5

2.5K 233 22
                                    

A Reason to Stay
5

Hel Ivan melabuhkan duduknya dikerusi kayu itu.  Sepasang matanya melirik kosong pada kain kanvas tanpa sebarang noda itu. Putih bersih. Bersama keluhan berat dia mencapai sebatang berus yang menyapu sekilas cairan hitam lantas didekatkan pada kanvas itu. Namun, tangannya kaku. Tiada walau sekecil lakaran yang terbias dibenak fikiran. Hanya bualannya dengan Demerez Black yang menghantui malamnya. Menghilangkan kantuknya buat semalaman. Kepala tertunduk seraya berus itu diletakkan di dalam bekasnya.

Mata dipejam rapat cuba membuang ingatan itu, cuba untuk tidak membebankan diri dengan isi perbualan mereka pada malam itu namun gagal. Emosi mengawal jiwa raganya.

" kamu masih dengan dia . Apa nasihat aku tak berguna untuk kamu, sampai kamu tak dengar walau sikit pun ? Jadi ... selama kamu menghilang ... kamu dengan dia ? "

Herdikan Demerez Black membuatkan Hel Ivan terdiam seketika. Raut wajahnya mendung tatkala menyedari perbalahan antara mereka tidak pernah berubah. Masih pada subjek yang sama. Masih melibatkan Estella Raine. Wanita yang sudah menjadi tunangnya.

" tuan hanya minta saya jauhkan dia dari keluarga Black. Lagipula, dia adalah tunang saya sekarang ... dan saya harap tuan dan keluarga tuan dapat hormat keputusan saya. Hubungan saya dan dia ... tiada kaitan dengan keluarga Black "

Demerez Black melepaskan hela berat. Matanya tajam menikam wajah anak angkatnya itu dengan tatapan penuh kesal. " jadi kamu langsung tak rasa bersalah memilih untuk hidup semati dengan perempuan yang dah hancurkan keluarga kamu ? Itu maksud kamu ? "

Hel Ivan pegun. Jaluran pedih membelit hatinya , merobek luka lama. Iris matanya berubah sepi.
" mungkin saya yang silap. Pada waktu dimana saya fikir saya punya keluarga, seakannya saya hanya berhalusinasi sahaja. Tetapi sekarang ... apabila saya sudah menerima hakikat bahawa saya tidak punya keluarga... kenyataan tuan sekarang ... seperti mempermainkan saya" matanya naik membalas tatapan mata Demerez Black.

" kamu anak angkat kami. Keluarga Black... tak kan sewenang-wenangnya kami buang kamu. Kamu masih salah satu daripad kami... meski kamu bertindak untuk melarikan diri sepanjang tempoh beberapa tahun ini ... tapi kami faham dan hormat keputusan kamu. Walau apa pun kamu adalah keluarga kami. Sejauh mana kamu pergi , kamu akan kembali juga. Tapi bukan ini yang kami harapkan daripada kamu ...kami tak harap kamu kembali dengan perempuan tu . Apalagi dengan hubungan kamu berdua! Maaf tapi aku sendiri tak mampu terima hubungan korang berdua. Perempuan tu dah cukup musnahkan keluarga aku. Aku tak harap untuk tengok kau musnahkan hidup kau demi perempuan yang sama ! Cukup penderitaam yang ditanggung keluarga aku . Kau tetap anak aku ..anak kami. Jadi tolong , kali ini dengar kata-kata aku ... tinggalkan perempuan tu. Tak perlu kau kasihan pada dia , dia ada keluarga sendiri untuk lakukan hal itu. Dan kau ..ada keluarga kau sendiri yang perlu kau lindungi. "

Tangan naik menyentuh dahinya dalam pada mata masih terpejam rapat. Nafas panjang dihela berat , seraya mata dicelikkan tatkala terasa ada tangan lain yang menyentuh dahinya. Mata pantas bertentangan dengan sepasang mata milik Estella Raine. Kebimbangan jelas mengisi ruang mata wanita itu.

" dahi awak panas " ujar Estella separuh berbisik , masih bertatapan mata dengan lelaki itu. Hatinya merintih hiba apabila menyedari raut wajah Hel Ivan yang pucat dan lesu. Dia tahu lelaki ini sedang menanggung rasa seksa dalam dadanya tika itu. Kebisuan Hel menjawab segala persoalannya.

" jangan macam ni Hel .. jangan seksa diri awak macam ni ... " esakan halus kedengaran dalam nada suara Estella bersama tatapan mata yang berkaca-kaca. "  -  saya ada disisi awak , biar saya berkongsi rasa sedih itu dengan awak... saya kuat kerana awak selama ini ... jadi tolong ... kuatkan hati awak ..demi saya pula " air mata mengalir diwajah mulus itu membuatkan Hel Ivan terkesima.

Tanpa buang waktu Hel berdiri lantas didakap tubuh wanita itu. Tangannya naik mengelus lembut rambut sang tunang dalam pada air matanya sendiri menodai wajah.
Esakan Estella dikaburi dengan dentuman hati lelakinya yang jelas kesakitan dek emosi yang berkumpul setelah sekian lama dipendam.

Estella pula masih dihambat rasa hiba yang selama ini terpenjara. Penderitaan yang hadir semula meracuni jiwa setelah menemui lelaki itu. Hati yang sekian lama melupai memori silam kembali membuka lakaran-lakaran memori itu.

Tangannya kejap menggenggam lengan baju Hel Ivan, tubuhnya bergetaran dek emosi yang membadai diri meski dia sedar dalam pada dia berada dalam dakapan lelaki ini, ada wajah lelaki lain yang mengisi fikirannya.

Mata dipejam seeratnya apabila rasa sesal dan bersalah menggunung dalam dada.












Daneiel membuang pandang ke arah jendela bilik rawatannya itu. Tangan disilangkan kedada dalam pada mata melirik kosong pandangan itu sebelum bunyi kuakan pintu menganggu lamunanya. Mata bosan melirik pada wajah Tessa Lee yang mulai mengatur langkah menghampiri katilnya. Sebakul buah-buahan ditangan wanita itu ditatap sepi.

" you buat apa kat sini ? You tak ada patient ke hari ini " soal Daneiel sekadar berbasi-basi. Lewat ekor matanya dia melihat wanita itu sudah meletakkan buah tangannya diatas meja.

" I tinggalkan sekejap kerja I untuk datang tengok you. Bukan ke lagi senang kalau you transfer je ke hospital I . Boleh I tengok-tengokkan  you "

Keluhan malas terlepas dibibir Daneiel seraya pandangan matanya kembali melirik ke luar jendela.
" Bukan you seorang doktor dalam bandar ini. Baik you jaga pesakit-pesakit you dulu sebelum nak tambah I dalam senarai panjang itu."
Tegur Daneiel sedikit tegas.

" I dah call parents you. Maybe dorang dalam perjala - "

" I dah cakap jangan call dorang. I tak nak sesiapa melawat I ! Apa yang you tak faham-faham! Boleh tak sekali ini you jangan pandai-pandai nak masuk campur  urusan hidup I. Stop okey ! " dengusan kasar mencelah dalam amarah Daneiel.
Nada suaranya yang tadi tinggi mulai kendur apabila matanya melirik sekilas ke wajah wanita itu.
" I tahu you yang tolong I . You yang selamatkan nyawa I . I tahu I memang hutang nyawa dengan you sepanjang hidup I but please... hidup I ..I sendiri tentukan macam mana I nak hidup, bukan you. Jangan desak I ikut cara you sebab I dan you berbeza. And stop approaching her . You tiada hak untuk masuk campur urusan I dengan dia. Itu masa silam kami... hubungan kami ..adalah hak I dan dia even our past ...our relationship is too fucked up - but still its none of your fuckin' business "

Tessa Lee terdiam seketika , hanya matanya melirik tajam pada wajah Daneiel Haxer. Birai mata yang berkaca-kaca membuatkan dia mengepal kuat tangannya. Bibir diketap cuba sedaya upaa untuk menahan rasa amarah yang meluap-luap dalam dada.

" she is your fuckin' ex Dane ! Bear that in your mind "

" and you keep forgetting that you are no one in my fuckin' heart ! Stop getting in my way ..and my shit  life even I fuckin' owe you for what you've done "

Pertelingkahan antara mereka membuatkan suasana didalam ruang bilik itu kian menegang. Masing-masing dalam dilema dan keterdukaan sendiri.

" maybe I patut biarkan you mati dalam operation itu ... I tak patut selamatkan you - "













|| to be continue
Vote || comment

A Reason To StayWhere stories live. Discover now