17

1.8K 156 30
                                    



A Reason to Stay || 17




Mata yang dipejam sedari tadi dicelik tatkala mendengar derapan tapak kasut menghampirinya. Estella diam melirik wajah Daneiel yang kini melabuhkan duduk dibangku kayu itu. Pohon pokok yang rendang membuatkan suasana kelihatan sedikit redup di dalam taman ini.  Mungkin ... sama seperti jiwanya tika itu.


Nafas ditarik panjang sebelum dihela sedikit berat. Daneiel yang menyedari kekusutan yang bermaharajalela dalam diri wanita itu pantas mengenggam kemas tangan Estella. Kehangatn dikongsi bersama serupa seperti perasaan mereka.


" kau .. aku .. kita berdua .. masih okey " bicara Daneiel membuatkan Estella membisu. Tidak tahu sama ada perkataan itu hanya untuk menutup keraguan dan kebimbangan dalam jiwa mereka atau benar-benar pernyataan. Segalanya ... terlalu memenatkan  buat wanita itu. Kisah ini bagai tiada penghujungnya. Tiada titik noktah.

Estella menunduk. Cuba meraih sedikit kekuatan bagi menyampaikan tekad dihati yang dilanda ombak keraguan.
Wajah Daneiel ditatap penuh dengan kesungguhan. Tekad.
" - kita lari "

Kerutan jelas menjelma disekitar dahi lelaki itu. Kaget. Bibir terkumat-kamit tanpa bicara yang mampu diluahkan.
Seketika kedua-duanya membisu. Hanya mata saling bertentang, berbicara dalam bisu. Lirikan mata Daneiel berubah datar sebelum digantikan kesayuan.
Tangan yang menyentuh tangan Estella ditarik semula , sekali gus menyentak sanubari wanita itu.


" aku assume - your mom doesn't like me .. is it ? "

" Dane... it just not about my mom .. but its about us. Pasal saya dengan .. Hel .. pasal hubungan kita .. a-awak faham tak saya ..saya betul-betul kusut sekarang ni. Makin lama saya dekat sini dalam situasi macam ni ... hati saya .. makin - "

" ragu-ragu ? Itu maksud kau? " datar pertanyaan Daneiel membisukan Estella. Lelaki itu menoleh , bertentang mata dengan kekasihnya.
" - jujur dengan aku ... kau .. ada terfikir untuk tinggalkan aku atau tak ? Sepanjang ... hubungan kita kembali pulih.. kau - " keluhan menyambung bicara Daneiel.  " no! Jangan jawab. Lebih baik aku tak tahu pas- "

Kali ini tangan Daneiel pula diraih oleh Estella. Estella diam seketika sebelum bibir terukir senyuman. " kali ini saya janji ... saya tak akan lepaskan tangan awak lagi. Saya tak akan mungkir janji.. saya tak akan putus asa atas hubungan ini. Saya akan pegang janji saya pada awak .. awak yang saya pilih ..yang hati saya... cintai"

Ketenagan jelas mengisi birai mata Daneiel. Lambat-lambat senyuman terukir indah diwajah lelaki itu. Tubuh langsing Estella ditarik dalam dakapan , didakap erat tubuh itu dalam kegembiraan .

Tanpa mereka sedari,ada sepasang mata yang memerhati disebalik pepohon pokok. Mata yang dipenuhi biasan amarah, kebencian juga dendam yang tersimpan lama sehingga menjadi barah.
Avril menggengam erat tangannya yang mengigil akibat rasa yang bersatu menggunung dalam dada. Tidak lama,senyuman sinis bertahta diwajah. Dipandang kosong pasangan itu bersama rasa yang tidak sabar. Tidak sabar untuk menghancurkan pasangan itu!




Telefon yang bergetaran menandakan mesej masuk membuatkan Estella mematikan langkah. Mesej dibuka.

From: Hel
Malam ni pulang awal. Saya nak dinner dengan awak .. sekali untuk kita bincang pasal future kita


Berubah wajahnya tika itu. Satu rasa lain menyusup ke dalam jiwa.
Ngilu. Pedih. Pantas telefon itu kembali disimpan dalam tas tangannya. Iris mata berubah datar. Emosi jelas mengisi seluruh koordinat tubuhnya. Detak jantung bergema bagai memukul pekungan dada. Jiwa jadi sempit dalam pada cuba menelan kepahitan akibat rasa serba salah ini.

" so how was it ? " suara itu membuatkan seluruh tubuh Estella kaku. Lambat-lambat wajah diangkat - melirik wajag dihadapannya .

Avril mengoyak senyuman sinis. Wajah disengetkan , bersama renungan yang penuh provokan.
" macam mana perasaannya bila kau tak lagi jadi watak yang naif ... kau dan aku... dah tiada bezanya lagi . Sama-sama pentingkan diri... sama-sama ... kejam. A bitch "

Estella melarikan pandangannya ke arah lain. Jelas tidak menyukai apa sahjaa yang dibicarakan oleh wanita itu. Tidak dapat menerima kebenaran kata-kata itu.


" sedar tak sedar , kau memang dari suku lagi bukanlah perempuan naif. Kau hanya perempuan jahat yang pandai bersembunyi dengan topeng kenaifan kau tu. Kau penyebab Arzeiel jadi macam ni sekarang. Kau musnahkan hidup keluarga Black. Kau hancurkan ... hubungan akrab Arz dan Dane. Kau ... cuba untuk bunuh aku. Malah ... kau biar keluarga kau sengsara hanya sebab ketamakan kau. How come you become like this hum ... sekelip mata ... kau berubah 360 darjah. Kau pilih lelaki yang dah ragut nyawa papa kau ... kau belakangkan hati perasaaan keluarga kau sendiri. Abang kau ... hidup dia masa depan dia..karier dia hancur sebabkan hubungan kau dengan Keluarga Black.  Aku tak tahu lagi apa kemusnahan yang kau bakal lakukan... actually Im a bit impress you know... dari perrmpuan yang tampak begitu baik .. terlalu naif ... boleh jadi lagi teruk dari aku .. impressive "

Estella menahan amarah yang mengisi ruang dadanya. Iris mata berubah tajam, dijeling wanita itu dalam rasa yang bercampur aduk.

"Kalau niat awak nak memprovok saya .. then saya tiada masa nak dibazirkan for someone like you. Actually - saya boleh jer terus call police maklumkan pasal your location nie.. " telefon ditangan dilayangkan bersahaja dihadapan mata Avril.


Avril tersenyum. " argh... kau mengingatkan aku pada seseorang... dia juga guna taktik yang sama untuk provok aku. Hum... sayangnya ... sebab aku mula sukakan dia for real .. tetapi " iris mata Avril menikam ke wajah Estella.
" mengapa mesti kau jadi halangan hum.. apa baiknya kau .. sebab aku rasa kau dan aku sama sahaja.. so apa lebihnya kau ..kurangnya aku. Why dia perlu pentingkan someone yang langsung tak fikirkan perasaan dia. Why kau perlu dapat semua perhatian ni . Kenapa hidup kau ..kewujudan kau sangat-sangat menyusahkan banyak orang. Lebih baik kau mati jer.. kebahagian yang kau punya..semuanya diatas penderitaan orang disekeliling kau . Kau adalah malapetaka terbesar dalam mereka. "


Birai mata yang hangat membuatkan Estella merengus kasar.
" apa salahnya aku nak dapat kebahagian aku sendiri sedangkan kau pun perjuangkan kebahagian kau ..keinginan kau tanpa kau fikir pasal penderitaan orang lain. Sebelum kau nak nasihatkan aku baik kau cermin diri kau tu dulu. Kau lagi teruk dari aku. Plus , dulu kau yang lepaskan Dane .. sebab apa ..sebab kau ada hubungan dengan abang kau tu dasar perempuan jal- "


Avril ketawa sinis. " well.. aku akui memang aku nampak macam perempuan kotor .. tak macam kau baik. Tapi satu benda kau kena tahu .. aku hanya pernah disentuh Daneiel sepanjang hubungan kami sebelum abang aku.. dia - macam yang kau tahu. Tapi benda yang kau tak tahu sangat banyak ... kau tak berhak judge aku hanya sebab kau tahu secebis perihal hidup aku.
Yes, memang abang aku .. sentuh aku tapi aku tak pernah rela. Indeed, aku dijual macam pelacur oleh abang yang sepatutnya jaga aku .. lindung aku. But no .. dia anggap aku lubuk emas dia. Aku hanya barang jualan dia. "


" - and you know what is the worst is ... Dane tahu pasal tu. Dia tahu abang aku perlakukan aku macam tu. He know it very fuckin' well!  Tapi dia hiraukan . Dia tak ambil peduli sebab dia ada lagi ramai perempuan untuk diluangkan masa waktu aku dipaksa dalam 'urusan jual' beli itu.
Dia.. lelaki yang aku harapkan untuk lindung aku.. sekali lagi .. " senyuman Avril berubah pahit..


" and ... for your info. Anak yang aku gugur waktu aku terlibat dalam kemalangan dengan kau dulu..anak Dane. Aku sembunyikan kebenaran tu sebab pertama Dane tak akan terima kewujudan baby tu. And .. sebab kedua .. abang aku akan tetap gugurkan anak itu kalau dia tahu siapa bapa kepada anak aku."

Bisu
Suasana berubah bisu.


Tatapan mata Estella penuh kaget. Kebenaran yang tersingkap benar-benar menyentak akal fikirannya sekali gus merubah seluruh pertimbangan akal sihatnya.



Tatapan datar Avril menghantar seribu satu rasa dalam dada.

" and that's why I fuckin' hate all of you. Every single one of you"










Tbc || vote - comment

A Reason To StayTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang