Bonus

4.4K 224 31
                                        

A REASON TO STAY || BONUS PART




CINCIN yang terkalung indah sebagai rantai dilehernya diusap lembut. Senyuman pahit terlakar indah dibibir Estella Raine yang kini duduk  diatas batang pokok,  berhadapan dengan persisiran pantai.
Deruan angin bagai alunan muzik yang mendamaikan jiwa, hembusan bayu pantai dingin menyapa wajah.
Iris matanya datar melihat keindahan panorama laut itu,  keindahan yang cukup untuk mengubati hatinya yang diselubungi luka-luka lama. Parut yang masih tersisa, menjadi tanda buat kenangan seorang Estella Raine.

Terlalu banyam pengalaman juga memori yang terasa hangat membaluti sekeping hatinya tatkala hati mulai mengingati segala yang sudah berlaku dalam hidupnya. Segala kenangan indah — juga manis, tidak terkecuali pahit dan tragis.
Wajah-wajah yang sangat diingati,yang sentiasa berada dalam hatinya meski jarak menjadi pemisah.
Lelaki yang sanggup berkorban segalanya buat dirinya,  lelaki yang sanggup mengorbankan perasaan sendiri demi dirinya.

Hel Ivan.
Lelaki yang akan tetap berada dalam hatinya. Nama yang tidak akan pernah lupus dari ingatan. Memori bersama lelaki itu yang tidak akan dilupakan,  malah akan dikenang sepanjang usianya. Biar hubungan mereka terputus begitu sahaja pada hari terakhir dia melihat lelaki itu,  namun hati serta akalnya tidak akan pernah membuang lelaki itu dari hidupnya. Lelaki yang menjadi sebahagian hidupnya. Separuh nyawanya.

‘ mana pun awak Hel...  saya harap awak jumpa kebahagian awak— sebagaimana awak nak saya bahagia... saya harapkan perkara yang sama berlaku pada awak juga ’

Kelopak mata dipejam dalam pengharapan itu. Cincin pemberian lelaki itu digenggam kemas bersama segaris senyuman.

“ aku juga harap dia bahagia Este ”

Estella pantas mencelikkan mata, pandangan segera mencari pemilik suara itu. Wajah Daneiel ditatap penuh kasih, tidak lari dari sebuah senyuman manis.
Duduk dirinya memerhati lelaki itu mulai melabuhkan punggung disebelahnya. Hela berat terluah dibibir Daneiel, pantas tangan lelaki itu digapai, digenggam dalam kemasan tangannya.

“ — dia layak untuk bahagia. Aku sure perkara tu. Lepas apa yang dia buat,  dia korbankan demi hubungan kita...  kebahagian seharusnya jadi milik dia.” sambungan Daneiel dibalas dengan sebuah anggukan.


Estella masih kagum,  tersenyum dalam pada wajah Daneiwl ditatap sepenuhnya. Kematangan lelaki itu semakin terserlah hari demi hari. Seorang Daneiel Haxer Black sudah terlihat matang,  tampak lebih bertanggungjawab. Menambahkan lagi perasaannya buat lelaki itu yang bakal menjadi suaminya pada esok hari.

“ I really couldn't stop myself,  fall for you day by day — my future husband” ucap Estella seraya memperkemaskan pegangan tangan mereka. Senyuman dibibirnya melebar, terbias kebahagian dalam birai matanya.

Daneiel menoleh ke sisi. Sepasang matanya merenung ke dalam mata Estella Raine. Tangannya naik mengelus sisi wajah wanita itu dengan sebuah senyuman manis.
“ sepatutnya itu ayat aku,  my future wife ” datar namun cukup lembut menyapa gegendang telinga Estella yang tertawa halus.

Tawa halus Estella membuatkan Daneiel makin tersenyum manis. Jiwa lelakinya terusik dengan moment indah itu. Senyuman wanita itu memberi seribu satu alasan untuk dirinya merasai kebahagian. Kebahagian yang ingin dia kejar adalah kebahagian dalam hidup bersama-sama wanita itu, sepanjang usianya.

“ pusing belakang ” arahnya lembut seraya bahu Estella Raine dipusing. Belakang tubuh wanita itu berdepan dengannya,  sebelum dia turut sama melakukan perkara yang sama. Pasangan itu mulai duduk dalam keadaan bersandar pada satu sama lain. Bahu saling bersentuhan, terasa kehangatan tubuh mereka dikongsi bersama.

A Reason To StayTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang