♧ 4

445 42 3
                                    

Jihyun's POV

Bae Jinyoung dan Lee Daehwi mengejutkan aku dari tidur pada pukul 4 pagi. Dia menghulurkan tuala dan pakaian untuk aku.

"Jihyun-ssi, ini pakaian Daehwi yang mungkin sesuai dengan awak. Bersihkan diri dan tukar pakaian ya?" Kata Jinyoung sambil tersenyum.

....

"Saya benci Wanna One, saya benci awak semua dan saya pasti awak tahu tu. Tapi Daehwi dan Jinyoung... kenapa awak berdua masih layan saya dengan baik?"

Air mata mula terbentuk di hujung kelopak mataku. Aku tak suka perasaan ni, aku nak keluar dari sini hari ni walau apa pun yang terjadi!

Jinyoung hanya mendiamkan diri dan mengangkat keningnya.

Daehwi mmenjawab, "Mungkin awak bukan wannable, tapi awak masih manusia. Kami cuma nak awak rasa selesa sementara kami fikirkan cara untuk awak lepaskan diri dari sini."

Aku terdiam. Kata-kata Daehwi sangat zzup masuk dalam hati aku.

Daehwi dan Jinyoung bangun dan mahu beransur pergi.

"Kalau awak perlukan apa-apa, segera beritahu kami."

Daehwi dan Jinyoung kemudian beransur keluar dari bilik. Aku teringat sesuatu, jadi aku jerit je

"S-saya perlukan telefon bimbit!"

Patutlah mereka kejut aku awal, supaya ahli Wanna One yang lain tak masuk bilik air pada masa yang sama dengan aku.

Selepas aku selesai mandi, aku mengeringkan rambut di hadapan kipas. Daehwi menghulurkan hair-dryer pada aku tapi aku menolak.

Gross.

"Tak rosak ke rambut kalau keringkan macam tu?" Tanyanya.

"Tak."

Rambut saya lebih rela rosak dari terima lebih banyak kebaikan dari awak semua di sini. Saya nak keluar secepat mungkin dari rumah ni.

Dah berjuta kali aku katakannya, tapi aku memang nak keluar dari sini.

"Hari ni kami ada urusan sikit. Kami akan order makanan delivery untuk awak setiap waktu makan. Jangan tak makan pula ㅡ "

"Saya cuma perlukan telefon. Lepas saya hubungi kawan saya, saya akan keluar dari sini secepat mungkin. Tak perlu hantar makanan." Kataku dengan nada yang tiada lansung kemesraan.

Seperti diminta, seseorang tiba-tiba menghulurkan telefon bimbitnya pada aku.

"Nah, guna telefon ni."

Ianya Kang Daniel.

Tanpa berfikir panjang, aku ambil telefon tersebut dan mahu mendail.

Ketika itu baru aku sedar yang aku tak hafal nombor telefon Younghoon.

Habislah.

Kang Daniel baru sahaja mahu melangkah pergi, tapi langkahnya terhenti bila aku sebut namanya.

"Kang Daniel-ssi!"

"Ya?"

Nafasku terasa berat dan jantung aku berdegup kencang. Aku tak sepatutnya minta pertolongan ni dari dia, tapi ini satu-satunya cara untuk aku dapatkan nombor Younghoon.

"A-awak masih ingat Joo Haknyeon?"

Itu dia.

Haknyeon merupakan rakan trainee Younghoon. Mustahil dia tidak simpan nombor kawan aku tu.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now