A REASON TO STAY
1
Tangannya mengelus lembut kucing peliharaan yang sedari tadi berkejaran di halaman rumah banglo itu, mengejar alunan tari ribbon hasil usikan kanak-kanak yang bertandang ke rumah mereka. Senyuman meniti dibibir Estella Raine tatkala mendengar keriuhan dan gelak tawa kanak-kanak itu. Tubuh haiwan kecil itu dilepaskan dan sekelip mata kucing peliharaan mereka melompat dari rangkulan tangannya, kembali bermain kejar-kejaran dengan kanak-kanak itu.
Estella bingkas berdiri, mata meliar ke sekitar rumah mereka dalam pada mencari susuk tubuh seseorang. Sehinggalah pandangan matanya terarah tepat pada titik tujunya, tubuh langsing lelaki itu ditatap dengan segaris senyuman. Jauh disudut hati, dia turut sama berkongsi rasa bahagia dan bangga dengan kejayaan lelaki itu meneruskan hidup dengan pilihan diri sendiri. Bangga dengan kegigihan lelaki itu meski masa lampaunya begitu sepi dan dipenuhi keterdukaan dek kerana ketetapan takdir. Bangga kerana dirinya bisa berada disamping lelaki itu dalam menempuhi tempoh kebahagian ini. Dalam pada masa yang sama, tempoh ini juga berfungsi bagi merawat kedukaannya. Tempoh bagi memulihkan kembali rasa yang pernah hilang dari jiwa sebagai manusia. Rasa untuk meneruskan hidup. Semangat untuk bangkit dan melangkah melawan arus kehidupan. Mungkin tidak sepenuhnya pulih, namun dia yakin laluan ini mampu memberi sinar baru dalam hidup seorang Estella Raine.
' positive thought cure you pain , maybe it will take a little bit of time... but , that's a beauty of life ' , bicara lelaki itu kembali terngiang-ngiang di telinga. Menghantar semangat baru dalam jiwa, dingin terasa bagai sentuhan bayu laut yang menyapa wajah. Udara yang dihembus terasa ringan tanpa bebanan. Hanya kedamaian menghuni jiwa wanitanya, meski luka pernah bertapak disana buat jangka masa yang lama.
" ... langsungnya ? "
Estella menoleh, kaget dengan sergahan datar milik salah seorang jiran tetangga yang turut sama menghadiri majlis mereka. Senyuman kaku dibibir apabila menyedari pertanyaan wanita itu masih tiada jawapan ditambah pula dengan rasa malu yang mulai memakan diri kerana ditangkap dalam pada diri merenung jauh lelaki itu.
Wanita itu hanya tertawa kecil melihat reaksinya sekali gus menarik perhatiaan beberapa tetamu yang berhampiran mereka, semakin berbahang wajah Estella.
" kamu berdua patut cepat- cepat kahwin, tak perlu ditangguh-tangguh lagi bahkan tetangga disini pun dah bersiap sedia untuk bantu meraikan hari kamu."
Estella tersenyum kecil, anak matanya naik melirik rata-rata wajah jiran tetangganya yang mengangguk , mengiakan kebenaran kata-kata wanita itu. Bibir dipagut dalam tak sedar, segan dengan perhatian yang diberikan padanya apatah lagi kerana subjek yang menjurus kepada hubungannya dengan lelaki itu.
" betul tu Este. Bukan apa, kamu berdua memang sesuai sangat. Kami yang selalu tengok kamu berdua pun rasa teruja, perasaan teruja ibubapa melihat anak-anak mereka akan berkahwin. Tak perlulah ditangguh-tangguh lagi hum ... kami pun nak jugak tengok anak-anak kamu membesar dikawasan tetangga ni "
Kata-kata jirannya itu disambut kata setuju dan gelak tawa wanita-wanita yang boleh dianggarkan memasuki usia 40-an dan 50-an. Masakan tidak, dia dan lelaki itu sahaja yang boleh dikira orang muda diperkampungan itu, yang masih belum berumah tangga." apa yang meriah sangat ni ? " sampukan satu suara yang jelas tidak asing bagi Estella membuatkan dirinya bertambah kalut. Tidak mampu berhadapan dengan lelaki itu andai salah seorang jiran tetangganya ini membocorkan rahsianya yang sedari tadi merenung lelaki itu dari jauh.
YOU ARE READING
A Reason To Stay
Romancestatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.