Jihyun's POV
"Wahahahah jadi awak memang tak pernah pegang bola bila main bola beracun?"
"Tak. Semua akan attack saya dulu, kadang-kadang bola pun tak nampak lagi. Inikan lagi nak tangkap bola tu pula."
Daehwi menjawab soalan aku dengan gaya membebel seperti makcik tua. Aku dan Jinyoung pula tak henti-henti gelak mendengar cerita Daehwi di sekolahnya.
Habis meleleh air mataku.
"Haih penat saya ketawa... Lebih baik saya pergi basuh pinggan sekarang-" aku baru nak bangun dan mengangkat pinggan makanan kami bertiga, tapi Jinyoung terlebih dahulu mengambilnya.
"Biar saya tolong awak basuh."
A-apa...?
Senyuman di hujung ayatnya buatkan aku tiba-tiba kaku. Aku tahu dia handsome tapi kenapa dia gentleman sangat ni aigoo.
Pipi aku rasa panas. Segera aku membantu Jinyoung dan kami sama-sama bawa semuanya ke dapur.
Daehwi pula hanya bersandar di hujung katil, "Pergilah basuh. Saya kekenyangan ni blurppp terima kasih Jihyun!"
😂😂
Langkahku terhenti di meja makan Wanna One. D-Daniel nak minum air tu!
"Oh tidak..."
Aku menelan air liur. Entah apalah rasa air terlebih gula tu agaknya....
Daniel minum seteguk, kemudian dia tiba-tiba tersedak. Aku dari kejauhan rasa bersalah, a-apa jadi kalau aku buat nation's centre tu sakit perut?
Ha Sungwoon yang ada sebelah aku juga tersedak sama selepas minum seteguk.
"Pffft manisnya!"
"Saya halang awak semua minum air tu tapi awak yang nak sangat kan? M-maaflah..." kataku serba salah.
"Macam mana boleh manis sangat air ni?" Tanya Kim Jaehwan pula.
Aku memandang ke arah Lai Kuanlin yang rupanya sedang termenung ke arah aku. Dia menutup mukanya apabila aku baru nak ceritakan tentang di sebalik tabir tadi.
Hm tak perlu rasanya cerita tu.
"Saya tak sengaja tumpahkan gula tadi. Sebab tu manis sangat."
Mereka terangguk faham. Agak memalukan bila makanan atau minuman aku tidak sedap, jadi aku terus berlari ke sinki dan membantu Jinyoung membasuh.
Aish 🤦🏻♀️
◇
Nobody's POV
Habis sahaja makan malam, ahli Wanna One membersihkan diri dan bersedia untuk masuk tidur. Mereka terlalu kepenatan dan kurang tidur sejak sebelum debut lagi. Jadi bila pulang ke rumah awal, mesti masa tidur yang diutamakan.
Jihyun yang baru sahaja selesai gosok gigi cuba menghampiri pintu keluar sekali lagi dengan harapan, kali ni dinding halimunan itu sudah tiada.
"Aduh!" Jihyun jatuh terduduk.
Hampa. Dinding tu masih ada!
Ong Seongwu yang kebetulan mahu menuju ke dapur terus menghampiri Jihyun setelah ternampak gadis itu terduduk kesakitan atas lantai.
"Jihyun-ssi, awak cedera lagi? Awak okay?"
Jihyun sedaya upaya menjauhkan dirinya dari dibantu Seongwu "S-saya okay...."
YOU ARE READING
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
FanfictionA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...