A Reason to Stay
6Paper bag yang terisi bahan masakan untuk disajikan buat Hel Ivan ditatap sekilas sebelum pandangan Estella beralih pada wajah lelaki berpengaruh itu. Bibir diketap apabila berhadapan dengan Demerez Black. Pertemuan yang tidak disangka-sangkakan.
Ruangan kafe itu dilirik sepintas lalu cuba menghilang rasa gemuruh yang menggigit tubuh. Jemarinya saling mengikis halus lapisan kuku sambil menanti lelaki itu membuka bicara.
" aku tahu kamu pun tak nak jumpa aku lagi. Aku juga tak berharap untuk duduk semeja kau sekali lagi" pembuka bicara yang bernada sinis tepat menikam dada Estella. " satu perkara yang aku masih tak faham, kenapa kau masih dekati keluarga aku sedangkan kata-kata aku sudah cukup tegas sebelum ini. Kau adalah malapetaka dalam hidup keluarga Black. Anak-anak aku ... hidup dorang musnah sebabkan kau ..dan sekarang , kau dekati pulak anak angkat aku ? Apa kau memang jenis tak malu ? Ramai lagi lelaki dekat luar sana untuk kau dekati ...kenapa perlu pilih keluarga aku jugak? Apa niat kau ? Tak cukup musnahkan hidup anak-anak aku ... tak cukup penderitaan yang kau dah beri pada Arzeiel ? "
Estella terpaku tanpa bicara. Hanya sepasang matanya membalas tatapan dingin lelaki itu. Lambat-lambat dia menghela nafas berat.
" saya tak berniat langsung untuk lukakan keluarga uncle. Dan ...kesakitan dan kedukaan yang berpunca dari saya ... pada Arz dan Dane ...saya harap dapat berpindah pada saya ...saya harap saya seorang sahaja yang tanggung segalanya ... tolonglah faham uncle... saya tak pernah berharap semua ini akan berlaku pada keluarga uncle. Saya - "" kata-kata kau tiada guna. Arzeiel dah tak mampu diubati... dia membenci kembar dia sendiri kerana kamu ... dia ingin bunuh diri sendiri kerana kamu. Kamu sedar tak bertapa besar kemusnahan yang dah kamu lakukan pada keluarga kami... "
Estella menundukkan wajah, tidak mampu membalas selaran itu.
Birai matanya menghangat disertai dengan titisan air mata mulai menodai wajah. Jari pantas menyeka butiran air mata itu." saya cuba lakukan apa yang saya rasa betul tika ini. Dan ... memilih Hel adalah keputusan saya ... tiada kaitan dengan keluarga uncle... saya pilih dia ... atas dasar ...kehendak hati saya. " kekuatan dicari dalam setiap helanya meski sukar. Wajah diangkat tidak lagi 'tunduk' pada kemegahan Demerez Black. " jadi saya minta jika uncle tak boleh terima keputusan saya ... tolong terima keputusan Hel. Tolong hormat kehendak dia... dia ..dah terlalu banyak terluka ...sama ada kerana saya ...mahupun pihak uncle sendiri. Dan saya akui ... saya tak layak menuturkan perkataan 'terluka' kerana keluarga uncle lebih tahu dan merasainya ... saya akui saya tak layak membandingkan kedukaan dan derita saya dengan ... apa yang ditanggung oleh keluarga uncle... saya cuma mahu letakkan titik noktah dalam sumpahan takdir antara saya dan keluarga uncle. Itu sahaja. Dan saya betul-betul minta maaf kerana saya tak mampu pulihkan segalanya ... saya tak berdaya mengubah takdir yang berlaku pada keluarga uncle...pada Arz ... saya betul-betul minta maaf ! " sejurus menuturkan bicara itu tanpa buang waktu Estella bergegas meninggalkan kafe itu bersama paperbag nya.
Bungkusan itu digenggam seeratnya dalam pada kaki laju melangkah. Pandangan matanya sesekali kabur dek air mata. Nafasnya terkejar-kejar diselangi esakan halus yang terlepas dibibir. Benak memorinya kembali melakarkan masa silam yang begitu menyesakkan jiwa. Memorinya bersama dengan Arzeiel , persahabatan mereka yang begitu kukuh diikuti dengan segala yang berlaku bersama Dane. Setiap satu memori itu terbias dimatanya sehinggalah memori pedih yang merobek sedalamnya luka lama.
Memori dimana Arzeiel mendakap erat tubuhnya sewaktu lelaki itu dimasukkan ke dalam hospital kerana kecederaannya pada pergelangan tangannya yang berpunca daripada cubaan bunuh diri." dia cuba bunuh diri sendiri kerana kamu ! "
Semakin lebat air matanya mengalir dipipi bersama esakan kuat yang seterusnya tenggelam apabila dia bertindak menekup mulut sendiri.
Kedua -dua lutut goyah serta merta lantas tubuh melorot menyembah tanah.Tidak dihiraukan pandangan mata pejalan kaki dan masyarakat sekeliling. Emosinya benar-benar diuji tika ini. Sehinggalah sepasang kasut menghampirinya , membuatkan Estella terkesima namun tidak berdaya untuk mengangkat wajah. Dia masih tidak kuat , ditambah dengan situasi dirinya yang menangis ditengah-tengah laluan ini. Jujur, diri mulai digigit rasa malu.
Refleks matanya naik menikam wajah figura dihadapannya apabila bahu dipaut sekali gus membantunya berdiri semula.
" Aiden ? "
Lelaki itu menyapu sekilas dressnya sebelum diangkat beg barangan dapurnya. Tanpa bicara Aiden berpusing lantas mengatur langkah meninggalkan Estella beberapa langkah dibelakang sebelum wanita itu dengan tergesa-gesa mengejar langkahnya.
Aiden Harrison , anak kepada pasangan Lufasz Harrison dan Ellen Kimberlin . Sepupu kepada Daneiel dan Arzeiel. Meski dia dan lelaki ini tidak terlalu rapat namun mereka saling mengenali satu sama lain.
Mereka pernah bertemu di satu majlis keluarga yang dihadiri oleh keluarga Kimberlin. Sewaktu dirinya bersahabat baik dengan Arzeiel dan masih tiada hubungan 'istimewa' dengan Daneiel.Estella membuang jauh-jauh lamunannya , sisa air mata diseka dari wajah seraya kaki mengejar langkah Aiden sehingga mereka berjalan secara beriringan. Sisi wajah lelaki itu dilirik sekilas.
" aku memang nak cari kau " datar ujaran Aiden membuatkan Estella terdiam dalam seribu satu persoalan.
Lelaki itu menjeling sekilas wajah Estella sebelum kembali pandangannya ke hadapan.
Iris matanya berubah sepi sebelum dia menyambung bicaranya tadi.
" Dane suruh aku cari kau "Sekali lagi Estella pegun, kerutan melata didahinya lantas bibir dipagut lemah. Tanpa disedari , reaksinya itu diperhatikan oleh Aiden.
" kau tahu kan dia accident ? "
Sepantas kerdipan mata Estella menoleh ke arah lelaki itu. Kenyataan yang mengejutkan dirinya kerana mereka baru sahaja bertemu beberapa hari lalu.
" aku assume kau tak tahu. And yes, dia accident. Tak adalah sampai bawa maut ... bolehlah calar sikit maybe " tambahnya bersahaja sambil menjungkit bahu. " tapi itu tak penting , dia suruh bagitahu kau ..dia nak jumpa kau "
Estella membisu. Hanya hela berat meniti dibibirnya lantas kepala menggeleng. " saya tak ada apa-apa nak dibualkan dengan dia "
Jawapan Estella membuatkan Aiden menghentikan langkahnya. Decitan halus terlepas daripada bibir lelaki itu bersama gelengan kepala.
" aku betul-betul tak faham hubungan korang berdua. Dan aku pun tak tahu siapa yang patut aku sokong ... siapa yang patut aku salahkan "Keluhan menggantikan bicara Aiden dalam pada matanya memerhati setiap riak wajah Estella.
" well , sepertinya dia tahu jawapan kau ni. Dia tahu kau tak akan mahu bertemu dengan dia jadi dia dah siap sedia. Dia nak kau jauhkan diri kau daripada Demerez Black , uncle aku and papa dia. Jelas sekali... dia masih nak protect kau ...sampai ke saat ini even kau dah tinggalkan dia . And dia juga minta kau elakkan diri daripada Tessa Lee. Rasanya aku tak perlu terangkan pada kau siapa perempuan tu , kau sendiri dapat agak kan - plus , " bicara Aiden jeda sesaat , raut wajah lelaki itu berubah kesal namun segaris senyuman terbit dibibirnya.
" dia minta kau jaga diri kau baik-baik ... tapi aku rasa kalau aku beritahu dia yang aku jumpa kau dalam kondisi tadi ... aku tak rasa dia akan sukakannya. Apatah lagi , kau jadi macam tu lepas sahaja bertemu dengan papa dia "Tangan dikepal seeratnya menahan gelodak emosi yang membadai dada. Estella membuang pandang ke arah lain disusuli keluhan pendek dibibir.
" tell him ... Im sorry "Iris mata Aiden berubah gelap sebaik mendengar bait kata itu namun masih dia mengangguk faham seraya beg barangan milik Estella disuakan kembali pada tuannya.
" tugas aku dah selesai. Kau boleh teruskan perjalanan kau tanpa aku bukan ? "Estella mengangguk. " thank you "
" pertolongan aku bukan untuk kau . Tetapi demi cousin aku. And yes , you are welcome " balas lelaki itu seraya mengatur langkahnya ke bahu jalan dimana terletakknya motorsikal berkuasa tinggi.
Estella hanya menghantar pemergian lelaki itu lewat ekor matanya. Bahu yang menegang menjadi sedikit kendur. Hela berat sekali lagi dilepas panjang.
|| to be continue
Vote || comment

ANDA SEDANG MEMBACA
A Reason To Stay
Romancestatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.