A Reason to Stay
3"Masih tak setimpal dengan kematian papa saya "
Kedua -dua pasang mata saling bertentang, terbias keterdukaan yang mengulit jiwa raga. Hati kembali terobek luka lama. Lantas, perlahan-lahan Daneiel menjatuhkan pandangannya ke lantai. Air mukanya berubah diselangi dengan kerutan yang melata didahi. Bahunya menegang , benar-benar terkesan dek pernyataan itu.
Estella diam memerhati meski hati sendiri merintih dek bicara tajam itu ,seakan melukai dirinya sendiri.
Kebisuan lelaki itu adalah titik noktah bagi perbualan ini. Tiada apa lagi yang perlu diungkapkan , cukup sahaja ungkapan itu menceritakan segalanya. Mengakhiri segalanya.Menyedari kebisuan antara mereka membina jurang lantas Estella melepas hela berat , tubuh dipusing ingin berura-ura pergi tanpa sebarang kata namun bicara Daneiel menghalang niatnya.
" bukan aku "
Estella menoleh. Kekeliruan mengisi biasan matanya tatkala ucapan itu meniti dibibir Daneiel.
" bukan aku yang bunuh papa kau "
Tegas dan datar kenyataan Daneiel bersama tatapan mata yang tajam.
" asalnya aku tak nak beritahu kau pasal hal ini disebabkan ... rasa kesal aku ... tapi , tuduhan kau pada aku ... buat aku fikir banyak kali... kesalahan aku memang terletak pada waktu itu ... dimana aku ugut papa kau . Tetapi tangan aku ... " Seraya Daneiel menaikkan tangannya separa bahu , melirik dengan penuh teliti telapak tangannya itu sebelum iris matanya naik menatap wajah Estella. " bukan tangan aku yang ambil nyawa papa kau. Itu yang pasti"" kalau bukan awak ...siapa ? " selar Estella sudah tidak mampu mengawal emosi. Tajam anak matanya menikam wajah lelaki itu.
Daneiel membisu. Iris matanya berubah sayu , terbiaskan pelbagai emosi yang merenyuk jiwa raga.
Keluhan menjadi alasan tatkala jawapan tidak mampu diberikan.
" aku lihat kau ... hadir bersama dengan Hel "" jangan ubah topik. Beritahu saya siapa ? " bentak Estella bersama jelingan tajam , benar-benar terdesak untuk mengetahui hal itu.
" awak sendiri cakap bukan awak ...then siapa ? Jangan cuba nak sembunyikan kebenaran itu lagi atas niat apa sekali pun. Cukup kematian papa saya tidak terbela ... dan sekarang , awak nak saya lepaskan sahaja pelaku sebenarnya hanya kerana awak nak lindungi pelaku itu ? Sejauh mana lagi awak nak musnahkan hidup saya ... "Daneiel pegun sebelum dia membuang pandang ke arah lain. Perbualan antara mereka semakin menyesakkan jiwa. Tiada hala tuju. Hanya kesakitan yang bakal menghuni hati masing-masing. Kelukaan yang tiada ubat. Hanya mampu bertahan.
" bukan kau sahaja. Bukan hidup kau sahaja yang musnah. Bukan keluarga kau sahaja yang hancur... tolong sedar akan hal itu " separuh berbisik ungkapan Daneiel sebelum dia menyambung lagi luahan hatinya.
" kau terluka ... aku juga terluka"Estella melepaskan rengusan sinis. Senyuman kelat melebar dibibirnya dalam pada memprovok kata-kata lelaki itu. " saya tak nampak hidup awak musnah pun Dane. Keluarga awak masih gah dimata dunia... dimana bukti bicara awak tadi huh?"
Daneiel mendiamkan diri buat sesaat dua sebelum anggukan menjadi pembuka sambungan bicaranya.
Matanya naik menemui tatapan sinis Estella. " itu yang kau tak nampak Este. Itu yang kau terlepas pandang hanya kerana mata kasar kau tak dapat melihatnya" Daneiel manarik lemah nafasnya . " ada kau nampak ibu aku disini ... lebih utama ...ada kau nampak kelibat Arz disini ? "Kebisuan mengisi bicara Estella yang tersedar dek kata-kata itu. Tanpa sedar, iris matanya meliar ke sekitar ruangan itu , menyedari ketiadaan ahli keluarga Black itu.
Kekesalan menyusup masuk ke dalam pembuluh darahnya." itu yang kau terlepas pandang... sewaktu kau buang segalanya disini...memori mahupun hubungan ... kau lepaskan semuanya disini waktu kau putus asa. Waktu kau mengalah ... kau terlupa ... disini juga ada perkara yang berubah. Kedukaan ... kesedihan masih kekal disini meski kau pergi ... jadi jangan cakap hanya kau sahaja yang terluka. Jangan cakap ... hanya hidup kau sahaja yang musnah... "
YOU ARE READING
A Reason To Stay
Любовные романыstatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.