Jihyun's POV
Disebabkan aku sudah ditinggalkan seorang diri di rumah Wanna One ni, dan aku dah dapat telefon tapi tak dapat nak hubungi Younghoon, aku cuma boleh buat apa yang aku paling mahir.
Fangirling.
Setelah lama tak buka laman web official Cre.ker, aku rasa ketinggalan sangat. Sebagai peminat Haknyeon yang bakal debut kurang dari sebulan, aku harus jadi yang terawal untuk tahu segala info.
Laman web official Cre.ker terpampang di skrin telefon. Rupanya notis pemberitahuan debut The Boyz telah dikeluarkan, dan ianya minggu hadapan.
"Minggu hadapan?!"
Nafas aku menjadi laju dan tidak menentu. Aku tak dapat kawal diri dari perasaan teruja lalu menjeritㅡ
"YEYYYYYY!!!"
Aku menari teruja seorang diri memandangkan tiada siapa yang boleh nampak atau dengar aku.
"Haknyeon saya akhirnya debut~ Yey yey yeeeeyyyyyy~"
Cuba bayangkan Haknyeon perform dengan ahli kumpulannya yang sangat talented, jauh lebih talented dari Wanna One yang terlebih populariti tu 😏
Keterujaan aku yang berlarutan selama 5 minit dihentikan dengan bunyi pintu tertutup.
Aku berlari keluar dari bilik dan menyorok di belakang sofa di ruang tamu.
A-ada yang datang balik ke? Siapa? Yoon Jisung? Kang Daniel? Jinyoung? Daehwi?
Ataupun lebih bagus, manager mereka atau orang asing yang tak boleh nampak kelakuan pelik aku tadi?
Harap tadi tu manager mereka.
"Ish tapi kenapa tak ketuk pintu dulu? Lepas tu keluar macam tu je pula, macam pencuri."
Aku bangun dan menuju ke dapur untuk minum air. Aku memandang ke arah tingkap yang pernah menjadi tempat aku cuba larikan diri dari sini.
Tapi tiada guna. Semua jalan keluar dari sini dihalang oleh dinding kaca jernih yang tiada siapa nampak dan hanya aku seorang je tak boleh tembus.
Debut showcase The Boyz adalah minggu hadapan. Aku nak pergi.
Jadi itu bermakna....
"Aku perlu lepaskan diri dari tempat ni sebelum minggu hadapan."
Menjelang tengah hari, seseorang mengetuk pintu rumah.
"Pesanan dah sampai! Sila tinggalkan mangkuk di luar dan saya akan kutipnya malam ni! Terima kasih!" Laung seorang lelaki di luar rumah.
Selepas lelaki penghantar itu sudah pergi jauh barulah aku buka pintu. Tak nak tanggung risiko lelaki penghantar tu ketakutan melihat pintu terbuka sendiri. Aku kan halimunan.
Aku membawa bekas makanan tersebut ke dalam rumah lalu menutup rapat pintu. Makanan tersebut diletakkan di atas meja berhadapan dengan TV dan dipandang sepi.
"Jadi inilah makanan delivery yang Daehwi kata pagi tadi tu?"
Aku memandangnya tanpa perasaan. Tiba-tiba, perut aku buat bunyi pelik.
Kruurr kruurrrur~
"Alamak. Laparnya." Aku memegang perut yang sedang menangis minta diisi.
Pandanganku tertumpu pada bekas makanan di hadapan mata. Air liur aku hampir meleleh kerana aku ni bukanlah jenis yang boleh tahan lapar.
Sebab tulah aku pengsan bila tak makan sepanjang hari sewaktu hari pertama aku di sini.
"Nak tengok awak sikit je, boleh kan? Rasanya tengok awak pun dah boleh kenyang kot..."
YOU ARE READING
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
FanficA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...