A Reason to Stay
9Sepasang mata milik abangnya ditatap hiba. Tangan disisi dikepal seeratnya, merasai keterlukaan dalam hati dek ketajaman selaran itu.
" - Asher,"
Langkah lelaki itu maju kearahnya. "Siapa benarkan kau masuk dalam rumah ni! Apa hak kau kembali dalam hidup kami!" Serentak itu,bahu Estella ditolak kasar.Pandangan tajam Asher menikam wajah tanpa ada belas. Kebencian jelas terbias dimata itu.
Estella melepas nafas yang ditahan tanpa dia sedar.Walaubagaimana pun,perbuatan Asher tidak salah. Memang dirinya layak diperlakukan sebegini.
"Im sorr- "
"No! Kau tutup mulut kau!Sepatah pun aku tak nak dengar dari kau!" Bentak Asher seraya pergelangan tangan wanita itu dicengkam kuat lantas diheret keluar dari rumah mereka.
"Kau dah buat keputusan waktu tu! Kau buang keluarga kau! Jangan ingat kau senang-senang nak kembali lepas apa yang kau dah buat! "
Permintaan ibu mereka yang sedari tadi cuba meleraikan pertelingkahan itu tidak langsung membuahkan hasil.
Manakala,Estella hanya mampu membisu menerima sikap Asher padanya.Sehinggalah tubuh Estella dicampak keluar dari pintu utama rumah itu. Menyaksikan wanita itu tertunduk dalam tangisan yang mulai menodai wajah, ditambah dengan selaran sinis Asher yang tidak henti-henti.
"Jangan kau ingat dengan air mata kau tu mampu buat kau dterima balik dalam keluarga ini! Ingat balik kebodohan kau disebabkan lelaki itu.Ini yang kau nak bukan,ini yang kau harapkan bila kau pilih lelaki itu daripada keluarga kau sendiri-apa yang aku beritahu kau ..cuba halang kau-kau buat tak endah!Lihat sendiri apa yang kau dah buat pada keluarga kita! Kau hancurkan keluarga kita sampai tinggal debu! Dan kau fikir,aku boleh terima kau kembali?! Kau ingat kau siapa! Aku tak perlukan kau untuk jaga mom. Infact,apa sangat yang kau dah buat untuk keluarga ini selain daripada menghancurkan keluarga ni? Cukup lelaki yang kau sanjung itu dah bunuh papa! Kau dah tiada nilai dalam mata aku Raine. Tiada. Jadi berambus dari hidup kami. Sebagaimana kau dengan mudah buang kami dari hidup kau,kami juga boleh buat perkara yang sama.Dan aku boleh pastikan ,kau akan merasai kesakitan itu dua kali ganda daripada apa yang kami rasakan selama bertahun-tahun ni!"
Seusai itu terus sahaja pintu dihempas kasar oleh Asher,membuatkan tubuh Estella terhinjut dek kerana bunyi kuat itu. Semakin lebat air matanya mengalir.
Esakan halus meniti dibibir,meluahkan segala rasa yang membadai dada dek kerana kata-kata abangnya.Malah,semakin bergetaran tubuh itu tatkala mengingati kembali tatapan tajam Asher padanya. Tatapan yang penuh dengan kebencian..kekecewaan.
Perlahan-lahan dia bangun,meluruskan kedua-dua kaki yang lemah. Air mata diseka lembut,sebelum melirik pada rumah itu buat kali terakhir.Dia tidak tahu bila lagi dia mampu atau bisa menjejakkan kaki disini. Kehadirannya tidak dialu-alukan,malah hanya memberi keterdukaan pada kedua-dua belah pihak.Dia tidak tega untuk melukai keluarganya lagi.Cukuplah dengan apa yang sudah dia lakakan,memberi kesan yang begitu mendalam buat keluarga tercinta. Meski pahit,harus dia terima juga kebenaran itu.Bibir menghela nafas berat,lantas tubuh dipusingkan. Langkah diatur untuk beredar dari situ.
________
Kaki menolak dedaun-dedaun kering yang mengisi hampir sebahagian kawasan taman permainan itu.Estella melepaskan lagi hela berat yang tidak habis-habis membebami jiwanya. Bahunya menegang dek kerana emosi yang bergelora.Otaknya sarat dengan penyesalan demi penyesalan.
Namun sesalkah dia andai hati masih menyimpan memori indah dibalik penyesalan itu. Salahkah dia andai dia masih akan mengambil laluan hidup yang sama meski masa bisa diputar. Mencintai lelaki itu,merupakan memori indah buatnya meski memori pahit lebih banyak. Mencintai lelaki itu ibarat satu sinar dalam hidupnya,memberi makna baru buat dia untuk tersenyum.
Namun apa guna jika hanya dia yang bahagia sedangkan keluarganya terseksa. Orang-orang disekelilingnya merasai kedukaan. Dia berbahagia diatas penderitaan mereka! Sungguh,dia pentingkan diri sendiri.
YOU ARE READING
A Reason To Stay
Romantizmstatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.