood aku masih kat planet Marikh. Tolonglah faham.
"bagitau dia aku tidur. " balas Hani lalu segera melentokkan kepalanya diatas meja beralaskan lengannya.
"kau pikir aku tak dengar ke?" dia yang dari pintu belakang kini menapak ke kelas 5Gold.
Aduhmak! kantoi pulak. Takboleh jadi ni. Aku harus teruskan lakonan.
"kau buat apa kat sini? masa rehat kan? pegi lah kantin." usir Hani dengan wajah mengantuk yang dibuat.
Mood pelakon wanita terbaik On!
Kali ni aku mesti terlepas. Cukuplah peminat-peminat dia kemarin dah tenung aku macam nak telan. Syerem aku.
"elehh. Nak menipulah tu ,mengantuk konon." perli Harriz dengan wajah menyampah.
Apesal susah sangat nak rehat dengan Hani ni. Dia tak tau ke yang aku nak cuba kenal dia dengan lebih rapat? aku nak jadi kawan yang betul-betul dia anggap kawan.
"aku tak mengantuk. Cuma ni ha, kepala aku berat sangat. Jadi aku nak rehat sambil tutup mata. " Hani terus melentokkan kepala di atas meja seperti sebelum kantoi tadi.
"kau tipu en? " ujar Harriz dengan gaya hendak bermain.
"keluarlah." usir Hani perlahan.
Kenapa degil sangat mamat ni. Pegi je lah rehat. Tak payah nak gatal sangat ,nak aku teman bagai. Kemarin-kemarin kan aku dah teman,sudahlah.
"nanti kalau Aryan tak dapat main wakil sekolah aku tak tau eh? baiii"
Ini aku tak suka! Main Aryan pulak. Kalau lah aku tak kesah dengan impian si Aryan tu, dah lama aku biar Harriz ni. Hahhhh!
"fine!" Hani bingkas bangun dengan wajah ketatnya.
Fasya hanya senyap memerhati mereka berdua.
Harriz yang berhenti di pintu belakang kini tersenyum nakal. Rancangannya menjadi.
Namun disebalik senyumannya, hatinya terasa sedikit gundah.
Bila aku cakap pasal Aryan jer, dia mesti nak buat. Dia suka Aryan ke?nampak sangat dia buat semua ni sebab Aryan. Apesal Aryan jer orang nak suka. Habis aku? takda pulak.
Mereka kini meluru ke kantin sekolah.
"kau nak makan....?"
"takpayah!" jawab Hani kasar lalu segera duduk di hujung meja panjang kantin ini.
Pelajar yang menegurnya sedaya upaya dia membalas dengan senyuman. Tidak sama seperti dia dengan Harriz.
Kesian dorang yang tegur aku ni,nak berborak, bergurau,bertepuk tampar macam biasa dengan aku pun serba-salah sebab riak wajah aku yang masam disebabkan oleh Harriz ni.
Aku bukan apa. Aku tak suka orang tengok aku asyik bekepit jer dengan Harriz walaupun kitorang jaga jarak, tapi asyik berdua jer. Mesti orang judge jugak. Aku dah lah ketua pengawas , aku patut jadi contoh kepada pelajar lain dan junior aku.
Buku yang dibawa tadi kini dibaca sambil menunggu tamatnya waktu rehat.
Buku Novel 1,2,3 Bintang di Langit dibaca dengan sedikit khusyuk.
Yelah kan kantin,bising sikit.
"haaaa,makan." Harriz yang duduk dihadapannya kini menolak 1 pinggan berisi nasi lemak dan susu kotak Goodday.
YOU ARE READING
Dia Juara DiHatiku
RandomKisah Hani Azzahra yang berspek mata tapi sifatnya yang tegas dan tak pernah mahu mengalah. Ramai yang cuba mendekati nya tapi ? Antara ego dan cinta pertama ? yang mana menjadi pilihan nya ?