13

2.2K 170 26
                                    


A.R.T.S
13







" jadi betullah apa yang Este cakapkan. Avril betul-betul dah keluar dari persembunyian dia " datar ungkapan Daneiel seusai diberitahu oleh Aiden mengenai kelibat Avril yang muncul berhampiran butik ibu saudaranya itu.

Iris mata Daneiel menikam ke wajah sepupunya , " - but why kau lepaskan dia ?" Pandangan matanya dipenuhi rasa curiga, memerhati dengan teliti setiap perubahan diwajah Aiden.

Aiden mengoyak senyum senget.
" kau ingat aku nak kejar dia macam dalam filem ke ? Bukan kerja aku untuk tangkap dia tetapi polis- and of course penyiasat yang kau upah tu bodoh"
Decitan sinis bersambungan dibibir Aiden.
" dari awal lagi aku dah cakap penyiasat yang kau upah tu bodoh belaka. Tak tahulah sama ada kau yang bodoh sebab aku sure , IQ kau memang dari dulu rendah dari aku " senyuman mengejek mekar dibibir lelaki itu disambut jelingan tajam daripada Daneiel.

" - kau rasa ... apa plan dia kali ni " separa berbisik luahan Daneiel memancing fokus Aiden yang kini bergerak ke arah rak buku. Buku-buku yang tersusun disitu disentuh dengan jari telunjuk sebelum bibir menghela nafas berat.

" kita tak akan tahu Dane. Kita cuma boleh duduk dan tengok ... apa yang dia rancangkan and - " iris mata Aiden menikam kembali ke wajah sepupunya.
Serentak bayangan Hel Ivan yang pergi bersama wanita itu terlakar dalam memori. Kerutan didahinya kembali semula bersama pelbagai cetusan persoalan dan kebimbangan.

" kau - " datar ungkapan tergantung Aiden disambut tanda tanya daripada Daneiel. Iris mata Aiden gelap sebelum kembali menyambung ungkapannya tadi.
" kau betul-betul nak rampas dia dari Hel ? "

Daneiel membisu. Jelas riak wajahnya tidak senang dengan pertanyaan daripada Aiden. Mungkin kerana perasaan bersalah atau hanya - tidak mahu mengaku silap.
" aku cuma ambil balik hak aku. Milik aku sejak awal. But , kalau memang itu perkataan yang sesuai untuk gambarkan tindakan aku ...then ..sure. Aku akan rampas balik Este dari dia.  "

" sanggup kau lukakan orang disisi kau .. semata-mata demi ketamakan ni "

" aku tamak demi kebahagian aku.  And yes- aku tak kisah lukakan sesiapa pun demi kebahagian aku. Maybe kau dan orang lain akan fikir aku pentingkan diri aku, tetapi sebelum ni ... tahun-tahun yang lalu .. perasaan aku ... keiinginan aku tiada siapa peduli. Aku belakangkan hati aku demi puaskan hati semua orang . Kau ... dan orang lain tak akan faham perasaan aku ..apa yang aku lalui ..yang aku tanggung selama bertahun-tahun ni.. perempuan yang paling aku sayang .. tinggalkan aku kerana keengganan keluarga kami untuk menerima hubungan kami. Orang yang aku cintai ...tinggalkan segala disini ... tamatkan segala yang kami punya ... demi orang disekeliling kami. Apa tak cukup pergorbanan kami berdua ? Atau ... pergorbanan itu terlalu kecil sehingga tak nampak nilainya dimata semua orang. "

Aiden terdiam. Sekadar memerhati wajah sepupunya .
" tak guna aku beri nasihat pada orang sudah tekad dalam membuat pilihan.
Cuma satu perkara aku tekankan disini sebab kau sepupu aku ... keluarga terdekat aku... pilihan yang kau dah tekad ni ... bukan hanya akan lukakan orang disekeliling kau.. malah diri kau dan juga perempuan tu.. sekarang kau tak nampak - but in the future ... you're gonna see what's the worst could happen . Sebab satu perkara yang pasti - kebahagian yang dibina atas penderitaan orang lain ... tak akan kekal walau kau berjuang macam mana sekalipun. Kerana itu ...adalah lumrah hidup "

Buku lima Daneiel dikepal seeratnya. Anak matanya tajam melirik ke arah Aiden.

" no. Aku akan pastikan aku dan dia boleh bahagia. Aku akn buktikan kau salah "










" Stop - aku tak nak dengar apa -apa lagi dari kau. " bentak Hel Ivan berserta tatapan mata yang jelas tajam. Stereng keretanya digenggam kuat tatkala emosi cuba melemaskan kewarasan akal.

A Reason To StayTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang