♧ 1

1.5K 68 35
                                    





"Choi Jihyun!"

Jeritan nama yang betul-betul dilaungkan di depan muka. Ini bukanlah permulaan hari yang baik bagi Jihyun.

Walaupun sudah biasa, tapi Jihyun masih lagi tidak suka akan jeritan tersebut. En. Han membebel tentang kerja sekolahnya yang tidak lengkap blablabla.

Bukannya Jihyun sengaja tidak mahu siapkan kerja sekolah, tapi malam semalam dia ada urusan penting.

Urusan yang teramat penting itu adalah Instagram Live oleh Chanyeol EXO. Kerja sekolah segera ditolak tepi dan telefon dicapai. Habis sahaja Live penuh bahagia itu, dia sudah berniat untuk mencapai semula bukunya tapi Baekhyun, ahli EXO yang lain pula membuat Live sebaik sahaja Chanyeol tamat.

Sebagai seorang yang meminati K-pop, Jihyun tersangatlah sibuk mengikuti segala news dan lagu-lagu terbaru kumpulan-kumpulan kegemarannya. Bukan satu, malah hampir 100 kumpulan dia minati!

A.k.a multi-fandom.

Waktu persekolahan tamat. Jihyun segera mengemas begnya dan berlari keluar dari kelas.

"Jihyun, awak nak ke mana? Tak nak ulang kaji bersama untuk ujian esok?"

Jihyun menggeleng.

"Malam ni ada final episode Produce 101. Saya akan pergi tengok dan pastikan Joo Haknyeon saya debut!!"

"Macam mana dengan ujian esok?"

"Err nanti saya ulangkaji lewat malam sikit. Bye!"

Malamnya, Jihyun pergi ke tempat berlansungnya episod akhir Produce 101 season 2. Sejak mula season ni lagi, Jihyun memang pergi setiap stage dan menjadi penyokong setia Joo Haknyeon. Banyak kali jugalah camera rakam dirinya sedang menyokong Haknyeon di bawah pentas.

"Haknyeon fighting!!" Katanya kepada diri sendiri.

Tamat segala persembahan, tibalah masa untuk mengumumkan nama pemenang yang berjaya debut dengan nama kumpulan WANNA ONE. Joo Haknyeon merupakan antara peserta yang berjaya masuk ke Top-20. Dia pasti Haknyeon yang berbakat dapat debut dengan WANNA ONE walaupun jumlah undian semasanya agak rendah.

Tempat ke-10 hingga ke-4 sudah diumumkan. Jihyun mula menangis kerana nama Haknyeon masih belum diumumkan dan hanya tinggal 4 tempat.

Kang Daniel, Lee Daehwi, Park Jihoon, Kim Samuel.

Nama 4 peserta popular ini masih belum diumumkan. Peluang untuk Haknyeon berjaya debut semakin tipis kerana sudah pasti mereka berempat ni lebih berpeluang untuk disebut nama.

"Kalau Haknyeon tak dapat debut, WANNA ONE ni cuma group yang penuh dengan visual. Bakat mana? Haknyeon saya yang berbakat ni sepatutnya debut juga!!!" Jihyun menjerit nyaring di dalam hatinya.

Kini hanya tinggal satu lagi tempat kosong, iaitu tempat ke-11.

"Joo Haknyeon... Tolonglah sebut nama Haknyeon!!!!" Jihyun berdoa seorang diri, mengharapkan agar Tuhan mendengar doanya.

Akhirnya, 4 orang yang merupakan calon tempat ke-11 dipaparkan di skrin.

Jeong Sewoon.

Ha Sungwoon.

Kim Jonghyun.

Dan Kang Dongho.

Okay....

"JADI, MANA HAKNYEON?! DIA TAK DAPAT DEBUT?!!"

Jihyun meletus. Ketakutannya menjadi kenyataan, Haknyeon tidak berjaya tercalon untuk top-11 yang memenangi Produce 101 season 2. Letusannya tidak dipedulikan oleh peminat yang lain kerana mereka turut bersedih pilihan mereka pun tidak berjaya debut.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now