Jinyoung's POV
"Huwaghhhh good morning, Jinyoungie~~~"
Daehwi berpaut pada bahu aku ketika kami bertembung di dapur.
Hari ni schedule ditunda ke petang. Jadi semua ambil peluang berehat sepuas-puasnya awal pagi.
Aku sendiri pun baru je bangun dari tidur.
"Morning. Awak nak makan sesuatu ke?" Saja tanya. Takkanlah dia datang ke dapur untuk berenang pula kan.
"Ya, saya lapar. Jihyun tak sediakan apa-apa lagi ke?"
"Tak. Dia masih tidur."
"Oh. Cakap pasal tidur... saya nampak Jihoon hyung, Minhyun hyung dan Jaehwan hyung tidur di bilik Jihyun. Jadi di mana Jihyun tidur?"
"Dalam bilik Kuanlin." Jawabku mendatar.
Bangun je dari tidur tadi, aku terus menuju ke bilik Kuanlin untuk periksa sekiranya demam dia sudah kebah atau belum. Tapi bila nampak Jihyun sedang tertidur di sisinya, serta merta aku keluar.
Jihyun jaga dia sepanjang malam, mestilah Kuanlin akan okay.
Aku dan Daehwi sambung berbual di ruang tamu sambil makan roti coklat. Tanpa kami sedari, rupa-rupanya seseorang dari luar sedang menekan interkom untuk buka pintu.
"Sarapan pagi ke tu~"
Alangkah terkejutnya kami bila manager hyung-nim datang. Aku dan Daehwi kelu lidah, tak tahu nak terkejut ataupun balas sapaan hyung-nim tadi.
"H-hyung-nim, kenapa hyung d-datang sekarang? B-bukan ke schedule hari start petang?" Tanya Daehwi tergagap-gagap.
"Ada schedule baru tengah hari ni. Datang sebab nak beritahu korang lah."
"O-oh..." Jawab kami takut-takut.
"Kenapa buat muka macam tu? Bukannya saya tak pernah datang sini."
Muka apa? Muka terkejut lah!
Walaupun manager hyung-nim selalu datang mengejut, dia takkan datang seawal pagi ni. Lagi-lagi bila beritahu tiada schedule, mestilah hyung-nim pun ambil masa keemasan
Hyung-nim mengabaikan muka terkejut aku dan mula berjalan-jalan.
"Yang lain masih tidur ke?" Tiba-tiba, hyung-nim menghampiri bilik Kuanlin-
"HYUNG! JANGAN MASUK BILIK TU!!" Serentak aku dan Daehwi menjerit lantang. Kami berdua bangun dan berdiri di depan pintu Kuanlin bagi menghalang hyung-im daripada masuk.
Berkerut seribu muka hyung-nim bila nampak kami berperangai pelik.
Jihyun sekarang dah tak halimunan lagi, jadi hyung-nim boleh terus nampak yang Jihyun sedang tidur dengan Kuanlin dalam sana! Habislah mereka!
"Ke tepi, Jinyoung, Daehwi-ya. Kenapa kamu berdua berperangai pelik ni?"
Badan hyung-nim yang besar dengang mudahnya menolak aku dan Daehwi menjauhi pintu. Tanpa berlengah, hyung terus memasuki bilik tersebut.
Habislah.
"Kuanlin? S-siapa gadis ni?"
Aku dan Daehwi dah terlambat unuk halang hyung-nim. Hyung dah nampak segala-galanya.
Ahli-ahli yang lain pun sudah mula mengerumuni pintu bilik. Mestilah terkejut dengan kunjungan tiba-tiba manager hyung.
Kami semua terdiam dan memerhatikan keadaan dalam bilik. Kuanlin terus terbangun apabila melihat hyung-nim merenungnya.
YOU ARE READING
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
FanfictionA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...