Jihyun's POV
"K-Kuanlin....?" Kataku seakan tidak percaya melihat dia semula selepas hampir seminggu kami berpisah. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang marah.
Dan h-how dia boleh ada di sini? Di sekolah aku?
"Membuli orang yang bencikan saya? Ianya satu jenayah. Nak saya laporkan kepada cikgu ataupun awak semua berjanji untuk tak ganggu dia lagi?"
Mereka terdiam. Segera senior-senior tersebut memohon maaf sambil menitiskan air mata di hadapanku. Sebagai wannable, mestilah mereka akan rasa kecewa dimarahi idol kegemaran sendiri.
Jauh di sudut hatiku, aku bersyukur yang Kuanlin datang selamatkan aku. Tak sanggup nak bayangkan apa akan terjadi pada aku kalau pukulan tu sampai pada aku tadi.
Tanpa perlu berfikir panjang, aku memaafkan perbuatan mereka semua. Asal mereka tidak ganggu aku lagi, itu sahaja sudah mencukupi.
Kini tinggal aku dan Kuanlin berdua. Aku mengajak Kuanlin ke tempat yang lebih tertutup dan selesa supaya tiada pelajar lain yang nampak kehadirannya di sini. Jadi aku bawanya ke pondok di sebelah gimnasium, tempat aku dan Younghoon selalu duduk bersama ketika makan.
Keadaan menjadi tersangatlah awkward. Aku mahu berterima kasih pada Kuanlin, tapi mengenangkan kembali yang kami sudah berpisah disebabkan dirinya sendiri buatkan hati aku berbelah-bahagi.
Ya, aku masih marah pada dia.
"T-tangan awak ok?" Kuanlin jadi yang pertama memecahkan kesunyian.
"Seperti yang awak tahu, tangan kiri saya dah lumpuh." Jawabku ringkas.
"Oh..."
Kemudian menjadi sepi semula.
Damn aku nak lari dari sini sekarang -___-
Oh sebelum tu, "Terima kasih sebab selamatkan saya tadi."
"Tak perlu berterima kasih pun. Sayalah punca awak dibuli macam tu kan? Saya yang dah buat tangan awak lumpuh kan? Saya tak layak dimaafkan pun, apa yang saya boleh buat cumalah lindungi awak dari diri saya ni. Itu je."
A-apa maksud dia? Tiba-tiba je.
Jadi selama ni dia fikir dialah punca aku dibuli?
Kuanlin rasa bersalah menjadi punca tangan aku lumpuh, jadi dia nak berpisah dengan aku? Dia fikir dirinya adalah ancaman pada aku?
"S-sebab tu ke awak nak kita berpisah?" Timbul keberanian dalam diriku untuk memandang anak matanya. Kuanlin sedaya upaya cuba mengelak, tapi boleh nampak yang dia sedang menahan air mata yang bila-bila masa sahaja akan tumpah.
Kuanlin tidak menjawab. Dia bangun dan cuba untuk melangkah pergi, tapi langkahnya terhenti selepas aku bertanyakan soalan yang lain..
"Jadi apa tujuan awak datang ke sini, untuk selamatkan saya?"
Dari belakang, tubuhnya langsung tidak bergerak. Suasana tegang tiba-tiba menyelubungi kami pula, padahal aku cuma mahu tahu cerita sebenar di sebalik perpisahan kami minggu lepas.
Setelah lama berdiam, barulah Kuanlin membuka mulut-
"Saya sayangkan awak, Jihyun. Bila dapat tahu sayalah punca awak dibuli selama ni, saya bencikan diri sendiri. Lepas kita berpisah, bila dapat tahu yang awak sentiasa bersedih sepanjang minggu ni disebabkan saya, itu buatkan saya makin benci diri sendiri. M-maafkan saya..."
B-betul ke ni...
😭
Dengan air mata yang sudah bertakung di kelopak mata, aku berlari ke arah Kuanlin dan memeluknya dari belakang. Air mataku laju turun sebaik sahaja aku memeluk Kuanlin.
YOU ARE READING
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
FanfictionA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...