A Reason to Stay || 22
Pakaian dilipat sebelum disusun didalam luggage. Pergerakannya begitu lemah, sepertinya tiada daya lagi. Sepasang mata datar melirik ke arah barang-barang miliknya yang sudah tersusun kemas dihujung katilnya. Keluhan berat terluah dibibir tanpa paksaan. Entah mengapa jiwa begitu rapuh tika ini. Birai mata hangat serta merta. Kedukaan yang melemaskan jiwa, memaksa untuk dirinya terapung-apung dalam lautan kehibaan.
Air mata mengalir lagi, tanpa jemu terus menerus mencemari wajah mulus itu. Estella menghentikan pergerakannya, terlalu berat baginya untuk meneruskan perkara itu. Hati masih berat untuk melepaskan kedukaan yang merantai diri. Dia masih tidak tega. Keputusan yang dia sendiri persetujui dua hari lepas untuk kembali bepindah ke rumah lama mereka yang terletak dikawasan perkampungan terpencil beberapa tahun lalu, kini menjadi penyesalan terbesar dirinya. Dia tahu Hel tidak langsung memaksa dirinya. Persetujuan itu tercapai atas kehendak dirinya sendiri namun mengapa , di penghujung hari ... kekesalan membelenggu diri.
Hakikatnya, dia tahu jawapan kepada persoalan itu. Hati, jiwa raganya masih menyebut-nyebut nama lelaki itu. Masih menginginkan sesuatu yang sudah dia lepaskan berkali-kali. Seseorang yang dia gagal perjuangkan sehabis daya, malah berkali-kali dia berputus asa. Ditinggalkan lelaki itu tanpa memikirkan walau sedikit perasaannya. Dan sekarang, mana mungkin dia mahu menarrik semula keputusan yang sudah dibuat. Mana mungkin dia memutar semula masa , mengharapkan kata-kata itu tidak pernah diungkapkannya!
Pandangan dipalingkan ke arah telefon pintarnya. Bibir yang bergetaran dikemam lembut sebelum tangannya mencapai telefon itu. Digenggam telefon itu ibarat hidupnya begantung pada alatan itu. Mata dipejam seketika, cuba meraih kekuatan dan semangat lantas perlahan-lahan, jemarinya menyentuh skrin itu. Sehinggalah nama Daneiel terpapar diskrin itu. Semakin bekaca-kaca pandangan matanya. Mengaburi penglihatan.
Esakan halus meniti dibibir, cuba ditahan sedaya mungkin namun gagal. Mata dikerdip berkali-kali cuba mengembalikan ketenangan hati yang mulai emosi. Degupan jantung ibarat memukul kuat pekungan dada. Pedih juga pilu. Dengan perasaan ragu-ragu, jari menyentuh nama itu. Panggilan dibuat serta merta. Sesat.. dua saat ...tiga saat sehinggalah lima saat berlalu, masih panggilan itu tergantung tanpa sebarang jawapan. Air mata sudah mengalir menghiasi wajah. Esakannya sudah mulai bergema tanpa putus-putus. Tangan erat menggenggam telefon itu.
Satu minit berlalu sehingga panggilan itu masuk ke peti suara. Jantung ibarat terhenti sesaat degupannya. Hati ibarat dipanah dengan panah beracun. Ngilu mengisi ruang hati yang kosong. Esakan berubah kepada rengekan dan tangisanyang melaguan kedukaan dihati. Tubuh merekrot ibarat bayi, bersama esakan yang bergema diseluruh bilik itu menyaksikan kejatuhan seorang Estella Raine.
______________
Sesi makan dua buah keluarga itu seakan satu gimik yang penuh kepalsuan sahaja. Daneiel hanya membisu, tidak begitu menikmati makanan yang terhidang megah dihadapannya. Seleranya mati tatkala terpaksa duduk semeja dengan wanita itu. Demerez Balck sekadar berbual kosong dan sesekali menyelitkan hal-hal syarikat dengan bapa kepada Tessa Lee. Elise Kimberlin, ibu kepada Daneiel tidak turut serta kali ini kerana menumpukan fokusnya pada sesi terapi Arzeiel. Hakikatnya, ibunya juga tidak bersetuju dengan kepuusan mendadak oleh Demerez Black.
" so, uncle.. " suara Tessa Lee tiba-tiba mencelah kehinangan suasana itu membuatkan pergerakan Daneiel kaku seketika. Telinga sedia mendengar apa sahaja yang bakal wanita itu tuturkan dihadapan papanya. " - I rasa ... netizen pun dah menerima baik hubungan kitaorang.. jadi tak salahkan kalau I suggest perkawinan ini dipercepatkan?"

YOU ARE READING
A Reason To Stay
Любовные романыstatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.