25

2K 169 16
                                    

A REASON TO STAY || 25

"Who the fuck are you?" 

Ruangan bilik itu jadi sunyi sepi. Estella hanya mampu terdiam, iris mata pegun pada wajah lelaki itu yang jelas merenung tajam padanya. Bibir ingin berkata-kata namun tiada bicara yang terlintas dibenak fikirannya.  Hanya denyut jantung yang mendebarkan jiwa, benar-benar kaget dengan pertanyaan atau lebih kepada selaran itu.

" you pekak ke apa huh.. I tanya you ni siapa? And how im-" belum sempat dihabiskan bicara itu , pintu dikuak dri luar , memancing perhatian kedua-duanya. 

Alexander Ivan melangkah masuk, datar pandangan matanya melirik pada wajah Hel sebelum beralih pada Estella. Sedar renungan mata Hel yang jelas inginkan jawapan membuatkan Alexander menghampiri hujung katil itu. 

" uncle-" pendek sapaan Hel meski sesekali iris matanya melirik tajam ke arah wanita yang tidak dia kenali itu. Riak tidak senang jelas terpancar diwajahnya dengan kewujudan Estella disisi katilnya.

" Hel.. " seru Alexander sekadar membalas sapaan anak muda itu. Keluhan meniti dibibir, " its good to see you alive buddy" seloroh Alexander berjaya membuatkan Hel berdecit sinis. Senyuman lebar terukir diwajah Hel Ivan dan yang pasti tidak lari dari tatapan Estella yang pegun melihat kegembiraan diwajah itu. 

" and where is mummy Kelly? no.. hold on, why im here in the first place..and ..-" pantas jelingan mata Hel Ivan terarah sekali lagi pada Estella yang semakin menunduk. Tidak mampu bertentang mata. " who is she.. " 

Alexander turut sama melirik pada Estella , jelas memahami situasi wanita itu yang canggung dengan keadaan sekarang lantas dia meminta Esetella untuk memberi sedikit ruang buat mereka berdua berbual secara privasi. Estella akur, pilihan apa lagi yang dia punya, hanya mampu berserah. Sebelum dia melangkah pergi, bibir sempat meluahkan ungkapan maaf dalam nada separuh berbisik. Namun begitu masih jelas didengari oleh Hel Ivan yang menyepi, tidak langsung memandang wajahnya.

Usai sahaja pintu bilik itu ditutup oleh Estella, Alexander melabuhkan duduk dihujung katil. Datar sepasang matanya melirik ke arah luar jendela yang berhadapan dengan taman hospital itu. Seketika, kebisuan menemani mereka, malah Hel Ivan juga tidak memulakan apa-apa perbualan sekadar menunggu dengan sabar akan apa sahaja kenyataan yang bakal keluar dari bibir lelaki yang dianggap seperti bapanya itu. 

Alexander sekali lagi mengeluh sebelum wajah dialihkan ke sisi, memandang tepat ke wajah Hel Ivan. " you know.. i've seen a lot of situation likes you.. some people lost their memory because of the impact of the accident itself.. but some of them lost it because they choose it like that.. their brain choose to forget a certain memories .. someone in their life .. just to forget the pain in their heart. So, what path did your heart choose.. to face the real pain or to forget them .." 

Hel Ivan membisu, menghadam dan meneliti bait kata lelaki itu kerana Alexander merupakan orang yang sangat dikagumiya. Setiap ungkapan lelaki itu tersimpan seribu satu nasihat juga teguran malah jawapan pada persoalannya. Hel menunduk, melirik tangannya yang tadi digenggam kemas oleh wanita itu. Masih terasa hangat sentuhan tangan mulus itu mengelus tapak tangannya dengan air suam. " .. is she.. the special one.. the one that I choose?" wajah Alexander ditatap penuh pengharapan, mengharapkan sebuah jawapan bagi merungkai sedikit sebanyak kekeliruan yang bermain dalam mindanya. 

" I'm not the one that should answer them... its on you. Ask yourself Hel.. who is she.." 

Hel sekali lagi membisu, tiada bicara yang mampu membalas ungkapan itu. Dia sendiri dalam dilema. Hatinya seakan mengenali wanita itu namun kesakitan yang memukul dada tatkala bertentang mata dengannya membuatkan Hel jadi ralat. Tidak tahu sama ada perasaan itu adalah kebencian atau hanya -

A Reason To StayWhere stories live. Discover now