13

58 6 0
                                    


"kau nak aku urut tak?" Fasya menawarkan diri.

"ha boleh jugak.Tapi jangan kuat sangat tau. Kang tak pepasal esok aku kena pakai kerusi roda pulak" loyar buruk Hani.

PRUTTTTT~~

"ewww Hani pengotor lah." Fasya segera menutup hidungnya.

"manada aku kentut,tu mulut aku jer lah"

"mulut abah kau. Bau dia semerbak do. Eeeeyaks" marah Fasya.

Okay siapa ada kawan ceni? Pengotoq nak mampuih. Sila ngaku.

Zira dan Liya hanya tertawa kecil. Bukan Hani lah kalau tak menyakat.

___

Malam ni Hani tidak datang PREP atas keizinan warden dek punggungnya yang masih sakit.

"bagus jugak aku tak pegi PREP, malas nak hadap muka cipanzi dua ekor tu. Menyakitkan hati betul. Yang satu dahlah tumbuk pipi aku, kesian muka lawa aku ni. Yang satu pulak sesedap rasa dia jer tolak aku mentanglah aku kecil. Habis punggung aku sapu jalan tar tu. Kalau aku dapat dua-dua tu memang pecah batang hidung yang mancung tu." bebelnya perlahan di dalam bilik sambil merenung buku rujukan Sains nya.

___

"aku nak tanya kau ni, apesal kau pecahkan pasu dekat gelanggang masa kau dengan Hani tadi ah? " Fasya bersuara selepas memerhati Harriz dan Aiman sudah pun menyelesaikan tugasan mereka.

"tak sengajalah"jawab Harriz menunjukkan riak mohon diberi simpati.

"haa, cakap pasal Hani, dia okay tak? aku tengok bibir dia bedarah lah tadi. Mesti sakitkan? dia dah letak ubat ke belum? Dia marah aku tak? Then dia sekarang tak kesakitan ke ah? dia tak...."

"dia okay jer.Jangan banyak tanya sangat. Kalau nak sangat tau tanyalah dia esok. Tu pun kalau kau berani nak tunjuk muka depan dia. " balas Fasya selamba dengan sedikit sindiran.

"Harriz? Harriz okay tak? saya dgr awak betumbuk masa balik tadi? Harriz cedera tak? ni saya ada bawakkan ubat. Awak sapulah kat mana-mana yang luka tu eh. " Ria menunjukkan sisi caring nya kepada Harriz. Yela dah kau minat orang tu, mestilah kau risaukan dia en?

Amboi,baiknya Riana ni. Sesuai sangat kalau nak jadikan gf. Tapi tulah gedik dia tu takleh control betul.

"aku okay jer lah.Takde lah luka mana pun. Jangan risaulah. Ni Harriz kacaklah. " jawabnya dengan penuh ke'mengada'an .

Fasya hanya menjulingkan bola mata nya ke atas tanda menyampah.

___

"Adam okay tak? sorry tau Zura tak boleh nak tolong tadi. Zura tak sangka dia boleh laju jer bagi penumbuk kat Adam."

"sokeylah Zura,Adam okay jer ni. Jangan risaulah. Sekarang ni Adam rasa bersalah dengan Hani pulak. Adam tak sengaja tolak bahu dia tadi." ujar Aryan penuh bersalah.

Lahir sedikit rasa cemburu dalam hati wanita dihadapannya ini. Namun segera wanita tersebut menepis perasaan cemburu butanya.

"haah lah. Hani. Mana dia? Dia tak datang PREP ke?"

Aryan hanya menggeleng.

Tanpa disedari ada sepasang mata yang memerhati mereka berdua dengan rasa dendam.

"Amboiiiiiii, bertuah punya Azzahra.Dia boleh tebongkang kat sini?" Liya yang dulu menapak masuk ke bilik dan diikuti Fasya dan Zira segera memandang ke katil Hani yang ada penghuninya.

"hahahah,pinggang dia masih tak okay kut, tu sebab dia tetidoq." Fasya segera mengambil buku rujukan Sains yang berada dalam pelukan Hani.

"Kesian ,kesian. Banyak yang tanya aku tadi Hani okay ke tak. Junior lah ada banyak tanya.Risau dorang dengan prefect leader ni. " Zira bersuara.

Keesokannya riuh-rendah saja bilik nombor 3 ini.

"kau jangan degillah Hani"

"aku nak masuk kelas jugak"

"macam mana kau nak jalan siot?"

"lah kaki aku tak lumpuh lagilah"

"tak kira. Hari ni kau cuti!"

"nak masuk kelas jugak. Aku malaslah duk kat sini. Bosan tau tak? Alaaaaa aku bole jalan lagi lah.Korang ni..."

Fasya ,Liya dan Zira bertukar pandang.

Memang kalau cakap denga Hani ni takda apa benda dia nak dengar. Kedengilan dia boleh letak di tahap gaban.

"Kfineeeeeeee" jawab mereka pasrah.

Mereka yang sudah lengkap berpakaian sekolah  terus keluar dari bilik lalu mengunci bilik mereka.

"macam zombie do kau jalan macam tu" perli Liya.

"ish , tampo kang.Ni gara-gara cipanzi dua ekoq tu lah. Kalau tak elok jer aku jalan macam model yg kat KLFW tu. Herggh!" keluh nya.

"Akak okay tak?"

"kesiannya akak jalan sampai macam tu sekali."

"akak kena buli dengan senior Aryan tu ke? jahat nya dia"

"tu handy plus kat muka akak tu kenapa? lebam ke?"

Demikianlah junior-junior mereka yang menyapa Hani kerana cara jalannya hari ni sungguh berbeza. Kaki kanannya sedikit diseret. Menampakkan kaki nya sepertinya cedera. Padahal yang sakit punggung. Tapi still related eh.

"akak injured sikit ni. Bukan sebab kena buli tau. Aku tejatuh jer kemarin."

Mereka hanya meng'Oh' kan lalu memberikan kata GetWellSoon kepada Hani dan terus melangkah masuk ke kelas mereka.

Kelas bermula seperti kebiasaan.

Tapi ada sorang minah ni takleh nak duk diam dek punggungnya yang sakit. Kejap berdiri ,kejap duduk, kejap duduk tegak,kejap duduk bersandar.

"aku dah kata jangan masuk hari ni. Ketegaq jugak. Haa rasalah merana punggung kau tu." marah Fasya sedikit berbisik.

Hani hanya menjeling Fasya. Muka nya sudah mencuka. Classmates nya tidak tekejut beruk melihatkan wajah dan keadaan Hani semasa sampai ke kelas tadi.

Semua mereka maklum bahwa Hani kena penumbuk dan kena tolak free semasa perlawanan tinju berlangsung kemarin.

Mereka cuma menyuarakan rasa simpati kepada Hani. Ucapan terimakasih menjadi balasan kepada mereka dari Hani.

"Hani?pengetua panggil awak kat bilik beliau" ujar Cikgu Azman yang mengajarkan subjek Maths.

"cikgu saya teman Hani yer? " Fasya meminta izin sebelum minah pincang ni keluar dari kelas.

Cikgu Azman mengiyakan saja.

"kau ikut ni, kau tak takut ke pengetua panggil kau masuk bilik dia nanti? "

"tak. sebab pengetua panggil kau sorang jer, bukan aku. Jadi aku temankan kau sampai kat luar bilik jer. Nanti pandai-pandailah kau hadap nenda si Harriz tu."

"eh? aku rasa pipi aku bengkak lah do. Semalam aku tidoq awal pun sebab pipi aku ni pedih siot."

"yeke? siannya kau. Nanti balik kita letak air batu eh.Supaya dia reda sikit."

"ah, sekali belikan aku air batu campur Kak Jah eh. Aku teringin pulak nak makan ais-ais ni. "

"eih kau ni"Fasya menggulingkan bebola mata nya.

Hani pun melangkah masuk ke bilik pengetua.Setelah dia mengetuk beberapa kali dan mendapat keizinan dari dalam untuk masuk. Fasya pun sudah melambaikan Hani dan menuju ke kelas semula.

"Hani? awak okay tak ni? Saya tak sangka pulak awak kena sekali dengan 2  budak bertuah tu." ujar pengetua tatkala mata nya menangkap tubuh Hani yang baru tiba.

"saya okay jer pengetua. Cuma ni cedera sikit jer." balas Hani sedikit tergelak.

guy dont forget to vote and comment yer😘

Dia Juara DiHatikuWhere stories live. Discover now