A Reason To Stay
19Langit malam yang kosong tanpa biasan cahaya bintang bulan direnung datar.
Deringan telefon yang menyentak lamunan hanya sekadar mendapat lirikan mata daripada Estella. Tiada langsung daya untuk menjawab panggilan itu malah tidak langsung melirik pemanggil yang tertera diskrin handphone .
Jiwanya berantakkan. Wajah kusam sesekali wajah itu berkerut dalam pada lemas diamuk emosi.Bauan maskulin yang sangat dikenali membuatkan Estella menghela nafas berat. Perlahan-lahan menoleh, bertentangan mata dengan Daneiel Haxer Black yang hanya membisu.
Jelas sekali lelaki itu tahu isu yang sedang berlaku antara mereka lagi-lagi dengan kesan lebam yang megah dihujung bibirnya. Jelas masih baru.Estella diam merenung wajah lelaki yang bertahta dalam hatinya. Berkali-kali dia cuba untuk kekal dalam hubungan ini - dalam kata lain bersama-sama mengharungi segalanya demi lelaki ini namun mengapa , mengapa terlalu banyak onar dalam hubungan ini? Mengapa terlalu sukar untuk mendampingi lelaki ini. Diakah yang tidak layak atau ... lelaki ini yang tidak layak bersama wanita sepertinya...
Iris mata jatuh pada tanah. Dada terbeban. Tersungkur lemah pada takdir yang seakannya menghukum mereka berdua.
" - saya assume ... lebam itu daripada Aiden"Datar Daneiel menatap wajah sang kekasih. Tiada jawapan hanya anggukan lemah. Mata lelaki itu meneliti setiap perubahhan diwajah Estella , jelas bimbang dengan hala tuju subjek perbualan ini.
Kegusaran menghuni jiwa Daneiel lantas kaki menapak ingin menghampiri namun terpaksa dimatikan tatkala mendapat reaksi pasif daripada Estella." don't . Stay ... at your place... I'm sorry but please ... stay at your place "
Permintaan Estella menghancurkan hati Daneiel. Terus berubah wajah lelaki itu ; benar-benar terpukul dengan perkataan itu. Namun begitu - masih dituruti.
" Actually ... saya speechless right now Dane. S-saya tak tahu apa patut saya fikir .. apa patut saya buat dengan ... semua kebenaran ni. Hubungan awak dengan ... S-saya betul-betul buntu. "
" - that's all in past Este. And kalau betul pun isu ini ... its between me and her . Not you. Kau langsung tak salah .. kau tak perlu bebankan diri kau dengan semua ni. Aku akan uruskan semua... aku cuma minta kau stay ... stay dengan aku .. sama-sama harungi semua ni dengan aku .. " iris mata Daneiel merenung sayu pada wajah wanita itu.
" bukan itu yang saya nampak Dane. Apa yang saya nampak sekarang ... saya dan awak ... dah tiada .. peluang untuk bersama. Masalah awak dengan ... Avril .. saya dan family saya ... dengan Hel .. semua orang Dane ! Semua orang tak suka dengan hubungan kita ... semua orang menghalang ... mencari setiap salah buruk kita berdua .. point it out ... every single things. Saya ..saya betul-betul letih Dane. Letih dengan segalanya. "
" kau patut hiraukan apa yang dorang cakapkan.. this is our life not them.. kita ada hak untuk pilih laluan hidup kita ... kau aku ada hak untuk bahagia! So please .. stop cakap pasal ini lagi ... aku rayu pada kau jangan buat aku macam ni .. tolong fikir perasaan aku jugak... "
Estella pantas menjeling wajah Daneiel, entah dari mana datangnya gelodak amarahnya seusai sahaja mendengar perkataan lelaki itu.
" perasaan awak? Then perasaan saya macam mana ! Cuba awak letak diri awak dalam tempat saya! Family saya tak dapat terima kebahagian yang saya cuba kejar ..cuba genggam... semuanya sebab awak .. sebab kebodohan awak yang nak hukum saya sampai libatkan papa saya .. family saya hancur sebab awak tapi saya still kejar awak ..terima awak .. sayang awak.. awak sedar tak saya pilih awak daripada keluarga saya... and awak boleh cakap saya tak fikirkan perasaan awak! "
![](https://img.wattpad.com/cover/169415724-288-k672052.jpg)
YOU ARE READING
A Reason To Stay
Romancestatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.