♧ 16

356 35 1
                                    


Nobody's POV

Hari berlalu. Jihyun dan lelaki bernama Cha Junho semakin rapat melalui ruang dm Instagram. Jihyun teruja kerana baru kali pertama ada orang yang begitu kacak dan popular ingin berkawan dengannya.

"Jihyun, di mana awak simpan jam tangan saya ya?" Suara ceria Jaehwan menerjah bilik Jihyun.

Dengan mata masih fokus pada skrin telefon, Jihyun menjawab- "Ada di sana." Dia laju menaip untuk membalas mesej Cha Junho sambil tersenyum seorang diri.

Dengan muka keliru, Jaehwan cuba meneka di manakah sana yang dimaksudkan oleh Jihyun.

Arah mana? Alamat lokasi sekurang-kurangnya kena tepat kalau dia tak pandang ke tempat yang dimaksudkan.

Daniel yang sedang terbaring tiba-tiba mula menghidu, "Hm kenapa saya ada bau benda hangit?"

Semua isi rumah mengikut aksi Daniel, membesarkan lubang hidung dan menghidu untuk mengesan dari manakah bau itu muncul.

"Alamak!" Jihyun tiba-tiba terkejut. Proses menghidu Wanna One terhenti kerana kini mereka fokus pada Jihyun yang sudah berlari anak ke dapur.

Jinyoung dan Sungwoon datang ke dapur untuk melihat keadaan Jihyun. Jihyun menunjukkan ikan yang sudah hitam hangus akibat kecuaiannya meninggalkan dapur semasa memasak.

"Maafkan saya..." Katanya dengan wajah sugul.

Jinyoung menepuk perlahan bahu Jihyun, "Tak mengapa. Ermmm makanan lain masih ada kan?"

"Ya... Oh sekejap." Jihyun berlari lagi. Kini lariannya menuju ke bilik sendiri. Dia lantas mencapai telefon dan sambung berbual dengan Cha Junho.

Bagi Jihyun, lambat membalas mesej Junho adalah satu kecemasan. Lebih penting dari ikan goreng yang sudah hangus tu!

Jinyoung dan Sungwoon hanya mampu berpandangan sesama sendiri. Ikan yang hangus kini berada di tangan mereka untuk diuruskan. Jihyun meninggalkan dapur, lagi.

Mereka semua sedar akan perangai Jihyun yang berubah sejak akhir-akhir ni, tapi tiada seorang pun yang mahu bertanya. Perubahan perangai Jihyun yang mendadak telah menambahkan kerja mereka yang sudah sedia sibuk.

Jihyun biarkan rumah bersepah, tinggalkan dapur semasa memasak, asyik bermain dengan telefon, selalu abaikan mereka dan sibuk dengan urusan sendiri. Jauh berbeza dengan dirinya yang sebelum ni.

"Hm mana Kuanlin?" Tanya Minhyun pada Jisung di sebelah.

"Dia dah keluar sebelum matahari muncul lagi. Kan schedule dia penuh bulan ni." - Jisung

"Ahhahah ya. Selalunya dia je yang tak keluar rumah. Sekarang, dia pula yang selalu keluar rumah paling awal dan balik paling lewat balik." - Minhyun

"Boo!"

"ARGHH!!"

Dengan hanya bertuala mandi (😍), Kuanlin muncul lalu menegur abang-abang yang bercakap tentangnya di hadapan pintu bilik.

"Yah! Buat terkejut kami je!"

Si ahli paling muda seronok menggelakkan abang-abangnya yang ketakutan. Sejak awal lagi memang dia sudah berdiri di belakang mereka dan mendengar setiap isi perbualan Jisung dan Minhyun.

"Bukan kamu dah pergi ke? Macam mana kamu boleh keluar dari situ pula?"

Kuanlin mendengus geram, "Saya memang ada dalam bilik mandi. Entah siapa yang tutup lampu, saya terpaksa mandi dalam gelap."

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang