23

1.9K 176 37
                                    


A REASON TO STAY || 23


Sebulan berlalu, masih ingatan kekal dalam mindanya. Menemani mimpi malam yang tidak pernah lena. Angin menyapa lembut wajah, menambahkan kedinginan yang membekukan jiwanya sejak kebelakangan ini. Lantas, perlahan-lahan matanya naik melirik persiapan yang hampir siap itu. Persiapan perkahwinan mereka. Iris mata datar merenung hiasan bunga-bunga segar yang menghiasi ruang pentas yang bakal menjadi saksi penyatuan mereka sebagai pasangan. Kekosongan mengisi lubuk hati. Disambut senyuman hambar dibibir lantas pandangan mata dijatuhkan pada cincin dijarinya. Cincin asal pemberian Hel Ivan sebelum ini pernah dia buka, hilang entah ke mana meski ingatan jelas mengingati keberadaan cincin itu diatas meja diruang tama mereka namun, sewaktu dicari semula sudah tiada. Puas dicari kerana bimbang dengan reaksi Hel andai kata dia mengkhabarkan kehilangan cincin pertunangan mereka itu namun tanpa disangka-sangka lelaki itu sendiri menyuruh dia menyarungkan cincin baru sebagai simbol kepada pemulihan hubungan mereka ini. 

Seruan namanya membuatkan lamunan Estella jeda seketika. Pandangan dialihkan pada salah seorang perkerja yang bertanggungjawab dalam menghias ruangan pentas itu. 

" cik Raine ada apa-apa idea untuk bunga yang akan ditabur dilaluan pengantin ? Mungkin bunga yang jadi pilihan cik sendiri..."

Estella membisu. Iris matanya datar tatkala minda cuba mencerna pertanyaan itu. Cuba digambarkan bunga-bunga kegemarannya difikiran namun kosong. 

" bunga putih?" 

Pekerja itu tersenyum kekok, tampak kurang bersetuju dengan pilihannya. " urm.. saya fikirkan mungkin ros merah bagi mengangkat seri lagi .. lagipun bunga putih .. tak dinafikan indah tetapi .. tak ker nampak seperti bunga untuk .."

" kematian?" sambungan daripada Estella membuatkan pekerja itu membisu. Jelas berubah wajah wanita itu , tidak mampu meneruskan lagi perbualan yang berubah janggal .

Mungkin kerana memikirkan bahawa Estella Raine sebagai customer penting mereka membuatkan pekerja itu tersenyum tawar sebelum meminta diri bagi mengelak daripada berada dalam situasi sebegitu. 

Estella menghantar pemergian wanita itu lewat ekor matanya sebelum dialihkan pada cincin dijarinya semula. Ditatap, ditenung buat seketika sehinggalah telinga menangkap suara milik tunangnya dari jauh. Mata pantas naik melirik ke arah punca suara itu. Pandangannya brtemu dengan lirikan mata Hel Ivan. Buat seketika, mereka berbalas pandangan. Pandangan yang tersimpan seribu satu emosi. Sejuta rasa. 

Namun tidak lama apabila pandangan itu dimatikan sendiri oleh Estella yang segera mengalihkan pandangan daripada Hel Ivan. Tubuh berpaling daripada berhadapan dengan lelaki itu, membenarkan diri dilemaskan emosi sebelum kaki diusung pergi dari ruangan laman belakang rumah mereka itu. Setiap langkah itu diperhatikan oleh Hel Ivan. Setiap langkah itu memberi sejuta rasa yang begitu menyengat hati. Seakannya jiwa lelaki itu dipijak-pijak. Meski sengsara yang dia perolehi, mengapa diri masih terus bertahan... mengapa? Adakah dirinya yang bersalah kerana terlalu berharap akan sesuatu yang mustahil.. adakah dia bersalah kerana terlalu ingin mengejar sesuatu yang sejak awal bukan tercipta untuknya? Kesungguhannya.. pengorbanannya ini ... berbalaoikah atau dia hanya menanti waktu dan saat apabila jiwa ini sudah tidak mampu bertahan.. sudah tidak mampu berkorban.. adakah disaat itu barulah hati rela melepaskan ..disaat jiwa sudah begitu terseksa.. terluka. Mungkinkah dia bakal tersandar saat dikecewakan. Saat hati mulai menerima realiti sebenar. Realiti pahit ini.

" encik Ivan.. bunga ini masih nak gunakan ros merah atau tukar kepada putih?"

Pertanyaan itu menyentak diri Hel Ivan buat sesat dua sebelum matanya jatuh pada kelopak ros merah didalam kotak itu. Seketika, wajahnya berkerut , bingung dengan isi pertanyaan pekerja itu. " putih? bukan dari awal memang dah setuju dengan ros merah  ker?" soalnya kerana seingatnya memang dari awal mereka sudah berkeputusan dengan tema ros merah.

A Reason To StayWhere stories live. Discover now