A.R.T.S
11____
Debaran didada menggila apabila mendapati keadaan apartment itu yang cerah- atau dalam kata lain, penghuni runah ini sudah pulang.
Lambat-lambat Estella melirik jam di dinding, bibir dipagut lembut tatkala menyedari bertapa lewatnya jam tika ini.
Hela berat dilepas lemah sebelum seluruh tubuh kaku saat namanya diseru.Mata refleks dipejam , bersama renjatan rasa serba salah yang menghenjut dada. Lelah. Senyuman dibibir dikoyak lantas tubuh dipusingkan, berhadapan dengan pemilik suara itu.
" awak balik lewat hari ni. " lembut dan tersisa kebimbangan dalam nada suara Hel . " - ada masalah ke dekat rumah? "
Mulut terkunci dalam lautan emosi dan sesal yang tidak pernah henti. Iris mata Estella tertumpu pada wajah Hel sebelum perlahan-lahan dialihkan ke lantai.
Dia sudah melukai lelaki ini dalam diam, dahulunya dia membenci kata-kata dusta namun kini,bibir sendiri melontarkan dusta semata-mata. Dahulu dirinya mangsa , kini dirinya pula ya -" saya tak patut biar awak pergi seorang diri. Saya patut teman awak- " biasan mata Hel dipenuhi sesal sebelum lengan wanita itu dipaut lembut. " - family awak ... " seakannya Hel tidak mampu memilih frasa kata yang tepat bagi mentafsirkan kerisauaannya lantas gelengan menyambut bicaranya.
" - itu tak penting, yang lebih penting sekarang awak. Are you okey ? "Senyuman yang dipaksakan dibibir seakan mahu koyak namun terpaksa diutuhkan.
" saya okey"" - awak tak perlu bimbangkan saya Hel. Saya yang patut minta maaf sebab tak maklumkan awak awal-awal yang saya balik lewat. Saya - " ingatannya sekali gus melayang pada insiden petang tadi, bersama Daneiel Haxer Black.
" - saya terlalu gembira berbual dengan mama ... sampai terlupa waktu berjalan"
Sekali lagi dusta. Kepahitan terasa dihujung lidah .Hel tersenyum manis. " baguslah kalau awak happy. Macam mana keadaan mama awak ? Betullah alamat yang saya bagi tu ? "
Estella mengangguk. Senyuman dibibirnya lebar namun pandangan matanya kusam tanpa sinar.
" - uhm, thanks sebab carikan alamat baru mereka. Kalau tak , tentu saya pun tak jumpa mama. Thanks again Hel. "" tiada apalah, asalkan awak happy saya okey je. Uh, saya ada benda nak beritahu awak- pasal urusan kerja saya kat sini. "
" - saya risau, projek perubatan tu akan ambil masa sikit. Tadi pun , ada beberapa masalah timbul mengenai progress projek tu. Maybe, saya perlu berada dekat sini untuk tempoh sedikit panjang daripada yang dirancang. Saya tahu saya beritahu sebelum ni yang saya hanya perlu hadiri beberapa kali meeting tetapi kali ni- maybe saya perlu tinggal disini untuk beberapa bulan. Untuk selesaikan masalah yang timbul. Paling kurang mungkin 2 atau 3 bulan... jadi mengenai - plan kita untuk kahwin ... terpaksa ditangguhkan dahulu. Tapi kalau awak nak, saya boleh je buat dekat sini. Kita daftarkan dahulu perkahwinan dekat sini seb - "
" its ok Hel. Take your time. Ini kerjaya awak... cita-cita awak... impian awak. Saya... tak kisah untuk tunggu berapa lama pun masa yang awak perlukan. Saya sokong impian awak. Lagipun, " entah mengapa memorinya kembali terlayar pada perbualannya dengan Daneiel. Genggaman tangan lelaki itu yang utuh pada lengannya. Tatapan mata lelaki itu yang penuh sinar dan harapan.
" - saya boleh luangkan lebih masa dengan family saya... mungkin awak pun boleh bertemu mama - kalau awak ada masa. "
YOU ARE READING
A Reason To Stay
Romancestatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.