21

1.8K 164 30
                                    

A Reaso  to Stay  ||    21

Dress putih umpama salju itu ditenung kosong oleh Estella. Iris matanya datar melirik gaun yang bakal menjadi perhiasan tubuhnya dihari perkahwinan mereka. Kosong dadanya , yang tinggal hanya keperitan . Pedih yang menyelubungi , membelit jiwa.

Hel Ivan yang berada dibelakangnya hanya membisu dalam pada sepasang mata milik lelaki itu tidak pernah lari dari susuk tubuh Estella. Meski jiwa raganya sebagai seorang lelaki telah hancur jadi serpihan dek kerana sikap wanita itu , masih dipinggirkan segala emosi. Difokuskan buat membahagiakan wanita itu meski membelakangkan hati sendiri.

Estella menapak kehadapan, material gaun perkahwinan itu disentuh , dibiarkan serasi dengan tangannya. Lambat-lambat bibir dipaksakan senyuman kelat. Birai mata hangat.

Sehingga disaat ini ... wajah lelaki itu masih terbayang dibirai mata. Masih senyuman lelaki itu menghiasi pandangan matanya. Masih ... sentuhan hangat lelaki itu terasa membaluti diri... masih ... tutur kata lelaki itu menyentuh gegendnag telinganya.

Bagaimana bisa dia berkahwin dengan lelaki lain disaat hatinya terus menerus memilih lelaki itu.
Mengapa begitu sukar meletakkan noktah dalam kedukaan mereka.

Sentuhan hangat yang membaluti tangannya membuatkan iris mata Estella naik melirik wajah tunangnya. Hel Ivan sedar mata wanita itu yang berkaca-kaca, lantas dengan lembut jarinya naik menyeka titisan air mata yang lolos.
Esakan Estella pecah serta merta disambut dengan dakapan Hel Ivan. Tubuh wanita yang bergetaran itu dipeluk erat. Dielus lembut belakang kepala Estella. Dielus dengan penuh kasih.

" its okey ... you can cry ... saya akan sentiasa ada dengan awak. Saya tak akan tinggalkan awak ... sehinggalah ... awak sendiri 'lepaskan' saya . Selagi hari itu belum tiba ... awak ada saya . Always "


Semakin tubuh itu bergetaran dengan esakan dan tangisan dibahu tunangnya.

Hel Ivan melepaskan hela beratnya sebelum melabuhkan ciuman ringkas di sisi kepala Estella.
"- its gonna hurt ... I know. Its gonna burn if we still insist to change the fate. This poison fate. But ... I rather turn into ashes .. in the name of love . "

Estella automatik kaku. Tubuhnya pegun dalam dakapan lelaki itu. Menyedari perubahan wanita itu membuatkan Hel Ivan meleraikan seketika pelukan itu dakam pada tangannya masih merangkul lengan Estella.

Mata bertentang mata.


" I don't have a million reason on why you need to choose me. But one thing for sure - I love you enough to have the opportunity ... I want to spend the rest of my life with you ... so please stay with me"

Bibir dipagut lemah mendengarkan bait kata lelaki itu lantas pandangan mata dialihkan ke arah lain.
Namun matanya tertancap pada skrin tv yang jelas menayangkan berita sensasi tika itu yang menggemparkan seluruh penduduk kota.


Berita mengenai penangkapan Avril sebagai suspek utama bagi kes pembunuhan Kaezar.


Berita kedua ...
Mengenai pertunangan antara Daniel Haxer Black dengan Tessa Lee .




















Derapan tapak kasut yang menghampiri membuatkan Daneiel mendongak. Wajah Avril mengisi ruangan matanya sebelum iris matanya jatuh pada gari besi dipergelangan tangan wanita itu.

Avril melepaskan keluhan sebelum melabuhkan duduk dihadapan lelaki itu.

" why you are here Dane ? "

A Reason To StayTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang