A Reason To Stay
2Purse digenggam separa kuat dengan tangan yang semakin berpeluh dingin. Rentak dadanya yang sedari di rumah sehinggalah tiba di ruang legar resort mewah ini tidak berubah, malah makin kuat berdetak menghentam pekungan dada. Perlahan-lahan mata ditutup rapat lantas udara dihembus , cuba ditenangkan jiwa yang racau.
Sentuhan lembut dipergelangan tangannya membuatkan Estella mencelikkan mata lantas wajah Hel Ivan terias dikaca mata. Kerisauan jelas terlakar diwajah lelaki itu membuatkan Estella dihambat rasa sesal. Adakah layak untuk dia berfikiran yang bukan-bukan ... perihal lelaki lain selain tunangnya ini...
Hati dibebani kekesalan dan rasa bersalah yang cuba disangkal dengan pujukan emosi yang masih teguh memberikan alasan meski diri sendiri jelas dengan isi hati." awak nampak tak sihat Este. Kalau awak nak kita boleh balik. Saya tak nak pak - "
" no its okey " tegas Estella menangkis bicara Hel Ivan, sementara matanya melirik pintu utama ruang legar itu yang kini dipenuhi dengan para tetamu. Pandangan kembali beralih ke wajah lelaki itu , hati dikuatkan lantas keraguan yang mengigit tubuh diusir pergi. Senyuman kecil diberikan buat Hel Ivan yang setia menatap wajahnya,mungkin menanti sambungan bicaranya yang jelas dipenuhi alasan.
" saya tak nak rosakkan imej awak dimata tetamu-tetamu kehormat disini. Lagipula .. " jeda mengambil posisi sebentar dihujung bicaranya, mengimbau sejenak memorinya bersama dengan lelaki 'itu'. Kebahagian yang disaluti kekesalan dan keterdukaan. Namun tidak mampu dibohongi hati yang senantiasa mengingati kenangan itu meski pahit mahupun manis. Menyedari dirinya yang tenggelam seketika dalam lautan memori lantas senyuman ditarik selebarnya.
" saya tak perlu risau sebab saya ada awak sekarang "Hel Ivan membisu, hanya sepasang matanya datar membaca air muka pasangannya lantas tanpa banyak bicara lelaki itu mengangguk. Senyuman Estella dibalas dengan segaris senyuman yang cuba menutup rasa sangsi.
Hel Ivan membuang pandang ke arah lain, dalam pada nafas dihela berat namun bertambah bebannya tatkala matanya terpandang susuk tubuh yang sangat dikenali. Mata tertumpu pada Demerez Black yang baru sahaja keluar dari kenderaan mewahnya, disambut beberapa tetamu kehormat yang lain tidak terkecuali tuan rumah yang mengadakan event pada malam ini.
Estella yang sedar dengan situasi itu lantas merangkul lembut lengan lelaki itu. Menyentak Hel Ivan dari terus leka dalam mainan emosi.
Hel Ivan tertunduk, sedar akan dirinya yang sekali lagi tewas dengan emosi. Bibirnya terlakar senyum pahit." saya terlupa , tak mungkin hanya pewaris Black sahaja yang dijemput... orang yang paling berpengaruh ... " matanya naik melirik sekilas susuk tubuh bapa angkatnya dari jauh sebelum kepala digeleng perlahan, sekadar cuba mengusir segala emosi yang bertandang ke jiwa raga.
Wajah dipalingkan ke arah Estella, senyuman manis diukirkan buat wanita itu.
" saya okey ... kalau itu yang awak risaukan. Seperti yang awak katakan, saya ada awak "Senyuman dibibir Estella sedikit kendur seusai ayat itu terbit dibibir Hel Ivan. Entah mengapa hatinya disaluti rasa lain seakan racun yang mulai menjalar disegenap tubuh, keraguan menjadi ketakutan dirinya, menyuntik kebimbangan dalam hati yang sudah berbolak-balik. Sekali lagi diusir pemikiran berbisa itu.
" our promises " perlahan sahaja ungkapan itu dilafaskan oleh Estella sambil mata setia membalas tatapan Hel Ivan.
Hel Ivan mengangguk sekadar mengiakan kata-katanya. Lantas, dia memperkemaskan rangkulan lengan mereka sebelum mengatur langkah memasuki ruang legar itu.
Tubuh kaku. Mata jelas dengan pandangan imej dihadapannya tika itu. Susuk tubuh itu, serta wajah yang tidak pernah lupus dari benak fikirannya ,yang senantiasa melakar sejarah dalam jiwa raganya yang paling dalam, kini berada dihadapannya dalam jarak kurang beberapa meter.

YOU ARE READING
A Reason To Stay
Romancestatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.