Jihyun's POV
Pagi aku yang indah selalunya dimulakan dengan jeritan berfrekuensi tinggi oleh abang yang mengejutkan aku untuk bangun dari tidur.
Tapi hari ni tiada pula. Rasanya aku dah tidur terlebih masa dan aku dah lewat sangat ke sekolah, tapi kenapa tiada siapa yang kejut?
Dengan malasnya, aku membuka mata yang sejak malam tadi tertutup rapat. Apabila memandang ke arah siling, aku nampak katil lain di atasku. Dalam kata lain, aku sedang tidur di katil dua tingkat dan aku berada di tingkat bawah.
Peliknya... Katil sempit ni bukan katil aku...
Aku memandang ke sisi, cuba untuk melihat sekeliling apabila menyedari sesuatu bergerak di selimut yang menyelimuti badan aku. Nampaknya aku dah tertidur di salah tempat yang aku lansung tak ingat.
Siapa orang yang tidur sekatil dengan aku ni? Kenapa aku kat sini? Aku di mana sekarang? Ni abang aku ke?
Identiti manusia yang lena tidur di sebelahku masih misteri kerana seluruh badannya diselubungi dengan selimut. Aku tak mampu nak bergerak lebih sangat kerana badannya yang panjang ini sudah memenuhi katil.
Younghoon? Aku pasti yang aku terus balik semalam lepas kami makan aiskrim, bukannya tidur di rumah dia.
Atau lebih tepat, aku tidur dengan dia? Ew ew ew.
Aku mula takut. Siapa pula orang di sebelah aku ni?
Aku mengorak langkah. Tangan yang menggigil ni menghampiri selimut tersebut dan mengalihkannya sedikit. Aku dapat lihat wajah seorang lelaki yang aku pernah banyak kali nampak di tv tapi aku tak berapa pasti.
"B-bukan ke dia ni..."
Dia...!
Lelaki tersebut menggosok matanya berkali-kali, mungkin tersedar akibat cahaya yang tiba-tiba memasuki ruang mata sedangkan tadi dia berada di dalam kegelapan selimut.
Apabila dia buka sahaja mata dan melihat aku di sisinya, dia tutup semula mata dan sambung tidur.
Eh?
Tiba-tiba, matanya terbeliak pula.
Serentak kami menjerit
"ARGHHHHH!!!"
Dia terus elakkan diri dari aku sehingga tubuhnya yang panjang terus berjatuh tergolek dari katilnya sendiri.
"S-siapa awak ni? Macam mana awak boleh ada di sebelah saya pula huh?!" Tanyanya sambil marah.
"Mana saya tahu! Macam mana saya boleh ada kat sini pula?!" Aku membalas.
Dengan gelabahnya, lelaki tadi bangun dan membuka suis lampu. Apabila bilik sudah cerah, pandangan aku menjadi jelas.
"Lai Kuanlin???!" Aku menanyakan namanya.
Bukan ke dia ahli Wanna One yang paling aku benci tu? Macam mana aku boleh bangun di sisi dia ㅡ
"HYUNGG!!! Ada seseorang dalam bilik sayaa!!!!" Lai Kuanlin berlari keluar dan menjerit sekuat hati.
Seluruh rumah menjadi cerah. Aku mula takut lagi.
Kalau mereka nampak aku di sini dan kalau ini memang bilik Lai Kuanlin, mestilah aku akan dipersalahkan! Aku bukannya sasaeng, aku cuma haters Wanna One!
Aku hanya duduk di atas katil sambil berdoa yang Tuhan akan menyebelahi aku. Ini semua satu kesilapanㅡ Atau adakah aku masih bermimpi?
Pang! Aku melempang pipi sendiri, tapi aku masih dalam mimpi tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
Fiksi PenggemarA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...
