A REASON TO STAY || 24
Tubuh yang kaku terasa kejang, kengiluan menggigit tubuh memaksa sepasang mata itu celik. Silauan lampu bilik membuatkan tangannya pantas menutup mata. Dicelikkan mata beberapa kali , sebelum tangan kembali diturunkan. Pandangan mata meliar ke sekitar bilik itu. Dilirik datar belakang tapak tangannya yang bersambung dengan tiub IV serentak hela berat dilepas lemah. Hampa.
Kuakan pintu dari luar memancing perhatian Estella. Iris matanya tajam memerhati jururawat yang mulai menghampirinya bersama fail ditangan. Dirinya tidak langsung dihiraukan malah jururawat itu sekadar membisu sambil memeriksa tiub IV sebelum dicatatkan beberapa maklumat.
Sebelum jururawat itu bergerak keluar dari biliknya dengan pantas Estella menyoal mengenai keberadaannya disitu.
" nasib awak baik ada orang yang kebetulan berada dipantai waktu itu." Lirikan mata wanita itu tajam menikam ke wajah Estella sebelum dialihkan ke arah lain. Keluhan meniti dibibir jururawat itu membuatkan Estella kebingungan. Entah mengapa hatinya tidak enak.
" tunang awak tak begitu bernasib baik."lirikan mata jururawat itu tajam menikam wajahnya, entah mengapa jauh disudut hati Estella dia merasakan pandangan itu bersifat kepada tuduhan. Atau hanya matanya sahaja yang salah mentafsir.
" tunang..." perkataan itu seakan satu tamparan hebat ke wajah Estella yang jelas dihambat dengan perasaan takut. " apa maksud awak.. tunang saya.."wajah Estella yang sedia pucat semakin tampak lesu, kebimbangan bermaharajalela dalam diri.
" tunang awk terlibat dalam kemalangan.. dan apa yang saya boleh katakan.. keadaan dia agak kritikal .. dan sekarang masih berda dalam operation room. "
Mendengarkan pernyataan itu membuatkan Estella terkesima buat seketika, sebelum dengan pntas ditolak selimut yang membaluti tubuhnya. Belum sempat digerakkan kakinya, kesakitan dirasai menyengat disekitar pinggang membuatkan dia meringis.Sejenak, kekhuatiran akan kondisi diri sendiri seakan baru mengejut akal warasnya yang tertidur selama ini. Ringisan ditelan , tidak mahu memfokus pada keadaan dirinya tika itu. Kebimbangannya beralih dan tertumpu pada Hel Ivan buat masa ini.
" badan awak masih lemah . Jadi tolong jangan turun dari katil awak cik Raine" Tubuh Estella ditahan daripada meneruskan niatnya. Namun , dengan kudrat yang tersisa Estella masih cuba melooloskan dirinya. Pandangan mata yang berkaca disambut dengan rasa berat yang membebani dada. Wajah lelaki itu menghiasi memorinya menambahkan lagi keperitan yang menikam dada.
" .. saya kena jumpa dia! Awak tak faham.. saya kena jumpa dia jugak sekarang ni.. tolonglah - d-dia jadi macam tu sebab saya! " tangan jururawat itu diraih dalam gesa, " tolonglah bawak saya jumpa dia.. tolonglah.." esakan menyambung rintihannya membuatkan jururawat itu terdiam seketika.
Anggukan wanita itu membuatkan Estella menangis dalam kegembiraan. " tapi saya kena bawakan wheelchair untuk awak dulu... pinggang awak tu-" iris mata jururawat itu beralih pada pinggang Estella. " - awak masih perlu jumpa radiology selepas ni.. jadi saya nasihatkan sebelum awak nak buat apa-apa.. tolong fikirkan keadaan tubuh badan awak juga."
Estella hanya bersetuju tanpa bantahan. Difikirannya tika ini hanya ada Hel Ivan. Langsung tidak dihiraukan kondisi tubuh sendiri. Debaran didada disambut dengan kekesalan yang tiada titik noktah. Air mata yang menodai wajah pucat itu dibiarkan mengering. Sebelah lagi tangan menekan bahagian pinggang yang kesakitan sementara menanti jururawat itu kembali bersama wheelchair buatnya.
__________________
Estella hanya mampu membisu , memerhatikan tubuh kaku Hel Ivan dipindahkan daripada wad kecemasan kepada bilik rawatan biasa. Tubuh Hel ditatap penuh hiba, terlalu banyak kesan kecelakaan melakar tubuh lelaki itu. Lengan berbalut, bersimen. Kepalanya berbalut, dengan wajah yang dahulunya bersih kini dinodai lebam dan luka. Jiwa raga wanita itu terkesan dengan apa yang terpampang dihadapan matanya.
Dihampiri sisi katil dengan bantuan wheelchairnya itu, iris mata lirih merenung wajah Hel Ivan sebelum perlahan-lahan tangan lelaki itu disentuh lembut. Birai matanya mulai berkaca, sebak menyelubungi dada. Dielus halus tangan dingin itu bersama esakan yang terluah dibibir. Dia benar-benar sesal dengan tindakannya , dia punca lelaki ini terbaring disini. Andai sahaja dia tidak berkeputusan bodoh seperti itu! Andai sahaja dia tidak menjawab panggilan lelaki ini pada waktu itu! Andai sahaja dia tidak mementingkan diri sendiri..andai sahaja dia menerima lelkai ini dalm hidupnya.. andai sahaja dia tidak cuba melawan takdir yang sudah tersurat buatnya.
Tangan Hel Ivan digenggam kemas, tidak terlalu kuat sekadar digenggam dengan sepenuh hati. Digenggam dengan perasaan tulus dan bukan sekadar perasaan kosong yang selama ini diperlakukan pada lelaki ini. Digenggam dengan satu rasa baru, keikhlasan juga ketulusan hati. Iris matanya menatap hiba wajah lelaki itu, " biar kali ini... saya lindungi awak.. biar kali ini saya ..jaga awak macam mana awak jaga ..lindung saya selama ni.. saya tak akan lari dari awak lagi.."
" so please... please stay with me.. for this last time.. saya tak akan sia-siakan awak lagi..tolong beri saya peluang.. bagi peluang pada saya.. untuk hidup dengan awak..dan kali ini saya janji.. saya tak akan tinggalkan awak... saya tak akan sia-siakan peluang ni lagi. saya janji pada awak Hel...tolong ..terima saya balik...saya merayu.."
Janji diikrarkan, bersama jiwa yang pernah ternoda dengan kesilapan yang melukakan ramai pihak. Ikrar yang tersemat dalam dada, terlakar kemas dalam minda , dalam pada mengharapkan sebuah kemaafan dan peluang baru... namun, adakah peluang itu masih tersedia buatnya atau.. dia sudah terlalu lewat. Masih terbukakah pintu kemaafan itu... masih diterimakah ikrar yang disemat dalam dada itu. Masih bernilaikah kata-kata itu ...
__________________
Hari berganti hari , sehinggalah perkiraan sudah menghampiri angka 7 hari. Sudah seminggu Hel Ivan masih tidak sedar, masih diri lelaki itu dalam kondisi koma. Tujuh hari juga , Estella menanti. Berganti-gantian merawat Hel Ivan dengan jururawat upahan Alexander Ivan, salah seorang ahli keluarga terdekat Hel Ivan. Rawatannya dengan radiology juga semakin membaik, kesakitan dibahagian paras pinggangnya semakin pulih, semuanya berkat bantuan dan saranan Alexander Ivan yang membawanya bertemu pakar radiology. Hari-harinya semakin baik, tiada lagi kedukaan dan kegelapan yang merantai diri. Setiap hari diluangkan setiap saat dan detik menemani Hel Ivan, sama ada membersihkan wajah lelaki itu dengan air suam atau sekadar memerhati dalam diam wajah itu. Wajah yang selama ini tidak langsung cuba direnung sedalam-dalamnya. Tidak pernah ditillik sehampir itu dalam jangka masa yang begitu lama.
Tuala kecil yang direndam dalam air suam itu dieluskan kewajah Hel. Senyuman kecil terlakar dibibir Estella, senang hati kerana kesan luka dan lebam diwajah itu semakin pudar. Wajah mulus milik Hel Ivan kembali menghiasi pandangan matanya. " - semakin lama saya jaga awak.. makin saya sedar.. selama ni... saya tak pernah tenung awak sehampir ini. Saya baru sedar.. hanya dengan pandang muka awak.. beri saya ketenangan... sayangnya.." tuala itu dialihkan ke tangan lelaki itu. Dielus lembut, sementara ibu jarinya mengusap jemari panjang milik Hel Ivan. Sentuhan itu terhenti pada permukaan cincin yang masih tersarung dijari manis Hel.
Pandangan mata Estella berubah sayu, senyuman yang tadi mekar kini berubah kelat." kenapa saya tak nampak usaha awak..kesungguhan awak selama ini.. saya terus-terusan lukakan awak..lelaki yang sentiasa ada disamping saya.. yang tak pernah tinggalkan saya.. yang sedaya upaya beri saya segala yang dia mampu.. macm mana awak boleh sukakan perempuan macam saya.. macam mana.. awak boleh bertahan dengan saya yang tak pernah... fikirkan tentang hati perasaan awak.. yang sia-siakan awak.. "
Pergerakan tangan yang selama tujuh hari kaku itu membuatkan Estella terkesima. Semakin kaget apabila tangan itu direntap dari genggamannya. Iris mata pantas naik melirik wajah Hel Ivan yang jelas merenung tajam ke arahnya. Yang jelas, pandangan mata itu tidak lagi dipenuhi dengan kelembutan malah digantikan dengan kebencian. Seakannya , ada benteng baru yang menjadi pemisah antara mereka.
" who the fuck are you-"
TBC|| VOTE || COMMENT

YOU ARE READING
A Reason To Stay
Romancestatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.