A Reason to Stay
8" s- saya tak salah dengar ke - t-tapi saya rasa saya dengar dengan jelas ... " omelan Hel Ivan membuatkan senyuman Estella sedikit kaku, namun sepantas kilat segaris senyuman manis dilemparkan buat lelaki itu.
Perbualannya dengan Demerez Black seminggu yang lalu sudah sebati dalam diri. Setiap butir kata lelaki berpengaruh itu tertanam dalam benak fikirannya. Setiap malam , saat sepasang mata tidak mampu lelap dan disaat pagi, diwaktu sepasang mata celik , setiap kali itu hanya perkara itu yang terlayar dibirai mata . Dada terasa sangat sesak, ngilu yang meruap ke segenap jiwa raga membuatkan dirinya tidur dalam air mata.
Pandangan mata yang terasa hangat lambat-lambat dijatuhkan ke lantai. Mengelak daripada bertentang mata dengan lelaki itu.
" awak tak salah dengar Hel. Saya dah fikir semasak-masaknya. Dan jawapan saya , saya dah bersedia untuk terima awak dalam hidup saya . Dalam kata lain... " wajah didongakkan, membalas tatapan wajah Hel Ivan. Kekuatan dicari dalam genggaman lembut kedua-dua tangan disisi.
" - saya sudi jadi wife awak "Riak wajah Hel Ivan jelas kaget, langsung tidak menyangkakan perkara itu akan terbit dibibir Estella. Fikirnya , wanita itu masih memerlukan ruang dan waktu untuk menyesuaikan dirinya dalam hubungan ini. Dan ya, dia memahaminya , tidak pernah terlintas dihati lelaki itu mahu memaksa atau menyalahkan Estella.
Dia sedar masa silam Estella benar-benar memberi impak besar dalam hidup wanita itu hingga saat ini.
Mata mereka saling bertatapan , membuatkan Hel Ivan tersedar akan sesuatu perkara dibalik iris mata wanita itu. Tiada sinar dalam sepasang mata itu meski senyuman melebar dibibir . Dalam diam, jiwanya merasakan jaluran halus kesakitan menusuk dalam segenap dada.
Bagaimana lagi hati ingin memberi tindak balas andai diri tahu kebenaran dibalik segalanya. Datar matanya memandang raut wajah mulus itu. Tangan disisi ingin sahaja mengelus sisi wajah itu, menuturkan kata-kata semangat dan positif buat wanita itu namun entah mengapa dia tidak punya kekuatan.Berat yang tiba-tiba terasa menghempap dadanya dihiraukan lantas senyuman dikoyak buat wanita itu. Tangannya perlahan-lahan memaut tangan Estella. Serentak , kedinginan tangan wanita itu terasa ditelapak tangannya.
" - terima kasih sebab sambut 'huluran tangan' saya Este. Saya tak akan sia-siakan awak , awak tak akan menyesal , saya janji " datar ujaran Hel Ivan , masih teguh mengenggam sebelah tangan Estella.
Sekilas dia melirik tangan wanita itu yang masih dikepal kuat disisi tubuh. Senyuman dibibir hampir pudar namun cepat-cepat dikawal rasa emosi daripada memonopoli kewarasan akalnya.Lain pula bagi Estella. Tidak mampu diungkapkan situasi dalam dadanya tika ini. Terasa seperti ditikam berkali-kali , setiap tikaman yang jauh terbenam dalam jantung terasa bagai ditarik keluar dengan rakus. Kesakitan yang berlipat ganda.
Birai matanya berkaca-kaca malah senyumannya mahu sahaja dihapusakan dari wajah. Mahu sahaja batinnya menjerit meraung mempersoalkan takdir namun apakan daya , dia hanya mampu bertahan dan meneruskan hidup." - saya akan cuba selesaikan beberapa hal kerja disini, dan selepas sahaja selesai ... kita akan teruskan dengan wedding itu." Tangan Hel Ivan naik memaut kedua-dua bahu wanita itu. Memeranjatkan Estella yang tanpa sedar lemas dalam lamunan sendiri.
" - awak juga perlu jumpa family awak. Ibu ...dan abang awak. Sekurang-kurangnya , hal ini perlu diketahui oleh mereka daripada mulut kita sendiri dan bukan dari orang lain. Awak faham kan ..maksud saya ? "Estella mengangguk. Iris mata wanita itu ragu-ragu untuk membalas tatapannya. Hel Ivan sembunyikan kehibaan yang terbias dibirai mata, seraya bahu Estella dipaut sedikit kuat. " awak tahukan saya ada ... kalau awak tak mampu berdepan dengan dorang... saya boleh temankan awak. Kita sama-sama berjum - "
" no" pendek namun tegas kedengaran perkataan Estella.
" - biar saya bertemu dengan dorang dulu. Selesaikan ...apa sahaja yang tertinggal antara kami. Biar saya sendiri uruskan hal keluarga saya ... " iris matanya naik bertentang mata dengan sepasang mata milik Hel ivan. Segaris senyuman halus terlekar dibibir. " - usai sahaja selesai ... saya akan beritahu dorang pasal awak. Saya akan perkenalkan awak secara rasmi pada mereka. "
YOU ARE READING
A Reason To Stay
Romancestatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.