15

1.9K 187 29
                                    



# Sementara ad free sya update awl

A.R.T.S
15


Daun pintu ditutup rapat bersama segaris senyuman dibibir tatkala Estella keluar daripada ruangam bilik Arzeiel.
Beban didadanya hilang serta merta malah diisi dengan kegembiraan.
Terlalu ralik dalam lamunan sendiri sehingga tidak perasan akan kewujudan Daneiel disebelah kirinya yang sedari tadi bersandar didinding.

" thanks " serentak suara Daneiel mengisi kekosongan itu , pantas Estella menoleh.
Sedikit kaget dengan kehadiran lelaki itu.
" thanks for ... ? " lembut pertanyaan Estella membalas pertanyaan Daneiel.

Daneiel berdiri tegak. Iris matanya melirik datar ke wajah wanita itu , jelas terbias kegembiraan dan terharu dalam biasan mata. Perlahan-lahan langkah diambil mendekati Estella bersama senyuman manis yang tak lekang dari wajah.

" thank you sebab datang ke sini. Kehadiran kau - beri makna yang sangat besar ... buat dia " serentak dengan perkataan terakhir itu iris mata Daneiel dilirik pada pintu kamar Arzeiel.
Pandangan mata kembali beralih pada Estella. Ditatap sedalamnya wajah itu sehingga membuatkan Estella dihambat bahang malu.

" you are staring at me " ngomel Estella bersama jelingan mata.

" sebab aku tak tahu ... sampai bila aku masih boleh tatap wajah kau."

Kedua-duanya membisu. Membenarkan ombak emosi membadai jiwa yang rela hanyut dalam lautan penuh kegusaran itu.

" kau rasa ... " bicara Daneiel kedengaran sendu memaksa Estella memfokuskan keseluruhan fokusnya pada lelaki itu.
Menanti sambungan bicara yang tergantung sepi itu.

Keluhan meniti dibibir Daneiel.
Mata menatap syahdu wajah dihadapan tika itu.
" - kau rasa ... adakah ... bahagia bakal jadi milik kita "

Terkesima. Tiada jawapan mampu membalas pertanyaan lelaki itu, yang ada hanya secebis kegusaran dan kebimbangan. Tidak terkecuali risiko.
Estella menundukkan pandangan ke arah lantai. Reaksi pasif itu tidak lolos dari padangan mata Daneiel. Sejenak , hati masing-masing diamuk tsunami digelar emosi.

" aku takut untuk menyimpan angan-angan tinggi tetapi - aku juga ingin berharapkan sesuatu yang hati aku impikan . Aku takut akan hilang segalanya , namun aku lebih takut untuk hidup tanpa kau disisi aku . Kebahagian yang aku ingin kejar ... bukan milik aku malah milik orang. Kebahagian yang aku inginkan ... bakal memberi derita pada orang lain . Sama ada ... kisah kita akan berakhir dengan indah ... atau tragik ... aku sendiri tak mampu fikirkannya .. tak mampu membuat telahan hanya kerana hati terlalu menginginkan kebahagian kerana walau apa pun , aku tetap rampas kebahagian orang lain .. demi keinginan ini"

Terasa hati berlubang. Kesakitannya menjalar bagai akar berduri yang menikam isi kulit.
Pedih.

Estella mendongak , ditatap sedalamnya sepasang mata milik Daneiel.
Birai matanya berkaca-kaca.
" bukan awak yang rampas kebahagian orang lain. Tetapi saya yang pilih kebahagian saya sendiri. Dan - saya yang bertanggungjwab dalam menghancurkan kebahagian orang lain. Letak salah itu pada saya . Sebab saya pilih awak. Saya yang buat keputusan untuk lepaskan dia ..dan pilih awak. Hati saya ... masih pilih awak meski pilihan ini salah .. yang bersalah adalah saya. Bukan awak. Jadi please... don't let me go "

Kehangatan membaluti tubuh tatkala dibawa dalam dakapan lelaki itu. Air mata Estella menodai wajah bersama rasa yang tidak mampu diungkap dengan perkataan lantas tangannya naik membalas dakapan itu.

" I love you " ujar Daneiel separuh berbisik.











" don't let me go "

Suara yang cukup dekat dengan jiwa raganya itu menghantar sejuta rasa sengsara buat Hel Ivan. Birai matanya hangat seraya dipejam sejurus sahaja membuang earpiece dari telinganya. Wajah dipalingkan ke luar tingkap kenderaan mewah itu bersama rentak dada yang deras. Tangan dikepal beberapa saat sebelum dilonggarkan sejurus sahaja keluhan panjang diluah dibibir.

Kepala tertunduk , segaris senyuman kelat terukir dibibir bersama keluhan demi keluhan. Rasa ngilu yang menjalar dalam dada dibisukan. Emosi yang cuba memanipulasi kewarasan akal dikawal semula. Serentak kata-kata hasutan daripada Avril beberapa hari lepas terngiang-ngiang ditelinga. Berdesing.

" tuan? "

Pandangan mata naik membalas tatapan gemuruh seorang pekerja yang berdiri diluar kenderaannya itu.
Wajah dineutralkan seraya pintu kereta dikuak dari dalam.
Sebelah tangan menyeluk kedalam poket seluarnya.

" dah siapkan semuanya ke ? " datar Hel Ivan menyoal tanpa memandang pekerja itu.

" dah tuan. Semuanya dah disiapkan . Perfect. Hidangan yang tuan minta juga kami dah sediakan. Hanya perlu tunggu pasangan tuan hadir dan kita boleh mulak- "

" leave "

Pekerja itu tampak terpinga-pinga dengan arahan Hel Ivan.
" maksud tuan - "

Hel menoleh sekilas pada pekerja itu. Segaris senyuman dilemparkan .
" I need some privacy . Pasal hidangan makanan tu , saya akan hidangkan sendiri. Kalian cuma prepare sahaja , then leave."

Pekerja itu mengangguk faham sebelum meminta diri untuk pulang.
Hel Ivan pula meneruskan langkahnya ke arah ruangan laman yang sudah ditempah buat makan malam itu. Ruangan laman itu indah dihiasi hiasan lampu, menyinari suasana landskap .
Iris matanya melirik pada meja ditengah-tengah laman itu. Meski dada terasa sesak sebaik mengingati ungkapan wanita itu melalui cip rakaman yang dipasangkan ditelefon Estella. Jujur , dia rasa menyesal kerana memasang alat elektronik itu. Lebih baik dirinya tidak mengetahui akan kebenaran pahit ini. Kesakitannya terlalu menyengat jiwa raga.

Salah satu kerusi itu disentuh perlahan sebelum dilabuhkan duduk. Postur wajahnya datar. Biasan mata penuh kekosongan namun tidak bagi hatinya yang kini dilanda badai emosi. Kecewa dan begitu terluka mendengar sendiri ungkapan itu dari mulut Estella meski dengan cara sebegini.

Cincin pertunangan dijarinya ditenung datar. Kerutan didahi jelas menggambarkan kedukaan yang menghuni hati lelakinya. Sekali lagi tangan itu dikepal seeratnya.
Naik turun dadanya bersama hela nafas yang berat.
Perlahan-lahan iris matanya naik merenung bulan dilangit. Mengisi kekosongan yang menyesakkan dada.
Cuba ditenangkan dada yang berombak, cuba diselamatkan diri yang lemas dalam lautan emosi.

Getaran telefon dari dalam kocek seluar menyentak lamunannya.
Dibawa skrin pintar itu ke telinganya serentak suara Estella mengisi corong telinganya.

" Hel - umm malam ni mungkin saya pulang lewat. Tak dapat dinner sekali dengan awak ... "

" - saya ada hal lain. Awak tak kisahkan ?"



Hel Ivan membisu buat seketika. Dalam benak fikiran , bayangan wajah mulus itu terbayang dibirai mata. Sekali lagi hatinya terluka. Segaris senyuman kelat terlakar dibibir sambil matanya melirik ke arah hidangan makanan diatas meja itu.

" yup. Its okey. Saya pun masih dekat hospital- awak jaga diri ye... maybe saya balik esok pagi" nada suaranya yang sedikit serak cuba dipulihkan sebelum menyambung kembali bicara.

"  uh.. okey. Jangan paksa diri bekerja tanpa rest ... pentingkan kesihatan awak juga. Saya tak nak awak sakit nanti. Anyway, jumpa awak esok okey... kita breakfast sekali "

" sure , see you tomorrow"

Panggilan dimatikan bersama rasa yang hilang dari dada. Detak jantung pedih dan begitu kuat menghentak pekungan dada.
Kepala tertunduk hiba .














Tbc
Vote n comment

- how was it ... anyway, sy selitkan part Hel kli ni sbb nk tnjk sengsaranya seseorang kalau awk bagi fake hope. Sy thu untk part mcm ni ad byk pandangan n respond .. ad yg merasai kesengsaraan Hel n ad juga yg fikir bhwa terima kenyataan meski pahit itu lebih baik daripada hidup dalam kebohongan. Sya juga setuju dlm hal itu.
Realiti itu lbih baik drpd dibohongi. Mmg awlnya realiti tu akn sgt memeritkan ttp keskitam itu bersifat sementara krna kta dh thu kebenaran . Lebih baik drpd ditipu utk jangka msa yg lama atau dlm kata lain kta hidup dlm kebahagian palsu selama bertahun2. Itu lbih menyakitkan setelah kebenaran terbongkar.



A Reason To StayWhere stories live. Discover now