Kuanlin's POV
Tok tok!
Sudah berjuta-juta kali aku dengar bunyi tu, dan berjuta-juta kali juga aku pilih untuk abaikan.
Aku nak tidur. Nak lupakan semua yang terjadi hari ni.
I wish I'd never meet that Cha Junho. Atau lagi bagus, aku pura-pura tak nampak je dia di Sinsa-dong tadi.
"Kuanlin! Ini saya, Jinyoung! Tolong buka pintu ni... Dah bengkak tangan saya ketuk pintu."
Keluhan Jinyoung hyung buat aku terduduk. Patut ke aku buka pintu?
Jinyoung hyung seorang je yang tahu lebih (sikit) tentang apa yang terjadi. Dia sendiri nampak aku bertumbuk, mestilah dia mahu penjelasan lebih mendalam selepas dengar kata-kata Jihyun tadi.
Jihyun... Hati aku betul-betul terluka bila dia sanggup tampar aku semata-mata sebab percayakan lelaki tak guna seperti Cha Junho tu.
"Kuanlin-ah...." Suara Jinyoung hyung semakin lemah di sebalik pintu.
Akhirnya aku buka juga pintu untuk hyung, kemudian tutup semula secepat mungkin supaya tiada lagi yang lain akan masuk.
Aku menekup muka dengan bantal selepas Jinyoung hyung masuk. Tiada langsung mood mahu berborak sekarang.
"Lelaki kat mall tadi tulah Cha Junho?"
Aku mengangguk. Aku dapat rasakan tangan Jinyoung menggosok belakangku perlahan.
"Nak menangis ke? Menangislah... Jangan tahan diri tu lagi."
Mendengar perkataan menangis, air mata aku terus gigih turun membasahi bantal. Aku akhirnya menangis teresak-esak di samping Jinyoung hyung yang memelukku erat.
"Gwaenchanha Kuanlin... Itu bukan salah awak..."
"Itu salah saya. Saya dah tumbuk budak lelaki yang Jihyun suka-"
"Mesti ada sebab kan awak pukul dia. Yo sejak bila Kuanlin kita menyerah kalah secepat ni bila bergaduh dengan Jihyun? Awak sepatutnya pertahankan diri macam selalu!"
Aku terdiam seketika. Sebenarnya aku tak kesah pun bila kalah semasa bergaduh dengan Jihyun.
Cuma tadi.... pandangan bencinya pada aku bila dapat tahu aku dah tumbuk Cha Junho. Dia betul-betul benci aku kali ni...
Dan sampainya hati dia tampar aku? Sedangkan aku baru je selamatkan dia dari seorang penipu?
"Kuanlin, cuba cerita pada saya. Apa sebenarnya yang berlaku di antara awak, Jihyun dan lelaki di mall tadi?"
Aku masih tidak beri sebarang reaksi pada Jinyoung hyung. Masih lagi ragu-ragu sama ada mahu ceritakan pada hyung ataupun tidak perlu.
Setelah lama berfikir, akhirnya aku dah buat keputusan muktamad. Aku ceritakan pada hyung tentang bagaimana Jihyun berkenalan dengan Cha Junho, dan tentang semua yang aku dengar dari mulut si tak guna tu tadi.
Jinyoung hyung ternganga besar, memang reaksi yang sudah aku jangkakan dari dia.
"Wow Kuanlin sangat gentleman~"
"Apa? Kalau hyung jadi saya, mesti hyung pun akan buat benda yang sama kan?" Aku bukannya niat nak jadi hero, cuma mahu tegakkan kebenaran je. Tak sanggup aku tengok gadis sebaik Jihyun ditipu mati-matian macam tu je!
"Yeah." Jinyoung hyung tiba-tiba bangun. "Rehatlah. Jangan risaukan member yang lain, saya akan beritahu mereka yang awak dan Jihyun takkan bertegur buat sementara waktu. Selain dari tu, saya takkan cerita langsung apa yang terjadi pada mereka. Trust me."
YOU ARE READING
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
FanficA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...