♧ 3

485 46 12
                                    

Nobody's POV

Tamat sahaja fansign di Yeouido, Wanna One makan malam di salah satu kedai barbeku berhampiran dan ditemani manager mereka.

Jisung meletakkan sudunya selepas selesai makan. Dia jadi yang pertama bersuara tentang Choi Jihyun.

"Jadi macam mana dengan gadis di rumah kita tu?"

"Siapa namanya? Ada sesiapa tak yang tanya nama diaㅡ"

"Nama dia Choi Jihyun." Jawab Daehwi sebelum memasukkan suapan terakhir ke dalam mulutnya.

"Haa kenapa cik Jihyun tu boleh terperangkap dalam rumah kita? Awak semua nampak kan yang dia macam ada satu tarikan magnetik yang menghalangnya keluar-"

"Bukan tarikan magnetik. Seperti ada dinding yang dia seorang je tak boleh lepas. Tapi kenapa agaknya?" Sungwoon mengurut dagunya yang licin.

Suasana menjadi senyap di meja mereka.

Woojin akhirnya memecahkan kesunyian "Pertama sekali, macam mana cik Jihyun boleh ada dalam rumah kita? Dari mana dia datang?"

Semua mata tertumpu kepada Kuanlin yang baru selesai cuci tangan. "K-kenapa hyung pandang saya macam tu?"

"Kuanlin, macam mana cik Jihyun boleh ada dalam bilik awak?" Tanya Daniel ala-ala detektif.

"Jihyun? Gadis tu ke? Nama dia Jihyun?"

Mereka mengangguk serentak. Masing-masing merenung Kuanlin, menunggu ayat yang bakal meniti di hujung bibirnya yang tebal a.k.a penjelasan.

"Dia ada di katil saya. Nampak macam baru bangun tidur, tapi entah bila dia muncul atau cara dia boleh ada di situ pun saya tak perasan."

"Jadi awak dah tidur dengan dia lah kan? Uwu Lai Kuanlin~" Jihoon sengaja mengejek.

"Yah! Saya ingatkan orang yang tidur di sebelah saya semalam tu awak, sebab itulah saya terkejut nampak muka dia awal pagi tadi!" Kuanlin menjerit geram ke arah Jihoon yang tergelak-gelakkan dirinya sejak tadi.

Selepas adegan kanak-kanak oleh Park Jihoon dan Lai Kuanlin berakhir, Woojin mencelah semula dengan suasana penyiasatan yang sengaja dibuat-buat.

"Tapi... kenapa Kuanlin? Kenapa bukan Daniel hyung? Kenapa bukan Jisung hyung? Kenapa bukan Daehwi? Kenapa bukan saya?"

Tiada siapa pun yang menjawab soalan Woojin kerana semua asyik berfikir untuk diri sendiri sahaja.

"Mungkin... dia sasaeng Kuanlin?" Teka Jaehwan.

"Tak mungkin. Cara dia pandang kita semua tadi bukan macam pandangan wannable. Pandangan dia macamㅡ"

"Dia benci kita?" Tekaan Jinyoung buatkan suasana menjadi tegang pula. Tidak pernah lagi mereka berjumpa dengan seseorang yang membenci mereka di depan mata kerana terlampau sibuk dan hanya fokus pada wannable sahaja.

"Abaikan tentang tu. Sekarang kita fikir kenapa cik Jihyun boleh terperangkap di rumah kita sedangkan dia tak minat kita, Wanna One."

Manager mereka hanya menggelengkan kepala melihat perangai artis jagaannya yang sudah seperti adik beradik kandung. Malas mahu masuk campur kerana ini bukan kali pertama mereka bualkan tentang benda pelik dan tak logik.

Jihoon bersuara,

"Saya pernah terbaca satu puisi. Ada sesetengah kesalahan yang akan mendapat balasan di dunia. Saya rasa, kalau Jihyun bukan peminat kita dan meronta untuk keluar dari rumah kita, saya rasa dia sedang mendapat balasan atas perbuatannya sebelum ni."

Daehwi yang duduk di sebelah Jihoon menggelengkan kepalanya berkali-kali dan mengerutkan dahi. "Hyung, kita di dunia nyata, bukannya fantasi."

"Betul cakap Jihoon. Saya pun pernah terbaca puisi tentang tu."

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang