Siapa tak faham chapter sebelum nih boleh tanya. Author taeha pun pening juga 😂 sebab otak serabut sangat.
Tinggal 2 atau 3 chapter jer lagi lepas tu
The End!Hyuna genggam tangan minmin yang masih belum sedarkan diri. Sayu rasanya melihat keadaan kawannya seperti ini.
Badan minmin hanya ditinggalkan kesan biratan. Luka baru juga ada. Hyuna mengusap rambut minmin.
"tak lama lagi kita hidup bebas macam biasa min. "
Hyuna mengalihkan pandangan pada jururawat yang berada di sebelahnya. Tanpa sengaja hyuna mengalihkan pandangan pada lantai, dia mula hairan dengan kasut jururawat tersebut.
'kasut nurse biasanya putih tapi nih high heels , aku baru juga perasan nurse ini lain macam '
Selokan tajam buat hyuna tersedar. Dia mengalihkan pandangan pada cermin hitam memandangkan hanya orang dalam saja yang dapat melihat.
'nih jalan hutan! Bukan hospital '
"cik kita nak ke mana nih bukan kew jalan nak pergi hospital ikut jalan tu "
Jururawat itu hanya diam. Tidak mahu melayan hyuna. Kedua mereka diam sehingga lah kereta berhenti. Jururawat itu membuka pintu dan menarik hyuna bersamanya.
"yahhhh!! Lepaskan saya lah!"
"tuan kami dah sampai "
Hyuna pandang orang yang digelar tuan. Sungguh dia tergamam.
"ju....jungkook? "
Pang!
"ark!"
Pipi hyun ditampar dengan kuat sehingga hyuna jatuh terduduk. Matanya mula memanas.
"bawa perempuan dalam kereta tu masuk dalam rumah. Perempuan nih aku punya jadi dia aku akan urus jangan nak ganggu aku! "
"baik tuan "
Konco-konco jungkook mula menghampiri minmin. Hyuna bangun dan halang mereka.
"jangan dekat!! "
Konco jungkook berhenti. Jungkook berdecit perlahan. Dia mula mengatur langkah ke arah hyuna dan angkat hyuna masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
"aniya!! Turunkan saya jungkook!!! "
Jungkook buat tak tahu. Seusai tiba dibilik hyuna ditolak dengan kasar sehingga jatuh. Pintu ditutup dan dikunci.
"jungkook buka pintu nih!!! Jebal buka!! "
Ketukan pintu dan rayuan hyuna diabaikan. Jungkook tidak mahu lagi menurut apa kata hyuna. Dia terasa kesal dengan perangai nya dulu.
"tuan, tuan taehyung akan sampai sini dalam beberapa minit lagi "
"hmmm. Pergi sambung kerja kau, lagi satu perhatikan perempuan kat atas sana "
"baik tuan. "
Jungkook turun bawah. Dengan senang hati dia menyandar disofa. Tak perlu bimbang apa-apa kerana semua ada.
"tuan. Tuan taehyung dah sampai "
Jungkook bangun. Tangannya dimasukkan dalam poket seluar. Tak lama dari itu taehyung masuk ke dalam rumah. Dengan keadaan yang tidak berbaju dan sedikit luka pada badan.
"kau lambat kook! "
"sorry tae, aku tahu aku salah aku lambat nak bertindak! "
Taehyung mengeluh. Dia rasa dia sudah rasa kehilangan sesuatu yang berharga. Jungkook sedar taehyung muram dan sedikit kecewa. Dia tersenyum.
"min-min ada dekat atas pergilah tengok "
Taehyung pandang jungkook dengan terkebil-kebil. Minmin? Itu tak mungkin dia ada disini. Paling tidak pun minmin ada dihospital sekarang.
"jangan nak bergurau kook dia tak mungkin ada dekat sini "
"pergi jer lah tae aku tahu kau suka dengan hadiah aku kali nih"
Taehyung mengeluh panjang seakan-akan pasrah. Kakinya tetap melangkah menaiki anak tangga.
Jungkook tidak lepas tersenyum dan ikut jejak taehyung. Seusai sampai di tingkat atas jungkook tinggalkan taehyung. Dibiarkan taehyung melepaskan rindunya pada yeoja kesayangannya.
Jungkook masuk kedalam bilik dimana hyuna dikurung oleh dirinya sendiri.
Krekk!
Pintu bilik minmin dibuka. Taehyung terkejut. Benar kata jungkook. Minmin yeoja kesayangannya ada disini. Dia tersenyum suka. Kakinya laju menuju ke arah minmin yang masih belum sedarkan diri.
"sayang.. Tae minta maaf tae janji akan jaga sayang dengan lebih baik lepas nih!"
Taehyung mencium dahi minmin lama. Takut betul taehyung berjauhan dengan minmin.
Manakala jungkook yang masih tidak puas hati dengan sikap hyuna. Pintu bilik dikunci dan jungkook mula mencari hyuna memandangkan hyuna tiada diatas katil.
Dipikirnya hyuna mahu bermain sorok-sorok dengan dirinya. Perlahan jungkook membuka almari tapi tiada. Jungkook tidak berputus ada. Dicari lagi kali ini di bilik air.
Tetap sama! Jungkook mula bengang!
"chagi... Mana chagi sembunyi hmm. Lambat laun kook jumpa juga! "
Tiada sahutan! Jungkook ketap bibirnya. Jungkook menunduk melihat dibawah katil. Dia terkejut dalam masa yang sama dia tersenyum.
"oppa dah jumpa chagi!! "
Jungkook pantas ke sebelah katil. Jungkook terkedu sebentar. Ingatkan hyuna bermain dengannya tapi rupa hyuna........... Tidur?.
"kenapa chagi tidur kat lantai? "
Jungkook turun bawah dan dia ikut serta baring bersama hyuna. Pipi yang sedikit ingin cengkung. Postur badan juga mahu kurus. Dibawah mata masih lagi ada air mata.
Jungkook tahu hyuna penat. Wajah hyuna sembam. Mungkin terlalu lama menangis.
"tak boleh kew una duduk dengan kook? Tak boleh kew tinggalkan hal lain dan jadi isteri kook? Semua tu tak boleh kew? Kook nak bahagia dan kebahagiaan kook adalah una. Kalau una tak de kat dalam hidup kook tak guna kook hidup. Kook sayang una kook betul-betul cintakan una! Jebal just stay with me like this. I know this way is wrong but i have to do this! Mianhae! "
Lengan jungkook di letakkan pada bawah leher hyuna sebagai bantal. Jungkook tarik badan hyuna supaya dekat dengannya. Akhirnya dia beradu bersama hyuna.
Terasa ff nih makin bosan dan serabut. Pening pun hak satu hal!. Mianhae ff nih ada serba kekurangan. Nama jer psycho 💗 tapi tade aksi ganas! Huhuhu.