26

2.4K 180 28
                                    



A REASON TO STAY || 26

Tangan disilangkan ke dada, dalam pada mata melirik datar ke arah taman hospital itu melalui tingkap biliknya. Mata merenung susuk tubuh wanita yang duduk seorang diri di bangku kayu itu. Kening bertaut dalam meneliti wajah wanita itu yang dikatakan punya sejarah dengan dia.. wanita itu adalah orang yang dia pilih untuk dihabiskan seluruh hidup. 

Lirikan mata dijatuhkan pada cincin diatas mejanya. Kosong jiwa tika itu. Tiada langsung memori wanita itu dalam ingatannya, namun mengapa hati itu tidak mahu melepaskan memori yang kosong itu dari membelenggu dada. Mengapa jauh dilubuk hati lelakinya seakan dia berat hati bagi melepaskan memori yang hilang itu. Adakah kerana lirikan mata yang diberikan wanita itu pada pertama kali dia sedar dari koma atau- 

hatinya yang tidak rela melepaskan wanita itu.

Hela berat dilepaskan sebelum dia melirik buat terakhir kali wanita itu. Dada yang sarat dengan pelbagai rasa itu dipendam,dibisukan .Iris matanya berubah gelap , datar meneliti wajah sunggul itu. Disimpan dalam benak memori sebelum kain jendela ditarik, menutup sepenuhnya tingkap itu.

Tubuh dipusingkan lantas kaki mengaturkan langkahnya.



__________________

Jemari saling dikutil, sekadar cuma menghilangkan rasa kosong yang mengisi dada. Hari ini juga dia datang melawat lelaki itu meski hanya sekadar berada diluar bilik . Estella tidak berani untuk memasuki bilik itu selepas sahaja perbualannya dengan lelaki itu tempoh hari. Hatinya tidak kuat berdepan lelaki itu yang dahulunya begitu lembut dalam berbicara, namun kini, segala yang keluar dari mulut lelaki itu hanya .. kata-kata yang selayaknya dituju buatnya namun mengapa... begitu menyakitkan. Dia sedar dia layak diperlakukan sebegitu namun hatinya, sungguh tidak kuat mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Hel Ivan sendiri. 

Sehinggalah seruan namanya menyentak monolog sendiri.Lantas kepala didongak, bertentangan mata dengan lelaki ini sekali lagi. Alexander Ivan. Seketika dia kaku, hanya melirik datar lelaki itu yang mulai melabuhkan duduk disebelahnya dalam bisu. 

Kedengaran keluhan pendek lelaki itu sudah cukup menggentarkan hatinya. Bimbang dengan apa sahaja yang bakal keluar dari salah seorang waris Hel Ivan.

" I harap apa yang jadi pada Hel beri you kesempatan untuk fikir semula kesilapan you."

Kaget, membuatkan Estella perlahan-lahan membawa pandangannya ke wajah lelaki itu. Kegusaran jelas terbias dibirai mata Estella sebelum digantikan dengan perasaan bersalah. Kepala ditundukkan dalam sesal . Diperhatikan oleh Alexander seraya dia menyambung bicaranya.

" Hel tak pernah cerita pasal you. Dia banyak berahsia dari kami. Sejak mummy dia meninggal lagi, dia berubah. Dah tak ceria, banyak mendiamkan diri .. doing his own work.. tak pernah nak minta tolong I and my family.. dia membesar dengan kudrat dan perjuangan dia sendiri. Then, dia buat keputusan untuk sambung studies.. dari situ dia jumpa ..kenal dengan keluarga Black. I dapat tahu pun pasal Black lepas beberapa bulan diorang ambil dia jadi anak angkat-"

"- i and my family just terima sahaja andai memang itu kemahuannya.. tapi I lupa satu perkara.. a reason why he choose them as a family. I lupa hal tu.. kenapa dia nak terima jadi anak angkat dorang sedangkan I and family I ada ja untuk dia. Rupa-rupanya anggapan I selama ini salah. I ingat lepas sahaja pengebumian mumy dia, permintaan dia untuk dihantar ke sekolah berasrama adalah sebab dia perlukan masa seorang diri.. maybe ..dia tak sanggup hidup dalam rumah yang punya memori mummynya.. I fikir dia cuma perlukan ruang dan masa sendiri.. I lupa dia masih seorang anak yang kehilangan satu-satunya orang yang dia boleh panggil keluarga. I lupa, walau apa pun ..sekuat mana pun dia tunjuk diluaran, dia masih.. masih terluka.. dia masih seorang anak yang kehilangan kasih sayang.."

A Reason To StayTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang